Social Icons

-

Monday, July 25, 2011

SKIM BAUCAR TUISYEN (SBT)


Sedutan Bajet 2003-04 di Dewan Rakyat:

“…Kerajaan sedang menimbang untuk memberikan voucher kepada anak-anak keluarga miskin bagi membolehkan mereka mendapat tuisyen daripada guru-guru yang sanggup memberikan tuisyen khas di luar waktu sekolah. Dengan ini, bukan sahaja mereka akan dapat tuisyen, guru-guru yang rajin juga boleh mendapat pendapatan tambahan.”

LATAR BELAKANG

* Pelaksanaan SBT telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Disember 2003.

* Dasar dan Garis Panduan Pelaksanaan SBT telah dipersetujui oleh YB Menteri pada 17 Februari 2004.

* SBT mula dilaksanakan pada minggu 4 bulan Mac 2004.

OBJEKTIF SBT

Objektif SBT adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN

* murid warganegara Malaysia;

* belajar di Tahun 4, 5 atau 6 di sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan;

* pendapatan bulanan keluarga adalah RM 530.00 dan ke bawah bagi Semenanjung, RM 585.00 dan ke bawah bagi Sarawak dan RM 685.00 dan ke bawah bagi Sabah/Labuan; dan

* diperakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai lemah dan memerlukan bimbingan tambahan dalam mana-mana bahagian, sub-topik atau topik dalam mana-mana atau kesemua mata pelajaran yang dinyatakan.


PELAKSANAAN SBT

* Ibu bapa murid miskin memohon bantuan baucar tuisyen melalui sekolah.

* Guru Besar dan guru mata pelajaran kenalpasti murid.

* Ibu bapa murid yang dikenalpasti lemah atau terkebelakang diberikan bantuan baucar tuisyen.

* Setiap baucar adalah bernilai RM 10.00 bersamaan 4 sesi tuisyen

* Minimum tiap sesi satu jam

* Sekolah tubuhkan “pusat tuisyen SBT” .

* PPD tubuhkan “pool guru SBT daerah” dan lantik guru tuisyen daripada pool.

Guru SBT

* Guru tuisyen SBT dari sekolah lain

* Guru boleh memberikan tuisyen kepada murid mereka sendiri.

Peruntukan operasi tuisyen pada kadar RM 20.00 setahun bagi setiap murid bagi membiayai:

* operasi tuisyen oleh sekolah pada kadar RM 5.00 bagi setiap murid SBT setahun; dan

* lembaran kerja atau hand-outs untuk murid pada kadar RM 15.00 bagi setiap murid SBT setahun.

* Setiap guru SBT dihadkan mengajar tuisyen kepada dua kelas bagi mana-mana dua mata pelajaran atau empat kelas bagi mana-mana satu mata pelajaran.

* Guru SBT hendaklah melaksanakan kaedah tuisyen yang sesuai untuk memulihkan kelemahan murid.

* Baucar yang diterima daripada ibu bapa ditunaikan oleh guru SBT daripada sekolah yang menjadi pusat tuisyen.

Guru Besar menyelaraskan pelaksanaan SBT di peringkat sekolah

* pemilihan murid;

* bilangan baucar yang diperlukan oleh murid;

* pemilihan guru tuisyen;

* pelaksanaan kelas tuisyen; dan

* menentukan sasaran tuisyen yang hendak dicapai.

* menubuhkan Jawatankuasa SBT sekolah.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara