Social Icons

-

Tuesday, August 31, 2010





PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU SANDAKAN


Maklumat AM

Nama dan Alamat

1. Persatuan ini dikenal dengan nama Persatuan Ibu Bapa – Guru Sekolah Kebangsaan Terusan Baru ( ringkasnya PIBG SKTB).

2. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini ialah:-

Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Pejabat Pelajaran Gabungan Sandakan, Beg Berkunci 02 Wisma Persekutuan. 90400 Sandakan, Sabah.


TUJUAN DAN FUNGSI PERSATUAN

3. Maksud persatuan ialah:-

(a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam SKTB dalam meningkatkan imej SKTB;

(b) Untuk membantu dan menambah usaha SKTB dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

(c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam SKTB bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

(d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam SKTB berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka;

(e) Untuk memblehkan ibu bapa dan guru dalam SKTB untuk berusaha menambah kewangan SKTB dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan dan pembelajaran.

4. Tujuan-tujuan Persatuan ialah;-

(a). untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.

(b). Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu, dan

(c). Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.


FUNGSI PERSATUAN

5. Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di peringgan 3, seperti:-

(a) Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan mereka;

(b) Menambah sumber kewangan SKTB bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di SKTB

(c) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara SKTB dengan masyarakat setempat; dan

(d) Meningkatkan keceriaan premis SKTB supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.


KEANGGOTAAN PERSATUAN

6. Anggota persatuan terdiri daripada:-

(a) Semua guru di SKTB;

(b) Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang belajar dalam SKTB; dan

(c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh Pegawai Pelajaran Daerah atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan; dan

7. Guru Besar SKTB hendaklah menjadi anggota ex- officio dan penasihat Persatuan.


JAWATANKUASA PERSATUAN

8. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

9. Anggota jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja

10. Keangotaan jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:-

(a) Seorang Yang Di-Pertua (YDP);

(b) Seorang Naib Yang Di-Pertua (NYDP);

(c) Seorang Setiausaha;

(d) Seorang Naib Setiausaha;

(e) Seorang Bendahari; dan

(f) Sebelas (11) orang Ahli Jawatankuasa

11. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai jawatankuasa PIBG hendaklah seboleh-bolehnya seimbang.

12. Guru Besar SKTB tidak menganggotai jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai penasihat persatuan,

13. Bilangan Ahi Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah 1 hingga 11 orang.

14. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di SKTB tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

15. Tertakluk kepada perenggan 13 perlembagaan ini dan sub peraturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998, Pegawai Pelajaran Derah boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

16. Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa PIBG adalah selama 2 tahun bermula dari tarikh perlantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada 2 tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar.

17. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di-Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa persatuan, beradsarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

18. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh mesyuarat Agung Tahunan.


FUNGSI JAWATANKUASA PIBG

19. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

(a) Yang Di-Pertua

(i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat jawatankuasa PIBG dan mesyuart Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.

(ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila diluluskan.

(iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran persatuan serta memastikan bahawa peruntukan perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota persatuan

(iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagi Yang Di-Pertua

(v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar.

(vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan

(vii) Memastikan segala aktiviti dan program persatuan dari masa ke masa daripada Guru Besar selaku Penasihat Persatuan.

(viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar selaku Penasihat Persatuan.

(b) Naib Yang Di-Pertua

(i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua

(ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

(c) Setiausaha

(i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan

(ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.

(iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.

(iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

(v) Menghantar segala laporan dan aktiviti persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau pegawai Pelajaran Derah, selepas mesyuarat Agung Tahunan.

(vi) Menandatagani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan, jika perlu.

(d) Bendahari

(i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. penyata kira-kira kewangan ( 1 Januari hingga 3 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 februari tahun berikutnya untuk di audit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuart berkenaan.

(ii) Menguruskan perbelanjaan wang persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG

(iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan pada perenggan 41 dalam perlembagaan ini, pada sesuatu masa.

(iv) Menerima bagi pihak persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun persatuan pada hari yang sama.

(v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan

(vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun persatuan , akaun sentiasa berbaki kredit.


LAIN-LAIN JAWATAN

20. Penasihat Persatuan

(a) Guru Besar adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan persatuan. Antara Tanggungjawab dan fungsi Guru Besar adalah seperti berikut;
(i) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;

(ii) Mewakili pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan pendidikan, dasar-dsar negara dan dasar-dsar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

(iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota persatuan;

(iv) Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yanag akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan Tergempar.

(v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam semua mesyuarat persatuan;

(vi) Memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi persatuan;

(vii) Memastikan sumbangan persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan

(viii) Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.
(b) Juru Audit Dalaman

(i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang Juru Audit Dalaman dari kalangan anggota persatuan yang tidak menjadi angggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.

(ii) Tanggungjawab Juru Audit Dalaman adalah Seperti Berikut:-

(a) Megaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan

(b) Menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


Tempat Mesyuarat (Jika berlainan dari alamat berdaftar)

21. Mesyuarat persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan atau Tergempar hendaklah diadakan di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru atau tempat lain yang dicadangkan oleh Jawatankuasa PIBG dengan kelulusan Pegawai Pelajaran Daerah


Kuorum

22. Korum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah Seperti berikut:

(a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan

(b) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG hendaklah tidak kurang dari 2/3 daripada jumlah bilangan anggota jawatankuasa PIBG.


Mesyuarat Agung Tahunan

23. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setia tahun sebelum akhir bulan Mac

24. Jika mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh baru yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar, sebelum 31 Mac

25. Notis Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.

26. Sekiranya korum untuk mengadakan Mesyuarat Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota persatuan memaklumkan tarikh baru mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut

27. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:-

(a) Ucapan Pengerusi;

(b) Membentangkan dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;

(c) Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan

(d) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.

(e) Membahaskan usul, jika ada;

(f) Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;

(g) Pemilihan Juru Audit Dalaman;

(h) Ucapan penangguhan; dan

(i) Hal-hal lain

28. Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk pembentangan dan perbincangan dalam mesyuarat Agung Tahunan.

29. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:

(a) Anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam mesyuarat

(b) Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan

(c) Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.


Mesyuarat Agung Tergempar

30. Mesyuarat agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-kadaan berikut:-

(a) Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;

(b) Atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota persatuan; atau

(c) Atas arahan Pendaftar

31. Mesyuarat Agung tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukan kepada anggota persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.

32. Urusan mesyuarat Agung tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan mesyuarat itu diadakan


Laporan Mesyuarat

33. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada pendaftar dan pegawai Pelajaran daerah dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

34. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pelajaran Daerah dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat.


Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

35. Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan

36. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

37. Yang Di-Pertua atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.

38. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.


Punca-punca Pendapatan Persatuan

39. Punca-punca pendapatan persatuan adalah terdiri daripada:-

(a) Sumbangan anggota persatuan (anggota persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan)

(b) Derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan

(c) Pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar.

40. Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama perstuan.

41. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apapun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM 100.00 (Ringgit malaysia Seratus sahaja) pada satu-satu masa.


Perbelanjaan Wang Persatuan

42. Jawatankuasa PIBG diberikuasa untuk membelanjakan wang persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid SKTB yang tidak bercanggah dengan tujuan persatuan

43. Segala cek atau penyataan pengeluaran wang daripada akaun persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

44. Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun persatuan sentiasa berbaki kredit.

45. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada $100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama persatuan.

46. Semua urusan keewangan hendaklah di lakukan secara telus. Urusan pembelian melebihi RM500.00 hendaklah mendapat kelulusan Majlis Jawatan Kuasa PIBG terlebih dahulu sebelum pesanan pembelian di keluarkan.

47. Tahun kewangan Persatuan bermula 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun semasa.


Penyimpanan akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

48. Penyata kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

49. Satu salinan penyata kira-kira kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam mesyuarat agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pelajaran Daerah dalam masa 30 hari selepas tarikh mesyuarat.

50. Pendaftar, Pegawai Pelajaran Derah, dan Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun persatuan pada bila-bila masa.


Harta Amanah Persatuan

51. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang sebelum tarikh perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh sekolah, sebagi harta yang diamanahkan oleh persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid SKTB sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatan kuasa PIBG dari masa ke masa.

52. Apa-apa harta yang diamanahakan kepada sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


Pindaan Perlembagaan Persatuan

53. Apa-apa cadangan untuk meminda perlembagaan persatuan hendaklah dikemukan kepada pendaftar, melalui Guru Besar untuk kelulusan terlebih dahulu.

54. Cadangan pindaan yang hendak dikemukan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota persatuan yang hadir.

55. Pindaan kepada perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar, selepas diluluskan dalam mesyuarat Agung Tahunan.

56. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh persatuan.


Larangan

57. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja sekolah dengan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan sekolah.

58. Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang, hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar untuk kelulusan dan panduan.

59. Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara persatuan dengan Guru Besar, Pejabat Pelajaran Derah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

60. Persatuan tidak boleh bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa – Guru di sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak


Tafsiran

61. Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada pendaftar melalui guru besar.


Pembubaran

62. Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut:

(a) Atas arahan bertulis daripada pendaftar; atau

(b) Sekolah berhenti beroperasi

63. Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya bagi manfaat pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana sekolah berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh pendaftar.

64. Guru Besar hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila persatuan ini telah dibubarkan.


PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan murid-murid sekolah ini diberi perhatian utama dalam menuntut ilmu dan bimbingan dengan mesra dan penuh kasih sayang.
  1. Memastikan murid-murid diberi bimbingan dan kaunseing serta mendapat penerapan nilai-nilai murni.
  1. Memastikan murid-murid mendapat peluang yang sama untuk memperkembangkan bakat dan potensi dalam bidang kokurikulum.
  1. Memastikan murid-murid yang layak diberi segala bantuan dan kemudahan yang disediakan.
  1. Memastikan semua urusan pendaftaran dan pertukaran murid-murid diuruskan segera.
  1. Memastikan jadual waktu berjalan dengan lancar pada hari pertama persekolahan dan berusaha mendapatkan guru secukupnya.
  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan dan perkhidmatan personal dari segi lantikan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan jawatan berpencen dan sebagainya mengikut tempoh yang ditetapkan.
  1. Memastikan sesiapa jua yang berurusan dengan sekolah ini dilayan dengan segera dan mesra.
  1. Memastikan sekolah ini sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan layanan kaunter yang mesra serta menentukan segala surat aduan dan rayuan yang bertanggungjawab disiasat serta diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari surat tersebut diterima.
  1. Menerima segala pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak dalam usaha mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan pendidikan.
  1. Menjalin hubungan yang baik dengan PPD, JPN dan masyarakat setempat dan agensi-agensi yang lain.


VISI

MEMANGKIN DAN MEMBANGUN KECEMERLANGAN SEKOLAH


MISI

SENTIASA BERTEKAD DAN BERUSAHA MEMBANTU SERTA BERKERJASAMA DENGAN SEKOLAH DALAM MENUJU KECEMERLANGAN



CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU SANDAKAN

SESI 2009/2010




PENASIHAT

ENCIK HUSIN BIN ABDULLAH

YANG DI-PERTUA

LATIFF BIN IBRAHIM

NAIB YANG DI-PERTUA

ZAINI BIN MOHD. SAID

SETIAUSAHA

HUSZARUDIN BIN HAJI HUSSIN

NAIB SETIAUSAHA

LINDA BINTI ARSYAD

BENDAHARI

ZAIDAH BINTI MOHD NOOR

JURU AUDIT DALAMAN

SABTURI BIN SINSANI

TUAN SEBARUDIN BIN MADUN

AJK

ENCIK TAIMUD BIN SIASAI

PUAN ROSENE BIN GARI

ENCIK BAHAR BIN PAPAR

OTU BIN NASRIN

ENCIK RIBBOH BIN JUNDAM

LELIANI BINTI LOUBI





Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara