Pengenalan
Bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau
penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU), kerajaan telah bersetuju untuk
memberi bantuan elaun murid khas kepada setiap murid yang tergolong dalam
kategori orang kurang upaya (OKU).
Kadar Elaun
Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang
murid yang layak ialah RM150.00 sebulan.
Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat
seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
- Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia merangkumi sekolah-sekolah berikut:
- Prasekolah
- Sekolah-sekolah rendah dan menengah
- Sekolah agama
- Kolej Matrikulasi
- Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
- Tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.
Pembayaran
- EMK dibayar melalui akaun bank murid iaitu akaun simpanan di
Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Jumlah pembayaran kepada murid baru dikira daripada bulan
pendaftaran semester / persekolahan dalam tahun semasa
- Pembayaran EMK akan ditamatkan sekiranya murid keluar atau
berhenti daripada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
- Pastikan setiap murid adalah pemegang kad OKU. Tanpa kad OKU,
bayaran elaun tidak boleh dibuat
- Murid yang berpindah/bertukar ke sekolah lain, perlu
mengesahkan status penerima EMK di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar
Sekolah oleh Murid Warganegara (P.U(A)275)
- Permohonan EMK adalah melalui sekolah/JPN.
Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment