Social Icons

-

Thursday, August 9, 2012

Pendidikan Agama Johor


Latar Belakang Sejarah Pendidikan
  • 1918 Sejarah pendidikan bermula dengan nama Sekolah Al-Quran. Tumpuan hanya kepada pembelajaran Al-Quran.
  • 1920 Nama Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Kitab dengan penambahan matapelajaran Al-Quran, Tauhid, Ibadat dan Tasauf.
  • 1923 Nama Sekolah Kitab ditukar kepada Sekolah Agama Petang dengan penambahan matapelajaran Muamalat, Munakahat, Faraid, Jenayah, Akhlak, Tarikh, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
  • 1923 Kelas ' Darjah Khas ' diwujudkan sebagai satu - satunya lanjutan Sekolah Agama Petang.
  • 1960 Maahad Johor ditubuhkan sebagai pusat pengajian IV Thanawi di negeri Johor.
  • 1965 Nama Sekolah Agama Petang ditukarkan kepada Sekolah Agama Kerajaan Johor.
  • 1988 Penubuhan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  • 1994 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA)
  • 1997 Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab iaitu MARSAH
  • 1998 Pelarasan umur 7 tahun bagi kemasukan murid ke Sekolah Agama Kerajaan Johor
  • 1999 Pelaksanaan Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB )
  • 2001 Penubuhan Tadika Agama Johor (TAJ)

Objektif
Untuk melaksanakan usaha dan perancangan murni ini, kerajaan telah menetapkan dasar pendidikan seperti berikut :
"Menyedia dan memberi kemudahan pelajaran pembelajaran serta mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dan meningkatkan kefahaman Islam keperingkat yang lebih tinggi daripada sudut membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah"

Visi 

Menyediakan dan mengurus pendidikan Islam yang bersistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim yang berkualiti lagi komited bagi memastikan agar kelangsungan umat Islam pada masa hadapan terus terpelihara dan terurus.

Misi
Mencerap kesedaran dan rasa pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat terhadap kepentingan pendidikan Islam dalam membentengi dan memperkasakan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh status kemuliaan insan
Melahirkan anak-anak didik yang celik agama, berilmu, beriman, beramal, berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang, bertahap dan berkesan.
Mengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi, berkelayakan, berkemahiran, berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa juga cabaran dan hambatan.
Menyediakan kemudahan dan keselesaan prasarana pendidikan secara berterusan bagi memenuhi hasrat setiap peringkat masyarakat di seluruh Negeri Johor.








Sistem Pendidikan Agama Johor
1. Tadika Agama Johor (TAJ)

Pengenalan
1. Tadika Agama Johor (TAJ) adalah program pendidikan pra sekolah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.
2. Mula ditubuhkan pada Januari 2001.
3. Sehingga Januari 2007 terdapat sebanyak 312 kelas TAJ telah dibuka dengan jumlah murid 4647 orang yang melibatkan 297 orang guru.

- Objektif
1. Memupuk semangat sayangkan agama, bangsa dan negara
2. Memupuk kemahiran asas membaca Al-Quran dan menulis jawi
3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan
4. Memperkenalkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
5. Memupuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira

- Syarat-syarat kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 6 tahun pada tahun berkenaan
3. Tidak mengikuti pendidikan pra sekolah di Tadika lain

- Pendaftaran dan Yuran
1. Yuran bulanan sebanyak RM20.00
2. Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah

- Kurikulum
Kurikulum program pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak berusia 6 tahun. Matapelajaran yang diajar adalah seperti berikut :
a. Asas Tilawah Al-Quran dan Hafazan
b. Asas Fardu Ain
c. Asas Bahasa Melayu
d. Asas Bahasa Inggeris
e. Asas Matematik
f. Asas Jawi dan Bahasa Arab
g. Asas Sains
h. Asas Pendidikan Seni 

- Ko-kurikulum
Aktiviti ko-kurikulum TAJ menekankan aspek amali seperti aktiviti amali solat, berwuduk dan pergerakan-pergerakan asas yang berorientasikan syariat Islam. Antaranya adalah :
1. Pendidikan Jasmani
2. Lawatan Sambil Belajar
3. Majlis Keraian Hari-hari Kebesaran Islam
4. Hari Terbuka
5. Tilawah Al-Quran
6. Penyampaian Sijil TAJ. 

- Struktur Pembelajaran
a. Jam pertemuan tiga jam sehari
b. Hari persekolahan lima hari seminggu
c. Tempoh pembelajaran selama setahun
d. Masa pembelajaran 8.00 - 11.00 (sesi pagi) dan 2.00 - 5.00 (sesi petang)
e. Jumlah murid antara 15 - 25 orang bagi satu kelas.

- Peperiksaan & Penilaian
Peperiksaan dan penilaian dilakukan melalui ujian lisan, amali dan ujian bertulis
Ujian lisan dan amali
i Bacaan Al-Quran
ii. Hafazan Al - Quran
iii. Amali Solat dan Wuduk
Ujian bertulis berdasarkan semua matapelajaran yang dipelajari

- Halatuju TAJ
Selepas TAJ murid-murid boleh melanjutkan pelajarannya ke Tahun 1 Sekolah Kebangsaan dan Darjah 1 Sekolah Agama Negeri Johor atau mana-mana sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa.


Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB )
Pengenalan
Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) adalah pendidikan peringkat sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor mulai sesi persekolahan 1999. Ia diwujudkan bagi memenuhi kehendak Pelan Tindakan Belanjawan Kajian Pendidikan Agama 1998.
Penyediaannya untuk membolehkan lepasan sekolah rendah agama Johor dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah seterusnya ke Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. Di masa yang sama SRAB adalah tapak untuk menyalurkan calon-calon pelajar ke peringkat menengah khasnya di sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor.
Terdapat 8 buah SRAB di seluruh Negeri Johor, iaitu :
1. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Seri Tebrau, Johor Bahru
2. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Sungai Abong, Muar
3. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Tmn Bukit Pasir, Batu Pahat
4. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Bukit Siput, Segamat
5. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Taman Intan, Kluang
6. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Benut, Pontian
7. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kota Kecil, Kota Tinggi
8. Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Felda Tenggaroh, Mersing

Konsep Bersepadu
Menyepadukan antara Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) Jabatan Agama Johor bagi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam Negeri Johor.
Kesepaduan kurikulum KBSR dan KBSA dalam bidang matapelajaran merangkumi aspek teori dan amali serta nilai-nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang melalui kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan bagi tujuan mempertingkatkan pengalaman dan pembelajaran di bilik darjah.

- Syarat-Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan
4. Lulus ujian kelayakan

- Kurikulum
Menggunakan kurikulum KBSR, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi matapelajaran Akademik dan KBSA, Jabatan Agama Johor bagi matapelajaran agama. Menerusi kurikulum yang disediakan diharap akan dapat melahirkan pelajar yang dapat menguasai dua bidang ilmu iaitu fardhu 'ain dan fardhu kifayah.

- Ko-Kurikulum
1. Pasukan pakaian seragam
2. Persatuan/kelab
3. Sukan/ Riadhah
4. Aktiviti-aktiviti pertandingan
5. Sambutan hari-hari kebesaran Islam dan kegiatan gotong-royong
6. Aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan pihak sekolah.

- Struktur Pembelajaran
1. Hari persekolahan 5 hari seminggu
2. Masa pembelajaran : 8.00 pagi - 4.00 petang
8.00 pagi - 12.00 tengahari (hari Jumaat)
3. Tempoh pembelajaranan : 6 tahun
4. Jumlah murid bagi setiap kelas : antara 35 - 40 orang.

- Halatuju Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)
a. Bagi yang lulus, mereka boleh melanjutkan pelajarannya ke peringkat Darjah Khas Agama di samping meneruskan pengajiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan
b. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.



Sekolah Agama Kerajaan Johor
Pengenalan 

1. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar. Tujuannya adalah untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.

Sehingga kini, Sekolah Agama Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Sehingga tahun 2002 jumlah murid ialah 212,030 orang yang melibatkan 3,168 orang guru.

Objektif

1. Mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.

2. Dapat membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan

3. Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.

4. Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca jawi serta dapat mempertahankannya.

5. Mempelajari, memahami dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan dan tulisan.

6. Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ain, fardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.

- Syarat-syarat kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan

- Pendaftaran dan Yuran
1. Pendaftaran masuk adalah percuma
2. Bayaran yuran 60 sen sebulan
3. Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah

- Kurikulum

Umumnya, murid-murid Sekolah Agama Johor adalah murid-murid yang berdaftar dan belajar di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan. Sekolah Agama Johor pula berfungsi untuk menambah, melengkap dan memperkukuhkan lagi matapelajaran pendidikan Islam. Oleh itu, kurikulum yang disediakan oleh Sekolah Agama Johor hanya menumpukan kepada matapelajaran pendidikan agama sahaja.

Bil
Tahap I
( Darjah I, II, III )
Bil
Tahap II
( Darjah IV, V, VI )
1
Pendidikan Al-Quran& Tajwid
1
Pendidikan Al-Quran& Tajuid
2
Pendidikan Tauhid
2
Pendidikan Tauhid
3
Pendidikan Ibadah
3
Pendidikan Fiqh I (Ibadah)
4
Pendidikan Akhlak
4
Pendidikan Fiqh II (Muamalat, Munakahat, Jenayat & Faraid )
5
Pendidikan Sirah
5
Pendidikan Akhlak
6
Pendidikan Jawi
6
Pendidikan Sirah
7
Pendidikan Bahasa Arab
7
Pendidikan Bahasa Arab
8
Pendidikan Amali
8
Pendidikan Jawi


9
Pendidikan Amali


Ko-kurikulum
Kegiatan ko-kururikulum dijalankan secara berterusan sepanjang tahun di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
1. Perujian Tilawah Al-Quran murid-murid lelaki dan perempuan
2. Pertandingan syarahan Bahasa Arab
3. Pertandingan mentafsir ayat Al-Quran
4. Pertandingan membaca berzanji
5. Pertandingan tahfiz Al-Quran
6. Pertandingan tarhim, azan dan iqamah
7. Perujian seni khat.

- Struktur Pembelajaran
1. Hari persekolahan 5 hari seminggu
2. Masa pembelajaran : 7.30 - 12.00 tengahari (sesi pagi)
2.00 - 6.30 petang (sesi petang)
3. Jam pertemuan : Tahap I - 1 jam 30 minit sehari Tahap II - 3 jam sehari
4. Tempoh pembelajaran : 6 tahun
5. Jumlah murid bagi setiap kelas : antara 20 - 39 orang.
6. Kedudukan umur, darjah dan masa belajar :
Tahap
Darjah
Umur
Masa Belajar

I
7 tahun
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang
1
II
8 tahun
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang

III
9 tahun
7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang

IV
10 tahun
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang
2
V
11 tahun
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang

VI
12 tahun
9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang

Halatuju Sekolah Agama Kerajaan Johor
1. Bagi yang lulus, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Darjah Khas Agama di samping meneruskan pengajiannya ekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan
2. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1, Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.





DARJAH KHAS
1. PENDAHULUAN
Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ianya diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. 

2.PENGENALAN
Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama ( SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang diguankan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.

3.OBJEKTIF
a. Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
b. Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap
c. Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat
d. Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

4. KEMASUKAN PELAJAR  
  • Urusan pendaftaran masuk bagi pelajar-pelajar baru hendaklah dibuat pada bulan Februari dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) negeri Johor diumumkan.
  • Pelajar yang ingin mengulang belajar di Darjah Khas Agama Negeri Johor, hendaklah mendaftar tidak lewat dua minggu setelah keputusan rasmi Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA ) Negeri Johor diumumkan.
Setiap pendaftaran hendaklah menggunakan Borang Permohonan Kemasukan ke Darjah Khas Negeri Johor ( BPJAJ / DK )
·         Borang permohonan kemasukan ke Darjah Khas Agama boleh didapati di Pejabat Pendidikan Agama Daerah atau di Sekolah-sekolah Agama yang ada peperiksaan darjah enam.
    • Hanya borang yang lengkap diisi dan telah disahkan oleh Guru Besar, layak diproses pendaftarannya .
    • Borang kemasukan ke Darjah Khas hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran di sekolah-sekolah Agama yang menawarkan Darjah Khas dengan membawa dokumen asal dan disertakan salinan dokumen yang telah disahkan :
      • Slip keputusan Peperiksaan SDEA atau Penyata kemajuan murid,
      • Sijil Berhenti Sekolah Agama
      • Kad pengenalan atau sijil kelahiran .
5. KELAYAKAN
5.1 Warganegara / bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
5.2 Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya :
§  70% sebelum tahun 1995
§  atau
50% pada / selepas tahun 1995
atau
  • lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005
atau
  • kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

Bagi calon yang tidak memenuhi perenggan5.2 di atas maka disyaratkan calon tersebut berumur sekurang-kurangnya genap 20 tahun pada tarikh tutup pendaftaran dan lulus ujian kelayakan atau berpengalaman mengajar di Sekolah Agama Kerajaan Johor selama sekurang-kurangnya genap 2 tahun.

6. TEMPOH PENGAJIAN
6.1 Tempoh pengajian selama setahun ( Bulan Februari- November ).
Jumlah pertemuan maksimum pada setiap bulan hanya empat ( 4 ) kali sahaja dan sekiranya terdapat lima minggu dalam sebulan, maka minggu pertama ( 1 ) adalah cuti. 

7. Struktur Pembelajaran
a. Hari persekolahan 1 hari seminggu
b. Masa pembelajaran daripada 8.00 pagi - 1.00 tengahari
c. Jam pertemuan lima jam sehari
d. Tempoh pembelajaran : 2 tahun
e. Pengajaran dan pembelajaran diadakan di sekolah-sekolah agama pilihan
f. Jumlah murid setiap darjah antara 35 - 40 orang
g. Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu kecuali matapelajaran Bahasa Arab

8.Kurikulum dan Ko-kurikulum
Kurikulum

Kurikulum Darjah Khas hanya menekankan aspek pendidikan agama. Ia adalah lanjutan kepada kurikulum Sekolah Rendah Agama. Bersesuaian dengan peningkatan usia pelajar, beberapa bidang pembelajaran baru telah ditambah bagi memantapkan lagi pendidikan agama di Peringkat Darjah Khas.

Ko-Kurikulum
a. Mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam
b. Mengadakan program kebudayaan dan kesenian Islam
c. Khidmat masyarakat
d. Ujian Tilawah Al-Quran dan pertandingan pidato

9. MATAPELAJARAN DARJAH KHAS
Kumpulan Matapelajaran
Kod/Nama
Mata Pelajaran
Kod Kertas
Nama
Kertas
Bentuk Ujian
Teras
DK 101 : Al-Quran
DK 101
Al-Quran
Lisan
DK 102 : Tauhid
DK 102
Tauhid
Bertulis
DK 103 : Ibadat
DK 103
Ibadat
Bertulis
Wajib
DK 204 : Tasawuf
DK 204
Tasawuf
Bertulis
DK 205 : Mu'amalat
DK 205
Mu'amalat
Bertulis
DK 206 : Munakahat
DK 206
Munakahat
Bertulis
DK 207 : Jinayat
DK 207
Jinayat
Bertulis
DK 208 : Bahasa Arab
DK 208
Bahasa Arab
Bertulis
DK 209 : Faraid
DK 209
Faraid
Bertulis
DK 210 : Hadith
DK 210
Hadith
Bertulis
Elektif
DK 310 : Tafsir
DK 310
Tafsir
Bertulis
DK 311 : Sejarah
DK 311
Sejarah
Bertulis
DK 312 : Akhlak
DK 312
Akhlak
Bertulis

10. Pendaftaran dan Yuran
a. Tempat pendaftaran di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan
b. Pendaftaran masuk adalah percuma
c. Yuran peperiksaan RM 20.00
d. Lain-lain bayaran tertakluk kepada keperluan sekolah

11. PEPERIKSAAN / PENGURNIAAN SIJIL
Merujuk Kepada Peraturan Am Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama Negeri Johor
(Disediakan oleh Unit Peperiksaan Sekolah Agama, Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor )

12. PAKAIAN
Pelajar Lelaki:
  • Bersongkok hitam/ biru kehitaman
  • Baju kemeja putih lengan panjang
  • Berseluar panjang berwarna coklat tua dan bertali pinggang hitam.
  • Berstokin hitam.
  • Berkasut hitam.
Pelajar Perempuan:
  • Bertudung putih (mini telekung) berbentuk bulat dan labuh melebihi paras bawah dada.
  • Berbaju kurung teluk belanga berwarna putih.
  • Berkain sarong warna coklat tua dan berkain dalam.
  • Berstokin hitam.
  • Berkasut hitam.
13. JUMLAH PELAJAR  
  • Bagi sekolah-sekolah kawasan bandar dan pinggir bandar :
    jumlah pelajar dalam satu kelas adalah antara 30 - 40 orang .
  • Bagi sekolah-sekolah luar bandar :
    jumlah pelajar dalam satu kelas adalah antara 20 - 40 orang .
13.3 Jika jumlah pelajar kurang dari jumlah yang ditetapkan, pihak sekolah hendaklah memohon kebenaran khas kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor melalui Pegawai Pendidikan Agama Daerah (PPAD).

14. Halatuju Darjah Khas
Melanjutkan ke Sekolah-sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Johor dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).



Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)

- Pengenalan
Pendidikan Agama Peringkat Menengah adalah lanjutan daripada pendidikan di peringkat Sekolah Rendah. Kerajaan Negeri Johor telah membina sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh iaitu : Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) yang ditubuhkan pada tahun 1987 bagi menempatkan pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
- Objektif
1. Menyediakan sistem pendidikan yang berterusan bagi membentuk muslim mukmin yang menjadi Islam sebagai cara hidup yang lengkap lagi menyeluruh
2. Membekalkan sumber keilmuan secara bersepadu dan seimbang dengan menggabungjalinkan Kurikulum Agama dan Akademik.
3. Memantapkan penguasaan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan utama.
4. Melahirkan pelajar yang berdaya maju dan berinovatif serta mampu menghadapi segala cabaran yang melengkunginya.
5. Memberi peluang kepada pelajar memilih bidang atau aliran pengajian yang diminati.

- Syarat-Syarat Kemasukan
a. Warganegara Malaysia
b. Lulus Darjah 4 Sekolah Agama Negeri Johor atau kelulusan yg setaraf dengannya.
c. Lulus ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekurang-kurangnya 3A
d. Berumur 13 tahun pada tahun berkenaan

- Pendaftaran dan Yuran
i. Pendaftaran RM 10.00
ii. Yuran Makan RM 1.00 sehari
iii. Yuran Asrama RM 7.00 setahun
iv. PIBG RM 20.00 setahun
v. Takaful RM 2.50 setahun
vi. Sukan dan Persatuan RM 20.00 setahun
vii. Hemat Diri RM 25.00 sepanjang pengajian
viii. Lain-lain bayaran tertakluk kepada keperluan sekolah

- Bidang Pengajian
a. Pengajian Agama dan Sastera Ikhtisas
b. Pengajian Agama dan Sains Tulen
c. Pengajian Agama dan Perakaunan
d. Pengajian Agama dan Teknologi Maklumat

- Kurikulum dan Ko-kurikulum
Kurikulum
Kurikulum Sekolah Menengah Agama Negeri Johor menggunapakai dua bidang kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Maahad Bu'uth Al-Azhar Mesir, ia meliputi tiga peringkat pengajian iaitu :
a. Peringkat Menengah Rendah Agama
b. Peringkat Menengah Atas Agama
c. Peringkat Lepas Menengah Agama

Ko-Kurikulum
a. Sukan
b. Pakaian seragam
c. Kelab dan persatuan
d. Sambutan hari kebudayaan Islam
e. Program Kebudayaan& Kesenian Islam
f. Khidmat masyarakat

- Struktur Pembelajaran
A. Peringkat Menengah Rendah Agama (SMAKJ)
a. Tempoh pengajian selama 2 tahun
b. Umur kemasukan pelajar ialah 13 tahun
c. Masa pembelajaran daripada 7.30 pagi - 2.00 petang
d. Hari persekolahan 5 hari seminggu
e. Jumlah pertemuan 6 jam sehari
f. Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu (subjek akademik)dan bahasa Arab (subjek agama)

B. Peringkat Menengah Atas Agama (SMAKJ)
a. Tempoh pengajian selama 2 tahun
b. Umur kemasukan pelajar ialah 15 dan 16 tahun
c. Masa pembelajaran daripada 7.30 pagi - 2.00 petang
d. Hari persekolahan 5 hari seminggu
e. Jumlah pertemuan 6 jam sehari
f. Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu (subjek akademik)dan bahasa Arab (subjek agama)

- Halatuju
A. Peringkat Menengah Rendah Agama
a. Melanjutkan pelajaran secara 'automatik' ke Tahun Satu Thanawi / Tingkatan Tiga di sekolah yang sama
b. Pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR , sekurang-kurangnya 7A boleh memohon masuk ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri

B. Peringkat Menengah Atas Agama
1. Melanjutkan pelajaran ke Tahun Tiga Thanawi / Tingkatan Lima di sekolah yang sama
2. Pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang lulus dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama dan pernah memduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh memohon masuk ke Sekolah Menengah Tinggi Kerajaan Negeri (Maahad Johor) seterusnya menduduki peperiksaan STAM atau mengikuti program Diploma Tahfiz di Institut Pengajian Tinggi Islam & Bahasa Arab (MARSAH )

Sekolah Menengah Agama Rakyat ( SMAR )


- Pengenalan

Di Negeri Johor Darul Ta'zim terdapat 17 buah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan yang turut menyediakan pengajian agama dan akademik. Semua sekolah tersebut berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Johor manakala Bahagian Pendidikan dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus, mengawal dan melaksanakan program pendidikan agama di sekolah-sekolah berkenaan
Sekolah-sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan tersebut adalah :
1. Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi
2. Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara, Kota Tinggi
3. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiyah Islamiyah, Mersing
4. Sekolah Menengah Agama Kluang
5. Sekolah Menengah Agama Al-Khairiyah, Segamat
6. Sekolah Menengah Agama Loghatil Arabiah, Tangkak, Muar
7. Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniyah, Muar
8. Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Muar
9. Sekolah Menengah Agama Tanwiriyah, Muar
10. Sekolah Menengah Agama Darul Ulum, Muar
11. Sekolah Menengah Agama Addiniyah, Muar
12. Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Batu Pahat
13. Sekolah Menengah Agama Attarbiyah Islamiyah, Parit Raja, Batu Pahat
14. Sekolah Menengah Agama Attarbiyah Islamiah, Batu Pahat
15. Sekolah Menengah Agama Jawahir Ulum, Senggarag, Batu Pahat
16. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian
17. Sekolah Menengah Agama Maahad Pontian

- Kurikulum dan Ko-kurikulum

Kurikulum
Semua SMAR dimestikan untuk melaksanakan kurikulum agama yang ditentukan oleh Jabatan ( kurikulum Maahad Bu'uth Al-Azhar ) disamping pelaksanaan kurikulum kebangsaan yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
Ko-Kurikulum
Setiap sekolah hendaklah menyertai program ko-kurikulum yang diatur oleh pihak Jabatan samada di peringkat sekolah, zon dan negeri. Program Sukan Tahunan dan Ihtifal adalah di antara program tahunan yang melibatkan semua sekolah menengah agama samada sekolah rakyat atau sekolah kerajaan


Sekolah Menengah Tinggi (MAAHAD)
- Pengenalan
Pendidikan Agama Peringkat Menengah adalah lanjutan daripada pendidikan di peringkat Sekolah Menengah. Kerajaan Negeri Johor telah sebuah sekolah menengah Tinggi agama berasrama penuh iaitu : Sekolah Menengah Tinggi (Maahad) Johor ditubuhkan pada tahun 1960, menerima pelajar bagi Tinkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 atas.
- Objektif
1. Menyediakan sistem pendidikan yang berterusan bagi membentuk muslim mukmin yang menjadi Islam sebagai cara hidup yang lengkap lagi menyeluruh
2. Membekalkan sumber keilmuan secara bersepadu dan seimbang dengan menggabungjalinkan Kurikulum Agama dan Akademik.
3. Memantapkan penguasaan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan utama.
4. Melahirkan pelajar yang berdaya maju dan berinovatif serta mampu menghadapi segala cabaran yang melengkunginya.
5. Memberi peluang kepada pelajar memilih bidang atau aliran pengajian yang diminati.
- Syarat-Syarat Kemasukan
a. Warganegara Malaysia
b. Beragama Islam
c. Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) Negeri Johor sekurang-kurangnya Jayyid atau kelulusan yang setaraf dengannya.
d. Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
e. Berumur 18 tahun pada tahun berkenaan.
- Pendaftaran dan Yuran
i. Pendaftaran RM 10.00
ii. Yuran Makan RM 1.00 sehari
iii. Yuran Asrama RM 10.00 sebulan
iv. PIBG RM 10.00 setahun
v. Takaful RM 2.50 setahun
vi. Sukan dan Persatuan RM 10.00 setahun
vii. Hemat Diri RM 25.00 sepanjang pengajian
viii. Lain-lain bayaran tertakluk kepada keperluan sekolah
- Bidang Pengajian
a. Pengkhususan kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) - 6 rendah
b. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) - 6 atas
- Ko-kurikulum
a. Sukan
b. Pakaian seragam
c. Kelab dan persatuan
d. Sambutan hari kebudayaan Islam
e. Program Kebudayaan& Kesenian Islam
f. Khidmat masyarakat
http://ppajohor.johordt.gov.my/image/MAAHAD-JOHOR2.jpg

- Struktur Pembelajaran
a. Tempoh pengajian selama 2 tahun
b. Umur kemasukan pelajar ialah 17 dan 18 tahun
c. Masa pembelajaran daripada 7.30 pagi - 2.00 petang
d. Hari persekolahan 5 hari seminggu
e. Jumlah pertemuan 6 jam sehari
f. Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu (subjek akademik)dan bahasa Arab (subjek agama) \
- Halatuju
a. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Syariah atau Usuluddin di Institut pengajian Tinggi Islam & Bahasa Arab (MARSAH) selam tiga tahun dan di Universiti Al-Azhar selama setahun.
b. Melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negeri.


MARSAH
( Institut Pengajian Tinggi Agama dan Bahasa Arab )

- Pengenalan
MARKAZ AD-DIRASAT AL-ISLAMIAH WA AL-ARABIAH atau dalam Bahasa Melayunya adalah program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir. Ia ditubuhkan pada bulan November 1997 di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
Program yang ditawarkan adalah ;
1. Kulliyyah Syariah Al-Islamiah - (3 tahun + setahun di Al-Azhar)
2. Kulliyyah Usuluddin - ( 3 tahun + setahun di Al-Azhar)
3. Kulliyyah Tahfiz Al-Quran - program kerjasama dengan Darul Quran, JAKIM ( 3 tahun)
4. Sijil Tahfiz wa Al-Qiraat (setahun)
Tenaga Pengajar MARSAH adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari dalam dan luar negara yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Universiti Teknologi Malaysia, Univesiti Kebangsaan Malaysia.

- Syarat-Syarat Kemasukan
A. Kuliah Syariah Islamiah dan Usuluddin
I. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan ATAU yang setaraf denganya.
II. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.
B. Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
I Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) atau 4 Thanawi atau sijil yang setaraf dengannya, dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM
ATAU
II Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran berikut
a. Bahasa Melayu
b. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah
c. Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi DAN lulus Bahasa Inggeris
III Lulus temuduga kemasukan 

- Yuran Pengajian
a. Yuran Pendaftaran - RM 100.00 (sepanjang pengajian)
b. Wang Hemat Diri - RM 100.00 (sepanjang pengajian)
c. Takaful - RM 20.00 (setahun)
d. Yuran Pengajian - RM 500.00 (setahun)
e. Yuran Asrama - RM 500.00 (setahun)
f. Yuran Peperiksaan - RM 100.00 (setahun)

- Struktur Pengajian
1. Tempoh pengajian selama 3 tahun
2. Masa pembelajaran 6 jam sehari ( 8.00 pagi - 4.00 petang)
3. Hari-hari pembelajaran 5 hari seminggu ( Isnin hingga Jumaat)

http://ppajohor.johordt.gov.my/image/KONVO.jpg
- Kurikulum
Kurikulum yang digunapakai menggunakan sepenuhnya kurikulum Universiti Al-Azhar, Mesir. MARSAH juga menawarkan matapelajaran tambahan mengikut Fakulti.

MATAPELAJARAN
USULUDDIN
SYARIAH
JAM
SEMINGGU
JAM
SEMESTER
JAM
SEMINGGU
JAM
SEMESTER
Bahasa Kebangsaan
1
15
1
15
Bahasa Malaysia
3
45
3
45
Pengajian Islam
4
60
4
60
Bahasa Inggeris
6
90
6
90
Tamadun Islam
6
90
6
90
Teknologi Maklumat
2
30
2
30
Penal Code
-
-
2
30
Criminal Procedure
Code
-
-
2
30

Halatuju MARSAH
Pelajar yang lulus peperiksaan di tahun tiga akan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir selama setahun dalam bidang yang berkenaan bagi memperolehi Ijazah Pertama.




No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara