Social Icons

-

Wednesday, March 28, 2012

Murad Mohamed Noor



Tan Sri Murad Mohamed Noor (78) merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau diiktiraf sebagai tokoh pendidikan negara yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jiwanya adalah jiwa seorang guru.  Beliau belajar di Universiti Malaya pada 1970-an. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma dalam Pendidikan dari Universiti Malaya. Antara senior beliau di situ ialah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Beliau mempunyai dua isteri iaitu Puan Sri Azizah Aiyub Ghazali dan Maimunah Abdul Hamid . Ibunya bernama Che Kah Hashim . Mempunyai 4 orang anak. Anak sulungnya Dr. Shanaz Murad . Pelakon Jit Murad juga anak beliau. Adiknya Tan Sri Marzuki Mohamed Noor . Beliau tinggal di Lorong Setia Bestari 1, Bukit Damansara, Selangor.

Beliau menjadi Ketua Pengarah Pelajaran (1976-1985) ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.  Antara program yang dilancarkan ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).  Laporan Murad pula bertujuan mencari punca keciciran pelajaran dan mengemukakan cadangan untuk dilaksanakan. Ketika itu beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran, Kementerian Pelajaran. Tahun 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengatasi masalah 3M. Beliau turut memberi sumbangan bermakna dalam penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Tan Sri Murad juga prihatin terhadap nasib sekolah agama rakyat. Beliau turut memberi beberapa cadanngan bagi meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Agama Rakyat. Kebanyakan sekolah agama rakyat telah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan Sekolah Kebangsaan kerana keadaannya begitu daif. Antara jawatan terakhir beliau ialah Pengerusi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak . Selepas bersara pada 1980-an, beliau menjadi pengerusi Majlis Universiti USM. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden Universiti Islam Antarabangsa dari 1992 hingga 1995.

Antara saranan dan pandangan beliau ialah :
Menyokong agar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dikaji semula bagi memantapkan silibus sedia ada. Persaingan bidang teknologi maklumat (IT) yang semakin canggih, minat para pelajar untuk membaca semakin merosot.

Syarat bahasa Mandarin yang dikenakan oleh syarikat swasta tidak relevan dalam pengambilan pekerja kerana aspek kepakaran merupakan faktor penting dalam menilai kebolehan pekerja. Aspek bahasa bukannya satu perkara yang relevan dalam menilai kebolehan pekerja kerana kepakaran mereka (pekerja) yang patut dinilai. Kepakaran yang dimiliki akan meningkatkan produktiviti.

Pada 1990, Allahyarham dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia. Taman Penyelidikan di USM akan dinamakan sebagai Taman Penyelidikan Tan Sri Murad Mohamed Noor. Naib Canselor USM Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak menjelaskan bahawa pusat penyelidikan yang berhampiran Hotel Equatorial, Bukit Jambul , Pulau Pinang itu merupakan idea beliau. Taman itu seluas 12.4 hektar dan masih dalam perancangan.

Beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2008 di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Selangor akibat jangkitan paru-paru . Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Penaga, Kepala Batas , Seberang Perai Utara , Pulau Pinang. Jenazah disembahyangkan di Masjid Damansara . Kemudian jenazah dibawa ke Penaga dengan kereta jenazah Yayasan Al Bukhari . Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan penaga, Datuk Azhar Ibrahim, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff dan Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara