Social Icons

-

Saturday, August 4, 2012

Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Staf - Team Building



Bagi meningkatkan kompetensi serta produktiviti warganya, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak telah mengadakan Program Peningkatan Profesionalisme Guru dan Staf di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Guru Kaunseling sekolah itu, Mohd Fuad Abdul Wahab berkata, program ini dilaksanakan bertujuan melahirkan warga kerja yang berkualiti dan berketerampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif.

"Melalui pembinaan pasukan dalam program ini dapat meningkatkan produktiviti di samping memupuk semangat kerjasama antara guru dan kakitangan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Program  selama dua hari satu malam berkenaan disertai oleh 68 guru dan staf sekolah berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi itu.

Pengisian program dalam bentuk ceramah, team building, senam robik dan sesi soal jawab berjaya menambahkan ilmu pengetahuan kepada peserta berkaitan budaya kerja yang cemerlang dan efektif.

Selain itu, peserta juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab dan membina jati diri untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan proaktif, jujur serta ikhlas.
Pengendali program terdiri daripada Pengetua, guru kaunseling dan guru latihan dalam perkhidmatan sekolah itu. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara