Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah
melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau
King Schorlarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada
16 Mac 2005.
Biasiswa ini diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan
luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca
ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan
luar negeri.
Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada
29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis
penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis
Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
Sila klik di sini untuk melihat senarai penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
No comments:
Post a Comment