KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran (KPM) buat pertama kalinya
menganjurkan program kesedaran mengenai bahaya HIV dengan membawa mak
nyah memberi ceramah di sekolah-sekolah.
Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
KPM, Jevanartham Baby berkata, program yang bertemakan Manisnya Menjadi
Gadis itu juga merupakan serampang dua mata pihaknya bagi membantu
mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
"Program ini turut menjemput seorang mak nyah yang hanya mahu
dikenali sebagai Maligai yang kini penghidap HIV bagi menceritakan
pengalaman kepada pelajar tentang keburukan akibat masalah sosial,"
ujarnya ketika ditemui semasa program itu yang diadakan di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Sentul di sini semalam.
No comments:
Post a Comment