Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Latar Belakang

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980, di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta 225, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980. Majlis pelancaran telah dilakukan pada 22 April 1980 oleh YB Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran pada ketika itu.

MPM ditubuhkan dengan matlamat seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 7, Akta 225, iaitu untuk mengelolakan, tertakluk kepada dan mengikut akta ini, peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula dengan peperiksaan tahun 1982 dan Malaysian University English Test (MUET) bermula dengan ujian sesi Disember 1999.

Peperiksaan STPM adalah bagi menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC)/Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikelolakan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate. MUET pula adalah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar yang akan memasuki Institut Pengajian Tinggi. Ujian ini wajib diambil oleh semua pelajar STPM, diploma, matrikulasi atau program prauniversiti yang ingin memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama.

Dengan pindaan peruntukan dalam Akta 225, MPM telah membantu Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengurus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), iaitu peperiksaan yang diperkenalkan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai tahun 2003. Peperiksaan ini adalah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Kumpulan Sokongannya.

MPM juga menjalinkan kerjasama dengan pihak METEOR untuk mengendalikan peperiksaan Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE) mulai tahun 2005. Peperiksaan ini adalah satu instrument untuk mengukur kemahiran individu dalam bidang teknologi maklumat.


VISI

Visi kami adalah untuk menjadi badan pentaksiran yang menjana pentaksiran jitu, yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistik bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025.


MISI

Misi kami adalah untuk membangunkan dan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran dan memberikan khidmat runding cara dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pembangunan modal insan yang berwibawa, versitile, dan berdaya maju.


Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk menyediakan sukatan pelajaran dan mengendalikan peperiksaan dengan cekap dan teratur. Dalam melaksanakan tugas ini, kami akan memastikan yang berikut:

  1. Peraturan dan skema peperiksaan serta sukatan pelajaran peperiksaan STPM dikeluarkan 18 bulan sebelum peperiksaan.
  2. Peraturan, spesifikasi, dan format ujian bagi MUET dikeluarkan 18 bulan sebelum ujian.
  3. Kertas soalan peperiksaan/ujian memenuhi kehendak sukatan pelajaran peperiksaan/spesifikasi ujian.
  4. Setiap calon boleh memilih mana-mana mata pelajaran STPM yang ditawarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam peraturan dan skema peperiksaan.
  5. Setiap calon yang mendaftar dapat menduduki peperiksaan/ujian seperti yang dijadualkan.
  6. Keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan dalam tempoh 15 minggu selepas tarikh akhir peperiksaan dan keputusan MUET dikeluarkan dalam tempoh 10 minggu selepas tarikh akhir ujian.
  7. Sijil STPM dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Jun.
  8. Penyata keputusan peperiksaan STPM dan penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon sehari selepas permohonan diterima oleh MPM dan jika hari tersebut ialah hari cuti am, maka akan dikirimkan pada hari berikutnya, dan yang dipohon di kaunter akan disiapkan dalam tempoh satu jam.
  9. Salinan sijil STPM yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon sehari selepas permohonan diterima oleh MPM dan jika hari tersebut ialah hari cuti am, maka akan dikirimkan pada hari berikutnya. Salinan sijil STPM yang dipohon di kaunter sebelum jam 2:00 petang akan disiapkan sebelum jam 4:00 petang, dan jika permohonan diterima selepas jam 2:00 petang, salinan sijil STPM akan disiapkan pada keesokan harinya sebelum jam 9:00 pagi.
  10. Standard sijil STPM yang dianugerahkan oleh MPM setara dengan sijil A Level yang dianugerahkan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate.
  11. Peperiksaan/ujian yang dikelolakan oleh MPM bagi mana-mana orang, badan, organisasi, institusi, atau pihak berkuasa di dalam atau di luar Malaysia akan dijalankan berdasarkan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian antara MPM dengan pihak berkenaan.


Fungsi

Aktiviti yang dilaksanakan oleh MPM dalam mengendalikan peperiksaan dan ujian adalah seperti yang berikut.

  1. Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan
  2. Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan
  3. Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan
  4. Menyelaras pendaftaran calon peperiksaan
  5. Menyelaras pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon
  6. Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan
  7. Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan
  8. Mentafahus rayuan tentang keputusan peperiksaan
  9. Melatih kakitangan urus setia dan penjawat yang dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
  10. Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan.


Majlis dan Keanggotaannya

Perkara 4(1) dalam Akta MPM membuat peruntukan bahawa Majlis hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut.

Naib Canselor universiti tempatan

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia

Lima orang ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Majlis yang kini dianggotai oleh seramai 28 orang ahli itu bertanggungjawab dalam menentukan dasar MPM dengan persetujuan YB Menteri Pelajaran Malaysia berhubung dengan peperiksaan yang dikendalikannya.

Pengerusi Majlis dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Naib Canselor universiti untuk tempoh selama tiga tahun. Pengerusi MPM kini ialah Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia.


Untuk informasi lebih lanjut sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara