Social Icons

-

Friday, November 11, 2011

Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Latar Belakang PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

  1. Boleh dipercayai
  2. Sentiasa taat dan setia
  3. Suka menolong orang lain
  4. Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
  5. Sentiasa bersopan santun
  6. Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
  7. Sentiasa menurut perintah
  8. Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
  9. Sentiasa berjimat cermat
  10. Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

  1. Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.
  2. Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin.
  3. Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan.
  4. Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali.
  5. Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS). Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai “International Award Association”.


Untuk Maklumat Lanjut Layari : PPPM

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara