Social Icons

-

Friday, August 3, 2012

Sekolah pondok Selatan Thailand



Sekolah pondok Selatan Thailand merupakan sistem pendidikan cara tradisional Islam yang menekankan asas agama Islam .Setiap pelajarnya diharap dapat mempertahankan akidah dan kekal sebagai penganut Islam tulen. Seterusnya mereka mendapat sijil dan kemahiran untuk mencari peluang pekerjaan.
Thailand sebagai negara majoriti penganut Buddha ,berbahasa Siam, guru-guru yang dibekalkan oleh kementerian pelajaran Thailand mengundang keraguan sejak akhir-akhir ini.Guru-guru ini dianggap sebagai agen pihak berkuasa Thailand yang cuba mengindoktrinasi atau 'Thailand isme'. Bagi mereka, Yala, Pattani dan Narathiwat bukan bumi Thai-Buddha. Ia menyerupai zon konflik di Palestin dan Afghanistan. Terdapat perbezaan jelas antara muslim dan kafir. Risalah 'Fatoni Darulsalam' disebarkan di merata tempat.
Sekolah dibakar kerana menjadi simbol kekuasaan kerajaan Thailand dan budaya Buddha-Thai. Guru ditembak di dalam kelas dan di kawasan kediaman. Guru dijadikan tebusan agar kerajaan membebaskan pemimpin mereka. Peristiwa Masjid Krue Sae Mosque (28 April 2004) dan insiden Tak Bai (25 Oktober 2004) kekal dalam sanubari mereka.
Lebih 115 guru telah dibunuh oleh pemisah yang dikenali sebagai Pejuang Kemerdekaan Patani. Lenbih 100 cedera sejak Januari 2004 apabila pemberontakan bermula. Pemisah juga membakar 200 buah sekolah dalam masa yang sama.
Antaranya :
  • 16 Jun 2009 , cikgu Lekha Issara yang mengajar di sekolah Ban Poh Maeng school dibunuh ketika menunggang motosikal dari rumah ke sekolah di daerah Raman, provinsi Yala.
  • 6 Jun 2009, Matohe Yama , guru di Ban Palukasamo diu daerah Bajoh, provinsi Narathiwat
  • Pada 2 Jun 2009 , Atcharaporn Thepsorn, guru di sekolah Ban Dusung Ngor . Warunee Navaka guru di sekolah Ban Ri Nge, provinsi Narathiwat. Mereka dalam trak pickup bersama 4 guru yang lain.
  • Pada 19 Mei 2009, Natthapol Janae guru di sekolah Nikhom Pattana Park Tai dibunuh oleh pemisah. Ketika itu dia menunggang motosikal dari rumah ke sekolah di daerah Bannang Sta, Yala.
Dalam masa yang sama ramai ustaz , imam dan ketua kampung berugama Islam telah dibunuh akibat balas dendam. Sekolah pondok dan masjid turut diserang.
Pada 28 November 2006, guru menutup 944 sekolah kerajaan akibat serangan yang memuncak dan guru-guru takut pergi ke sekolah. Sekolah dibuka semula pada 4 Disember 2006.

sistem sekolah pondok dikendalikan oleh pihak swasta iaitu penduduk Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani. Mereka sanggup berhabis wang ringgit untuk membiayai anak mereka di sekolah pondok . Mereka tidak sanggup kehilangan jati diri sebagai seorang muslim dan berbudaya Islam - Melayu dan berbahasa Melayu.

Laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) mendakwa bahawa sistem sekolah pondok Islam digunakan untuk menyebarkan keganasan dan menyebabkan Krisis Selatan Thailand berpanjangan.Sekolah pondok dengan mudah dituduh "merekrut militan di selatan Thai".Laporan ini tentu menggembirakan pergerakan ultra-nasionalis Thai yang kekurangan etika kewartawanan yang neutral.
ICG mendakwa sekolah swasta Islam atau sekolah pondok membiakkan pemberontak memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan melatih remaja Islam.Mereka yang merekrut merayu etnik Melayu agar berbangga dengan nasionalisme Kesultanan Pattani. Mereka memberitahu pelajar di sekolah-sekolah (pondok) bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mengambil balik tanah mereka daripada penganut Buddha yang kafir.Laporam itu ditulis oleh penganalisis ICG Thai Rungrawee Chalermsripinyorat.
Kelas pondok merupakan kaedah terbaik juru rekrut mencari pelajar yang alim, kuat bekerja dan kelakuan baik dilatih dalam aktiviti luar.Pelajaran agama, aktiviti lawatan dan sukan menyediakan peluang bagi menilai pelajar dalam tempoh antara beberapa bulan dan setahun.

ICG beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan bertajuk `Merekrut Militan di Selatan Thailand berkata, terdapat lebih 100,000 pelajar di sekolah-sekolah pondok, dengan pengambilan dianggarkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang.

Pada 21 Januari 2009 , Sidney Jones, penganalisis kumpulan pemikir antarabangsa Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) menyatakan kumpulan kecil warga Indonesia yang diketuai oleh Umar Patek dan Dulmatin, dua suspek utama Pengeboman Bali 2002 mahu mewujudkan markas di selatan Thailand.Pejuang Thailand memiliki orang- orang yang dilatih sendiri, berbahasa sama dan menunjukkan keupayaan tinggi untuk menambah baik bahan letupan mereka hanya menerusi pengalaman.
Sebelum ini Sidney Jones menyatakan bahawa keupayaan Mas Selamat Kastari bersembunyi selama lebih setahun di Johor di seberang Singapura menunjukkan operasi Jemaah Islamiah (JI) di Malaysia "tidak musnah sebagaimana disangka. Abu Bakar Baasyir ,Abdullah Sungkar,Dr Azahari Husin dan Nordin Mat Top pernah beroperasi bersebelahan UTM Skudai.


Pada 24 Jun 2009, Ketua Hal Ehwal Antarabangsa bagi Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) Kasturi Mahkota menyatakan sistem sekolah agama di wilayah selatan tidak boleh dipersalahkan dan menganggap ini sebagai usaha mengubah dan menutup sekolah pondok. Kenyataan Kasturi dilaporkan dalam laman web PULO.
Sekolah pondok merupakan pusat pendidikan dan institusi yang dihormati masyarakat kini banyak diganggu dengan elemen campur tangan Thai. Banyak campurtangan dengan institusi agama di Pattani yang menekankan pengajaran dan nilai moral.Sepatutnya kerajaan Thai mengkaji semula sistem pendidikannya.

 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara