Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

ANUGERAH SENI DAN KREATIVITI


ASAS ANUGERAH
  1. Anugerah ini diberikan kepada calon yang telah menghasilkan karya asli yang telah memenangi anugerah atau menerima pengiktirafan dan menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.
  2. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon mestilah seorang ahli akademik yang masih aktif dalam bidang yang diceburi dan telah berkhidmat secara kumulatif di universiti tempatan sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Permohonan mesti dibuat sewaktu berkhidmat di universiti.
  2. Permohonan adalah terbuka kepada calon dalam bidang berikut:
    1. Seni Persembahan
    2. Seni Bina
    3. Seni Visual
    4. Seni Skrin
    5. Seni Kraf
    6. Penulisan Kreatif
       
  3. Setiap pemohon perlu mengemukakan butir jaya diri (cv).
  4. Setiap pemohon perlu mengemukakan portfolio / cd / dvd / media penyimpanan salinan karya yang dihasilkan pada tahun yang dinilai.
  5. Calon perlu mengemukakan salinan dokumen anugerah/pengiktirafan yang diterima beserta maklumat dan latar belakang tentang anugerah tersebut.
  6. Karya asli yang telah menerima anugerah/pengiktirafan daripada badan berprestij di peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi tahun yang dinilai sahaja layak diterima untuk penyertaan.
  7. Anugerah boleh dimenangi semasa pemohon berkhidmat di dalam atau di luar universiti.
  8. Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan untuk dipertimbangkan pada tahun yang dinilai.
PERINCIAN BIDANG
Kelompok Seni dan Kreativiti
Contoh Bidang
Seni Persembahan
(Moden, Tradisional dan Inovasi Kontemporari)
Teater:
1. Pengarah
2. Pelakon
3. Sinografi (Tari dan drama) - Pencahayaan, latar hias, reka pentas, busana, kesan bunyi, solekan
4. Pembentukan teori dan kurikulum
Tari: 
1. Pereka tari (koreografer)
2. Penari (moden, klasikal dan tradisional)
3. Pembentukan teori dan kurikulum
Muzik: 
1. Komposisi lagu / lirik
2. Gubahan skor / penataan muzik (filem, tari, teater, iklan)
3. Kepemimpinan orkestra/koral
4. Pereka dan pembuat alat
5. Persembahan artis ”virtuoso”
6. Penyanyi moden, klasikal dan tradisional
7. Pembentukan teori dan kurikulum
Terma muzik yang berkenaan:
Komposisi lagu:
1. Muzik popular
2. Muzik filem - muzik tema, muzik latar, lagu nyanyian
3. Muzik eksperimental
4. Muzik seni (art music)
5. Muzik tradisional (klasik dan rakyat)
6. Muzik tarian
7. Muzik Iklan
8. Muzik Animasi
Gubahan skor:
Termasuk semua kategori komposisi dalam pelbagai ensembel dan media.
Kepemimpinan Orkestra/Koral (Konduktur):
Pementasan tahap nasional dan antarabangsa.
Rekaan dan pembuatan Alat:
Hasil seni tradisional dan moden.

Pembentukan teori dan kurikulum baru: Semua peringkat pengajian.

Persembahan peringkat ”virtuoso”:Kemahiran profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Seni Visual
(Moden,Tradisional dan Inovasi Kontemporari)
Arca
Instalasi (gabungan arca, video, lukisan, bunyi dan/atau montaj)
Animasi
Grafik
Media Baru (multimedia konvensional dan digital)
Catan
Reka Bentuk Produk/Industri
Seni cetak
Fotografi
Pembentukan teori dan kurikulum
Skrin
Lakon layar
Lakonan
Pengarahan
Penataan Seni
Animasi
Sinematografi
Suntingan
Penataan bunyi
Pembentukan teori dan kurikulum
Seni Kraf
(Moden,Tradisional dan Inovasi Kontemporari)
Ukiran
Tekstil
Logam
Anyaman
Tenunan
Tekad
Batik
Sulaman
Seramik
Jewelry
Pembentukan teori dan kurikulum
Penulisan Kreatif
Novel
Puisi
Cerpen
Skrip (drama, TV, filem, iklan)
Pembentukan teori dan kurikulum
Seni Bina (Landskap / Seni reka Dalaman)
Reka bentuk Seni Bina
Komunikasi Visual
Budaya (Pemuliharaan, sejarah dan kesenian seni bina)
Teknologi Bangunan (Ergonomik, reka bentuk persekitaran, teknologi hijau)

KRITERIA PENILAIAN
  1. Pemohon yang melepasi titik ambang, akan disenarai pendek untuk penilaian bagi 3 kategori yang disenaraikan:-
    1. Seni Persembahan - teater, tarian, muzik dan skrin
    2. Seni Visual - seni kraf, seni bina dan reka bentuk
    3. Penulisan kreatif
    Calon yang mempunyai impak tertinggi dalam setiap kategori akan dipilih untuk mendapat anugerah. Sekiranya tiada pemenang yang jelas, satu temuduga akan diadakan untuk menentukan pemenang.
  2. Penentuan Anugerah adalah berasaskan skor yang terkumpul daripada perkara-perkara berikut:
    1. Keaslian produk/karya.
    2. Karya/produk yang memberi impak kepada bidang ilmu dan manusia sejagat.
    3. Kredibiliti badan yang memberi anugerah.
    4. Nilai kewangan atas hasil karya/produk.
    5. Pencapaian lain masa lalu dalam bidang berkaitan.
    6. Karya yang mengangkat jati diri bangsa dan martabat negara.
    7. Menghasilkan inovasi dalam produk seni berasaskan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, paten, reka bentuk, teknologi yang memberi impak dan pemikiran baru.
    8. Penjelasan karya dari sudut falsafah dan pemikiran calon.
  3. Hierarki senarai anugerah dalam kategori seni dan kreativiti yang diterima untuk penilaian termasuk:
Kategori Anugerah
o    Anugerah Seniman Negara
Penulisan Kreatif
o    Anugerah Sasterawan Negara
o    Hadiah MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara)
o    SEAwrite Award (Kerajaan Thailand)
o    Tokoh Penulisan Seni
o    Hadiah Sastera Perdana Malaysia (Kerajaan Malaysia)
o    Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)
Seni Skrin
o    International Film Festival seperti Cannes, Berlin, Venice Festival
o    Best Foreign Film (Academy Awards U.S.A)
o    Asia Pacific Film Festival
o    Anugerah tokoh perfileman
o    Anugerah Festival Filem Malaysia
o    Anugerah Skrin
o    Anugerah Sri Angkasa
o    Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)
Seni Bina
o    Aga Khan Design Awards
o    Royal Institute of British Architect Award
o    Anugerah Persatuan Arkitek Malaysia
o    Anugerah Jabatan Landskap Negara
o    Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)
Seni Persembahan
o    Tokoh Teater
o    Tokoh Tari
o    Tokoh Muzik
o    Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM)
o    KL International Film Festival (KEKKWA)
o    Anugerah Juara Lagu
o    Anugerah Sri Angkasa
o    Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)
 Seni Kraf
o    Piala Seri Endon (Fesyen)
o    Piala Seri Endon (Soft Furnishing)
o    Piala Seri Endon (Kraf)
o    Jarum Emas / Berlian Utusan Melayu
o    Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minima RM50,000)
Seni Visual
o    Festival seni antarabangsa seperti Venice Biennale, Documenta, Asia Pacific Triennial of Contemporary Art
o    Tokoh Kraf Negara
o    Bakat Muda Sezaman (BMS)
o    Kuala Lumpur Photography Award (KLPA)
o    Nikon Malaysia Photo Contest
o    National Geographic
o    Karya/Kerja seni yang dikomisenkan (minimum RM50,000)
Kategori Pengiktirafan

Pengiktirafan melalui kategori berikut:

Komisen
Penilaian berdasarkan nilai dalam bentuk wang


a)    RM100,000 ke atas
b)    RM50,000 ke atas
c)     RM10,000 ke atas

Glosari: Komisen untuk persembahan, pameran, reka bentuk, gubahan muzik, pengurusan acara dan lain-lain.

Perolehan
Penilaian berdasarkan perolehan melalui Galeri

a)    Nasional dan Korporat
b)    Negeri
c)     Persendirian

Glosari : Karya yang dibeli oleh/disumbang kepada galeri seperti di atas.

Penjualan
Penjualan karya berdasarkan nilai dalam bentuk wang

a)    RM50,000 ke atas
b)    RM30,000 ke atas
c)     RM20,000 ke atas

Tajaan
Tajaan untuk mengadakan persembahan, pameran, rekaan model, dokumentari dan filem pendek berdasarkan nilai dalam bentuk wang

a)    RM100,000 ke atas
b)    RM60,000 ke atas
c)     RM30,000 ke atas

Box Office
Berdasarkan kutipan dari tayangan filem

a)    RM5,000,000 ke atas
b)    RM3,000,000 ke atas
c)     RM1,000,000 ke atas

Konsultansi
Berdasarkan peringkat seperti berikut:

a)    Antarabangsa
b)    Kebangsaan
c)     Korporat

Glosari: Pakar Runding dan Pakar Rujuk untuk persembahan, pameran, rekaan model, dokumentari dan filem pendek dan lain-lain.

Undangan
Berdasarkan persembahan, pameran, tayangan filem.

a)    Antarabangsa
b)    Kebangsaan
c)     Korporat

Glosari: Jemputan untuk persembahan, bengkel, syarahan, panel juri dalam pertandingan festival yang berprestij, pameran, rekaan model, dokumentari dan filem pendek dan lain-lain.
Pakar luar akan dirujuk (sekiranya perlu) untuk menilai karya/produk pemohon yang telah disenarai pendek.


Penilaian adalah berdasarkan sumbangan berterusan pemohon dalam bidangnya.

NILAI ANUGERAH
Nilai bagi Anugerah Seni dan Kreativiti adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta sijil pengiktirafan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara