Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

ANUGERAH PENGAJARAN


TUJUAN ANUGERAH
Anugerah Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada pensyarah universiti/kolej universiti, awam dan swasta (IPT) yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaranmerujuk kepada amalan  pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.


SYARAT PERMOHONAN
  1. Pensyarah IPT sepenuh masa yang telah disahkan dalam jawatan dan telah mengajar sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun di IPTA dan/atau IPTS.
  2. Pencalonan mestilah dibuat oleh IPT. Hanya seorang calon sahaja dibenarkan bagi setiap kelompok.
  3. Seseorang calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali seumur hidup.
  4. Calon yang pernah memohon tidak boleh memohon semula pada tahun berikutnya.
  5. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir jaya diri (curriculum vitae) terkini dan lengkap.

KRITERIA PENILAIAN
Penilaian bagi Anugerah Pengajaran adalah berdasarkan kriteria berikut:
  1. Ilmu pengetahuan tentang teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan calon.
  2. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
  3. Keberkesanan pengajaran terhadap meningkatkan kualiti pembelajaran.
  4. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah penilaian pembelajaran.
  5. Usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif dan penyelidikan.
  6. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran melalui seminar dan penerbitan.
  7. Aktiviti bimbingan dan penyeliaan.

PROSEDUR PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut:

Peringkat 1:    Penilaian portfolio
Portfolio  WAJIB mengandungi perkara-perkara berikut:
  1. Maklumat ilmu pengetahuan tentang teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan calon.

    1.1  Penyataan falsafah pengajaran yang tidak melebihi satu (1) muka surat.
    1.2  Penyataan inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
    1.3  Maklumat mengenai kursus yang diajar.
     

    1. Senarai kursus yang pernah diajar
    2. Rangka kursus dan bilangan pelajar
    3. Contoh bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (seperti nota, modul pengajaran, bahan pembelajaran digital, CD, bahan bantu mengajar, blog, e-learning dan lain-lain).
       
  2. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. 

    Sertakan bukti inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan dalam pengajaran seperti berikut:

    2.1 Penyataan dan bukti bagaimana inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran 
          digunakan
    2.2 Kesan inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar, rakan sejawat dan 
          masyarakat (contohnya; maklum balas borang soal selidik dan surat sanjungan daripada 
          pelajar/rakan sejawat/masyarakat).
    2.3 Kaedah merangsang dan memupuk pemikiran aras tinggi.
     
  3. Keberkesanan pengajaran terhadap meningkatkan kualiti pembelajaran.

    Sertakan bukti keberkesanan pengajaran terhadap meningkatkan kualiti pembelajaran seperti berikut: 

    3.1 Keputusan pencapaian pelajar.
    3.2 Hasil penilaian kursus.
    3.3 Sampel hasil kerja pelajar.
    3.4 Testimonial/surat sanjungan pelajar, rakan sejawat dan masyarakat.
     
  4. Bahan bukti inovasi dan kreativiti dalam kaedah penilaian pembelajaran.
     
  5. Bukti usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif dan penyelidikan.
     
  6. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran melalui seminar dan penerbitan.
     
  7. Aktiviti bimbingan dan penyeliaan
     

    7.1 Penyataan kaedah bimbingan dan penyeliaan yang digunakan
    7.2 Tahap pengajian pelajar yang dibimbing/diselia (sertakan senarai nama pelajar)
    7.3 Penjelasan kualiti projek yang terhasil daripada bimbingan/penyeliaan.

NOTA :
Kandungan portfolio hendaklah disusun mengikut urutan di atas. Portfolio calon yang mencapai titik ambang akan maju ke Peringkat 2
Peringkat 2:    Temuduga dan Simulasi Pengajaran
    Temuduga dan simulasi pengajaran akan dijalankan bagi calon yang telah disenarai-
    pendek di Peringkat 1.
  1. Temuduga.
    Temuduga akan merangkumi perkara berikut:

    1.1  Falsafah pengajaran dan pembelajaran.
    1.2  Inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.
    1.3  Keunikan pengajaran dan pembelajaran.
    1.4  Aplikasi penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
     
  2. Simulasi Pengajaran 

    Masa yang diperuntukkan bagi simulasi pengajaran adalah 15 minit dan diikuti dengan soal jawab. Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran:

    2.1 Keberkesanan komunikasi.
    2.2 Kejelasan penyampaian.
    2.3 Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar.
    2.4 Keupayaan meyakini ‘pelajar’.
    2.5 Keupayaan melibatkan ‘pelajar’ secara aktif dan berkesan.
    2.6 Keupayaan memotivasikan ‘pelajar’.
Keputusan penilaian
Hanya calon yang mencapai titik ambang dan markah tertinggi di Peringkat 2 bagi setiap kelompok akan
diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.
KELOMPOK ANUGERAH

Enam (6) kelompok Anugerah Pengajaran 2011 dan contoh bidang adalah seperti berikut:

Kelompok Anugerah
Contoh Bidang
Sains Tulen
Biologi
Fizik
Kimia
Matematik
Sains Gunaan
Sains Industri
Sains Komputer / Teknologi Maklumat
Seni Bina
Teknologi Industri
Sains Kesihatan
Farmasi
Kejururawatan
Kesihatan Bersekutu
Pergigian
Perubatan
Kejuruteraan
 
Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Sastera dan Sains Sosial
Antropologi
Bahasa dan Linguistik
Ekonomi
Falsafah
Geografi
Kesusasteraan
Pengajian Etnik
Pengajian Islam
Psikologi
Sains Politik
Sejarah
Seni
Sosiologi
Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan
Komunikasi
Pendidikan
Pengurusan
Perakaunan
Perniagaan
Perundangan
Psikologi Industri
Seni
Bidang pengajian yang tidak disenaraikan dalam 'Contoh Bidang' akan dimasukkan dalam kelompok berdasarkan fakulti/pusat pengajian/pusat/institut dimana pemohon mengajar.
Setiap IPT berhak menentukan calon terbaik untuk dicalonkan bagi setiap kelompok. Hanya satu calon sahaja dibenarkan untuk satu kelompok.


NILAI ANUGERAH

Nilai hadiah Anugerah Pengajaran adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) bagi setiap kelompokberserta sijil penghargaan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara