BAHAGIAN Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran
Malaysia akan memperkenalkan konsep kursus kluster bagi membolehkan
pelajar mengikuti kursus secara fleksibel mengikut minat dan keupayaan
masing-masing.
Setiap kluster akan dikendalikan oleh agensi latihan tertentu.
Sebagai contoh, program hospitaliti akan diletakkan sebagai Sijil
Profesional Kemahiran GiatMARA. Kluster bagi kumpulan kursus hospitaliti
ialah kursus Hiasan Dalaman, Confectionary and Bakery,
Masakan dan Pramusaji, Seni Reka Gaya Rambut, Solekan dan teapi kecantikan, dan Fashion
and Dress Making.
Program Penyelengaraan Bangunan (building maintenance)
akan diletakkan sebagai Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB. Kluster bagi program
Penyelenggaraan Bangunan ialah Plumbing (Building and Sanitary
Fitting), Plumbing (Water Reticulation), Plastering, Building Decorative
Painting, Building Wiring Installation, Gas Pipe Insulation, Gas Pipe
Fitting dan Air Conditioning and Mechanical Ventilation.
No comments:
Post a Comment