Social Icons

-

Wednesday, August 7, 2013

Guru Penyelaras Kokurikulum

Bidang tugas
1.  Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat dengan semua guru penasihat persatuan dan kelab pada awal tahun untuk merangka dan menggubal jadual perjumpaan.

2. Mengadakan dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja ko-kurikulum bagi menentukan bahawa rancangan itu berjalan lancar.


3.  Meneliti semua program aktiviti yang dirancangkan itu dan dapat dilaksanakan secara praktikal dan baik.

4. Mengumpulkan laporan aktiviti tahunan bagi tiap-tiap gerak kerja ko-kurikulum dan menyerahkannya kepada penolong kanan murid dan penerbit majalah sekolah untuk diterbitkan bagi pengetahuan am.

5.  Menyediakan dan mengedarkan Buku Rekod Kegiatan Ko-Kurikulum kepada guru-guru penasihat untuk diidi dan disahkan.

6.  Memungut buku-buku yang telah lengkap diisi pada akhir tiap-tiap semester untuk disemak dan diserahkan kepada guru-guru tingkatan sebagai rujukan.

7.   Menyediakan laporan kemajuan untuk dimasukkan ke dalam sijil berhenti sekolah pada akhir tahun.

8.   Menyelaraskan penggunaaan dewan sekolah untuk kegunaan persatuan dan kelab yang ada di sekolah.

9.  Bertindak sebagai penyelaras lawatan atau rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara