Pengurusan dan Organisasi kelas
Membentuk
organisasi kelas yang terdir daripada Ketua Tingkatan. Penolong Ketua
Tingkatan, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK
kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu
lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.
Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan
maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu)
untuk kelas.
- Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
(a) Jadual waktu
(b) Jadual Tugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan tulis diiventorikan
(d) Moto Kelas.
(e) Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
(b) Jadual Tugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan tulis diiventorikan
(d) Moto Kelas.
(e) Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
- Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras khusus yang berkenaan.
- Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
- Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
(a) Keceriaan kelas.
(b) Kebajikan pelajar.
- Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar.
- Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.
- Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
- Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
- Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan.
(a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan. (b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
- Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan
- Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
- Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.
- Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.
- Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik
- Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan hadiah ( jika perlu)
- Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
- Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.
- Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan
- Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
- Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:
(a) mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “ Melanggar Peraturan Sekolah” yang dapat diperolehi dari penyelaras
Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin. (b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin. (b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
- Buku teks, biasiswa dan bantuan
- Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
- Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
- Memulangkan buku
teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang
tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun
dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT - Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
- Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
- Kutipan Yuran dan Derma
- Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
- Mengutip derma PIBG
- Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.
- Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
- Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.
- Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .
- Pendaftaran Pelajar Baru
- Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.
- Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.
- Menentukan rumah sukan.
- Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
- Murid Keluar
- Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.
- Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
- Menentukan buku teks telah dipulangkan.
- Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
- Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment