Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

Pembangunan sahsiah pelajar IPT



Pembangunan sahsiah pelajar IPT bertmatlamat menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) dan holistik. Penekanan pelaksanaan diletakkan kepada konteks kokurikulum memandangkan ia mempunyai elemen ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang menyokong kepada pembangunan pelajar secara menyeluruh.

Lapan Teras Kokurikulim

Teras utama dalam aktiviti kokurikulum dan kehidupan kampus dikenalpasti dan disusun sebagai Lapan Teras Kokurikulum adalah seperti berikut:
  • Teras Sukan
  • Teras Kebudayaan
  • Teras Daya Usaha dan Inovasi
  • Teras Pengucapan Awam
  • Teras Kesukarelawanan
  • Teras Khidmat Komuniti
  • Teras Keusahawanan
  • Teras Kepimpinan

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum tersebut bertujuan membantu kepada perkembangan soft skills(kemahiran generik/insaniah) pelajar dan menggalakkan aktiviti kehidupan kampus.
Maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Sahsiah Pelajar boleh diperolehi di Laman Web JPT

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara