Social Icons

-

Sunday, October 28, 2012

Universiti Butik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Prestariang Bhd yang diberi mandat oleh kerajaan untuk menubuhkan universiti butik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pertama negara, menyenaraikan beberapa syarikat gergasi antarabangsa sebagai rakan industrinya. 

International University of Computing (IUC) di Cyberjaya dikendalikan anak syarikatnya, Prestariang Education Sdn Bhd (PESB) akan dibarisi nama besar ICT dunia antaranya Microsoft, IBM, Oracle, Autodesk dan Huawei. 
Senarai rakan industri berkenaan baru saja dimuktamadkan sekali gus meletakkan universiti berkenaan dalam landasan kukuh untuk melahirkan generasi tenaga kerja teknologi berkemahiran tinggi bagi menampung keperluan negara. 


Ketua Eksekutif Prestariang BHD, Dr Abu Hassan Ismail, berkata pengambilan rakan industri itu antara pelan latihan akademik IUC. 

Ia jelasnya, bertepatan dengan matlamat memajukan sektor ICT di Malaysia. 
Katanya, ia bagi membolehkan pelajar IUC mendapatkan pengalaman industri sebenar dalam sektor yang sentiasa berubah dari masa ke masa itu. 

Rakan industri yang dipilih itu juga ialah rakan perniagaan Prestariang sejak beberapa tahun lalu, katanya kepada BH, baru-baru ini. 
Prestariang mempunyai hubungan rapat dengan peserta industri. Ia antara lain pengedar terbesar lesen perisian Microsoft serta penyedia persijilan dan latihan ICT utama di negara ini. 

Abu Hassan berkata, selain menyenaraikan rakan industri, PESB kini sedang memuktamadkan rakan pengkomersialan dan rakan akademik untuk IUC, sekali gus menjadikan universiti itu antara institusi perdana bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ICT tempatan. 

Tujuan melantik rakan pengkomersialan bagi membolehkan IUC dapat menjual idea secara komersial iaitu menerusi kerjasama yang dijalin dalam bentuk modal teroka. 

Rakan akademik pula terdiri daripada nama besar dalam industri. Nantikan pengumumannya tidak lama lagi, katanya. 

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, kampus IUC di Cyberjaya itu akan menerima kumpulan pertama seramai 300 pelajar bagi tahun pengajian 2013 pada April depan. 

Pengambilan kedua pula, katanya akan dibuat pada September 2013 melalui saiz kemasukan hampir sama dengan kumpulan pertama yang membolehkan IUC beroperasi penuh dalam tempoh itu. Premis IUC di Cyberjaya sudah disiapkan untuk menampung kemasukan pelajar berkenaan. 

IUC akan mempunyai lima fakulti mengkhusus kepada bidang ICT yang mendapat permintaan paling tinggi daripada industri. 

Lima fakulti itu ialah Kejuruteraan Komputer, Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian, Sistem Maklumat dan Teknologi Maklumat dari peringkat asasi sehingga ke doktor falsafah. 

Awal minggu lalu, PESB melantik Professor Datuk Dr Halimaton Hamdan sebagai Naib Canselor pertama universiti itu. 

Halimaton mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang pendidikan, sains dan industri teknologi. 

Beliau yang juga seorang saintis, penyelidik dan pendidik pernah memenangi pelbagai anugerah antaranya World Invention Award Glass Oberlisk pada Pameran Ciptaan Britain 2007, produk tahunan terbaik Maerogel oleh Clean Energy Circle UK 2008 dan Anugerah Merdeka dalam Sektor Kesihatan, Sains dan Teknologi pada 2009. 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara