ALUMNI Sekolah Methodist Parit Buntar menubuhkan Yayasan MEXSA untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar-pelajar miskin yang masih belajar di sekolah itu.
Presiden MEXSA, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari berkata, pihaknya mensasarkan sebanyak RM1 juta bakal dikumpulkan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi tetapi setakat ini jumlah wang yang terkumpul dalam Yayasan berjumlah RM40,000.
“Selain membantu pelajar miskin, dana ini juga akan digunakan untuk memberi pinjaman atau biasiswa kepada pelajar serta memberi penghargaan kepada pelajar terbaik,”katanya di Majlis Makan Malam MEXSA di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Beliau turut memberitahu, pihaknya bakal menyediakan insurans berkelompok bagi menjaga kebajikan sumua ahli di dalam MEXSA terutamanya yang berkaitan masalah kesihatan.
No comments:
Post a Comment