Social Icons

-

Tuesday, September 14, 2010

Ramai mohon kursus kompetitif

PUTRAJAYA: Keghairahan pelajar memohon kursus dan universiti yang kompetitif terutama di Lembah Klang menyebabkan mereka gagal mendapat tempat untuk mengikuti pengajian di universiti walaupun mendapat keputusan cemerlang.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Radin Umar Radin Sohadi, berkata kebanyakan pelajar suka memilih universiti di Lembah Klang seperti Universiti Malaya (UM) dan bidang perubatan menyebabkan persaingan lebih sengit. “Kami selalu mendapat rungutan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, tetapi tidak mendapat tempat, contohnya seorang pelajar yang mendapat PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) 3.8 atau 3.9 memohon kursus perubatan di UM, tetapi tidak ditawarkan kerana lebih ramai pelajar yang mendapat PNGK 4.0 memohon. “Walaupun keputusan mereka bagus, tetapi masih ada yang lebih baik dan sudah semestinya akan ditawarkan kursus berkenaan. “Itu menjadi trend pelajar kini, sekali gus menyempitkan peluang mereka melanjutkan pelajaran ke universiti kerana terpaksa bersaing dengan pelajar yang mendapat PNGK lebih tinggi,” katanya pada sidang media mengenai status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) sesi akademik 2010/2011 di sini, semalam.


Radin Umar berkata, kebanyakan pelajar memilih kursus dan universiti yang kompetitif kerana kemudahan yang disediakan lebih baik.


Sementara itu, beliau berkata status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf boleh mula disemak melalui Internet, talian hotline, helpline dan SMS, tengah hari ini. “Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon mulai esok (Sabtu), dan semua calon yang berjaya diminta membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh enam hari iaitu sebelum 24 Jun ini,” katanya.


Selain itu, Radin Umar berkata, pelajar juga boleh membuat semakan di kaunter semakan status permohonan kemasukan ke IPTA di Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1 di sini, mulai hari ini hingga 28 Jun ini.


“Bagi pelajar yang gagal mendapat tempat di mana-mana universiti boleh mengemukakan rayuan masing-masing mulai tengah hari ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara