Social Icons

-

Sunday, September 2, 2012

Larian Utara 2012 (LU12)



Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bekerjasama dengan Kumpulan Utusan menganjurkan Larian Utara 2012 (LU12) sebagai salah satu usaha menyokong dasar 1Murid 1Sukan di samping menggalakkan gaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, pihaknya menyasarkan lebih ramai penglibatan pelajar sekolah menengah untuk menyertai LU12 pada 22 September ini.

"Kami mengharapkan sokongan daripada pengetua-pengetua sekolah untuk menghantar beberapa wakil pelajar bagi menyertai LU12 ini.

"Secara khusus, pihak penganjur mengharapkan sokongan padu daripada pengetua, guru dan pelajar di negeri Perlis untuk menyertai larian ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pra-pelancaran larian itu di kampus tetap UniMAP di Pauh Putra, Perlis baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara