Social Icons

-

Monday, August 27, 2012

SCOM


Hubungan dan kerjasama yang terjalin  antara Persatuan Pustakawan Malaysia dengan Persatuan Perpustakaan Singapura (Library Association of Singapore) telah berjaya mewujudkan Sub-Commitee On Microforms (SCOM) pada bulan Mei 1968.

Walau bagaimanapun, pihak SCOM Singapura telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan keanggotaan dalam SCOM apabila beberapa projek telah dilaksanakan dan disempurnakan bersama-sama dengan Persatuan Pustakawan Malaysia. Oleh itu, mulai tahun 1980, SCOM di Malaysia telah wujud sebagai sebuah Jawatankuasa Kecil Mengenai Bahan Mikro di bawah Joint Standing Commitee On Bibliographic Services and Library Cooperation (BILCO). 

Misi SCOM adalah mempertingkatkan pemuliharaan sumber warisan ilmu negara melalui penukaran format mengikut standard yang diiktiraf selaras dengan teknologi terkini.
SCOM melaksanakan aktivitinya berdasarkan bidang tugas seperti yang berikut:
  • Menetapkan standard pemikrofileman dalam negara
  • Menyediakan panduan untuk aktiviti pemikrofileman dan mikrografik.
  • Menyebarkan maklumat mengenai mikrografik dan media baru kepada semua pihak.
  • Menjalin hubungan dan kerjasama dengan institusi dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti pemikrofileman pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mengkaji kaedah baru dalam teknologi penukaran format sumber maklumat.
  • Mengenal pasti permasalahan yang berkaitan dengan sumber mikro dan teknologi penukaran format sumber maklumat terkini.
SCOM telah menyediakan beberapa aktiviti bagi faedah ahli-ahlinya:
  • Konsortium Pemuliharaan 
    Memperkukuh konsortium untuk menjalankan usaha pemuliharaan sumber maklumat tempatan secara usaha sama daripada bentuk cetak kepada format mikrofom.
  • Aktiviti 
    Menjalankan projek pemikrofileman majalah dan surat khabar tempatan. Pembahagian judul dilakukan secara kesesuaian bersama untuk mengelakkan pertindihan.
     
    Mengemas kini dan menilai semula aktiviti konsortium dalam memastikan sumber maklumat dipulihara mengikut kemampuan institusi.
  • Pendidikan dan Latihan 
    Membantu mengenal pasti kaedah latihan yang berkesan mengenai mikrografik kepada semua peringkat kakitangan. Ini meliputi peringkat pengenalan/asas dan lanjutan latihan dalam aspek pemuliharaan dan teknikal untuk mewujudkan tenaga pakar yang mahir dalam bidang berkaitan.
  • Program Promosi 
    Membantu mempromosikan aktiviti berkaitan dengan pemikrofilem atau penukaran format menggunakan teknologi terkini melalui pelbagai media serta mewujudkan pangkalan data Senarai Induk Mikrofom untuk rujukan dan makluman semua perpustakaan/institusi.
Urus Setia SCOM ialah Perpustakaan Negara Malaysia dan ahli terdiri daripada institusi berikut:
  • Perpustakaan Negara Malaysia
  • Arkib Negara Malaysia
  • Arkib Negeri Sabah
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Muzium Sarawak
  • Perpustakaan UKM
  • Perpustakaan UM
  • Perpustakaan USM
  • Perpustakaan UTM
  • Perpustakaan UUM

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara