Social Icons

-

Monday, August 27, 2012

Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS)


Idea penubuhan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) pada peringkat awalnya diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 yang pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri semasa beliau berucap sempena pelancaran Ekspo Konvokesyen ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok,Kedah.

Hasrat untuk membentuk sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dandilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi.

Mengikut catatan sejarah, satu pasukan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia USM (SSPDRM) ala Kor SUKSIS sekarang telah pun sedia wujud di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1985. 

Dukacitanya,program ini hanya bertahan selama 4 tahun sahaja disebabkan masalah pengurusan logistik dan kewangan. Selepas saranan YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, idea penubuhan Kor SUKSIS di seluruh IPTA disemarak semula pada tahun 2003.

Hasil perbincangan dan rundingan pertama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan PDRM, keputusan bersama dicapai bagi mewujudkan kumpulan pertama Kor SUKSIS IPTA di UUM seramai 75 orang siswa/siswi yang dikenali sebagai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau Kor SUKSIS. 

Sehingga kini, 20 buah IPTA di Malaysia telah menubuhkan Kor SUKSIS sebagai salah satu kursus ko-kurikulum. 14 Mei 2008, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah yang terkini menubuhkan Kor SUKSIS IPTA.


SEJARAH PENUBUHAN
Proses penubuhan SUKSIS adalah untuk menyahut saranan YAB Datoï¾’ Seri Abdullah bin Haji Abmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Dalam Negeri yang telah mencadangkan penubuhan Kor SUKSIS di semua IPTA semasa lawatan kerja beliau ke Bukit Aman pada 4 Februari 1999.

Pada tahun 2002, YAB Dato
ï¾’ Seri Abdullah selaku Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Omar Bakri untuk membangunkan satu kurikulum di universiti-universiti yang dapat mendekatkan jurang pemisah di antara pelajar dan polis di samping penubuhan Kor Kadet Polis (sekolah menengah) dan Sukarelawan Polis (PVR) yang telah sediada.

Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis atau PVR yang terkandung dalam Akta Polis 1967. Ini bermakna kesemua anggota Kor SUKSIS adalah dilantik sebagai anggota sukarelawan polis dan mereka berhak menikmati semua keistimewaan serta kuasa-kuasa seorang anggota polis semasa bertugas menjalankan urusan rasmi atau latihan.

Hasrat untuk membentuk jawatan sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi mengikut acuan Polis Diraja Malaysia.

Modul latihan selama tiga tahun yang dibentuk khas itu memberi penekanan bagi menanam kefahaman terhadap kerjaya kepolisan di kalangan pelatih di samping melengkapkan diri daripada segi ketahanan mental, ᆲzikal dan disiplin diri.


OBJEKTIF
Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat jati diri dan disiplin yang tinggi
Membentuk mahasiswa yang intelektual dan berkarisma dalam kepimpinan
Memupuk semangat setia kawan di kalangan mahasiswa yang berbilang kaum dan agama

KELAYAKAN
·         Mahasiswa Universiti Tahun Pertama Pengajian Ijazah
·         Warganegara Malaysia
·         Tinggi tidak kurang daripada 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita
·         Berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg bagi lelaki dan 46.2kg bagi wanita
·         Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas. Calon-calon wanita dikecualikan dari syarat ini
·         Mempunyai daya penglihatan V/6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan pengamatan warna serta tidak cacat pendengaran
·         Tidak berkacamata (berkacamata boleh dipertimbangkan)

KEMUDAHAN
·          Kemudahan pakaian seragam PDRM
·         Elaun Latihan dan Tugasan - RM 4.00 x 1jam
·         Elaun Tahunan (Bounty) -
              Saguhati penuh - RM 520.00 (Latihan melebehi 380jam)
              Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam
ï¾– 379jam)
              Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam
ï¾– 239jam)
·         Ko-Kurikulum (dikira 6 jam kredit)
·         Latihan Asas kepolisan (Inspektor)
·         Penginapan di Kolej
·         Perlantikan sebagai Inspektor Sukarelawan semasa pentauliahan

LATIHAN
·         Latihan Asas Kepolisan (Inspektor)
·         Latihan SUKSIS telah disusun dengan sistematik supaya tidak mengganggu pembelajaran mahasiswa
·         Syarahan undang-undang/amali di balai-balai Polis
·         Latihan pengendalian / menembak senjata api Kawat
·         Lawatan sambil belajar
·         Pentadbiran
·         Perkhemahan Pengurusan Profesional
Idea penubuhan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) pada peringkat awalnya diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 yang pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri semasa beliau berucap sempena pelancaran Ekspo Konvokesyen ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok,Kedah.

Hasrat untuk membentuk sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dandilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi.
Mengikut catatan sejarah, satu pasukan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia USM (SSPDRM) ala Kor SUKSIS sekarang telah pun sedia wujud di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1985.
Dukacitanya,program ini hanya bertahan selama 4 tahun sahaja disebabkan masalah pengurusan logistik dan kewangan. Selepas saranan YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, idea penubuhan Kor SUKSIS di seluruh IPTA disemarak semula pada tahun 2003.

Hasil perbincangan dan rundingan pertama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan PDRM, keputusan bersama dicapai bagi mewujudkan kumpulan pertama Kor SUKSIS IPTA di UUM seramai 75 orang siswa/siswi yang dikenali sebagai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau Kor SUKSIS.
Sehingga kini, 20 buah IPTA di Malaysia telah menubuhkan Kor SUKSIS sebagai salah satu kursus ko-kurikulum. 14 Mei 2008, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah yang terkini menubuhkan Kor SUKSIS IPTA.

SEJARAH PENUBUHAN

Proses penubuhan SUKSIS adalah untuk menyahut saranan YAB Dato
ï¾’ Seri Abdullah bin Haji Abmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Dalam Negeri yang telah mencadangkan penubuhan Kor SUKSIS di semua IPTA semasa lawatan kerja beliau ke Bukit Aman pada 4 Februari 1999.

Pada tahun 2002, YAB Dato
ï¾’ Seri Abdullah selaku Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Omar Bakri untuk membangunkan satu kurikulum di universiti-universiti yang dapat mendekatkan jurang pemisah di antara pelajar dan polis di samping penubuhan Kor Kadet Polis (sekolah menengah) dan Sukarelawan Polis (PVR) yang telah sediada.

Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis atau PVR yang terkandung dalam Akta Polis 1967. Ini bermakna kesemua anggota Kor SUKSIS adalah dilantik sebagai anggota sukarelawan polis dan mereka berhak menikmati semua keistimewaan serta kuasa-kuasa seorang anggota polis semasa bertugas menjalankan urusan rasmi atau latihan.

Hasrat untuk membentuk jawatan sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi mengikut acuan Polis Diraja Malaysia.

Modul latihan selama tiga tahun yang dibentuk khas itu memberi penekanan bagi menanam kefahaman terhadap kerjaya kepolisan di kalangan pelatih di samping melengkapkan diri daripada segi ketahanan mental,
ᆲzikal dan disiplin diri.


OBJEKTIF
Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat jati diri dan disiplin yang tinggi
Membentuk mahasiswa yang intelektual dan berkarisma dalam kepimpinan
Memupuk semangat setia kawan di kalangan mahasiswa yang berbilang kaum dan agama

KELAYAKAN
·         Mahasiswa Universiti Tahun Pertama Pengajian Ijazah
·         Warganegara Malaysia
·         Tinggi tidak kurang daripada 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita
·         Berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg bagi lelaki dan 46.2kg bagi wanita
·         Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas. Calon-calon wanita dikecualikan dari syarat ini
·         Mempunyai daya penglihatan V/6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan pengamatan warna serta tidak cacat pendengaran
·         Tidak berkacamata (berkacamata boleh dipertimbangkan)

KEMUDAHAN
·          Kemudahan pakaian seragam PDRM
·         Elaun Latihan dan Tugasan - RM 4.00 x 1jam
·         Elaun Tahunan (Bounty) -
              Saguhati penuh - RM 520.00 (Latihan melebehi 380jam)
              Saguhati tiga suku - RM 390.00 (Latihan 240jam
ï¾– 379jam)
              Saguhati separuh - RM 260.00 (Latihan 120jam
ï¾– 239jam)
·         Ko-Kurikulum (dikira 6 jam kredit)
·         Latihan Asas kepolisan (Inspektor)
·         Penginapan di Kolej
·         Perlantikan sebagai Inspektor Sukarelawan semasa pentauliahan

LATIHAN
·         Latihan Asas Kepolisan (Inspektor)
·         Latihan SUKSIS telah disusun dengan sistematik supaya tidak mengganggu pembelajaran mahasiswa
·         Syarahan undang-undang/amali di balai-balai Polis
·         Latihan pengendalian / menembak senjata api Kawat
·         Lawatan sambil belajar
·         Pentadbiran
·         Perkhemahan Pengurusan Profesional

Sumber : PDRM

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara