Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

Sekolah Bestari

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

Salah Faham

Pada peringkat awal konsep sekolah bestari diperkenalkan terdapat salah faham yang meluas dalam kalangan warga pendidik dan ibu bapa yang menyangka sekolah bestari adalah sekolah yang mesti menggunakan komputer dan kemudahan ICT. Padahal penggunaan ICT hanyalah pemangkin dalam melaksanakan konsep bestari sedangkan terdapat banyak lagi faktor ke arah pembestarian dalam persekolahan.


KONSEP SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,

Pertama, menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastuktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisian e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.

Konsep Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.

Objektif Sekolah Bestari

Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:

Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi

Mendemokrasikan pendidikan

Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan

Memupuk perkembangan menyeluruh individu

Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.

Syarikat Usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Syarikat usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh (7) syarikat tempatan.

Selain itu, tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa mi ialah seperti berikut:

BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd.

Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd.

NIIT Malaysia Sdn. Bhd.

Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari

Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:

Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:

o Bahasa Melayu

o Bahasa lnggeris

o Sains

o Matematik

Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut:

o Governan Sekolah

o Pengurusan Hal-Ehwal Murid

o Pengurusan Sumber Pendidikan

o Pengurusan Kewangan

o Pengurusan Sumber Manusia

o Pengurusan Sumber Luar

o Pengurusan Kemudahan

o Pengurusan Teknologi

o Pengurusan Asrama

Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem, dan peralatan bukan-IT

Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut:

o antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, dan lnfrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan Pusat Data,

o antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,

o antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

o antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran

o integriti data dan persekitaran selamat

o antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia

Perkhidmatan Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan Penyenggaraan dan Sokongan.

Kos Projek Rintis

Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama ini ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia (RM3OO,000,000.0O), dan terdiri daripada RM183,573,737 untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263 untuk Operating Expenditure.

Tempoh Projek Rintis

Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai dari tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan degan Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Rancangan Masa Depan

Sungguhpun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)menggalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri, KPM sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SMART SCHOOL

The smart school concept is a school in Malaysia. This concept will lead to the democratization of education completely. This school not only for the brilliant but it is a smart way to ensure that each student - strong or weak, rich or poor - to achieve its full potential in the most appropriate manner in accordance with the rates and different learning styles. Computer technology will enable diversity built into the education system. At the beginning, four subjects, namely Malay, English, Mathematics and Science, will be introduced in the Smart School using the latest technology and techniques as a method of teaching and learning. All teaching and learning materials provided in the form of software designed by the Centre for Curriculum Pemkembangan with the Educational Technology Division, Ministry of Education Malaysia.

To ensure the successful implementation of the Smart School concept, teachers in selected schools to smart schools, will be given in-service training, especially in the areas of pedagogy for teaching and learning through the use of technology. For smart schools established, teachers and administrators will be selected by the Working Team under the Smart Schools School Division, Ministry of Education Malaysia. Development of the Smart School had become a one-way flow in the educational development is inevitable in education reform in Malaysia. Smart School is the only school to produce students who are intelligent and knowledgeable, and is expected to be able to compete when facing the challenges of the National Vision.

Misunderstanding

In the early stages of the smart school concept was introduced there was a widespread misunderstanding among educators and parents who think school is a school that must be smart to use a computer and ICT facilities. But the use of ICT is a catalyst in implementing smart concept when there are many more factors to the smart in school.

SMART SCHOOL CONCEPT

Smart School is one of the 'flagship' in the Multimedia Super Corridor (MSC), which should be implemented by 2000. By 1999 a total of 90 schools including Boarding schools and school routine daily choices are selected to implement the Smart School is not a luxury but the only way to move forward. Smart School will lead to the democratization of education completely. This school not only for the brilliant but it is a smart way to ensure that each student - strong or weak, rich or poor - to achieve its full potential in the most appropriate manner in accordance with the rates and different learning styles. Computer technology will enable diversity built into the education system. Three important aspects must be addressed in the implementation of Smart Schools, First, provide a variety of media infrastructure. Will include computer hardware and related equipment, audio and video conference equipment and communications infrastructure. The software will include word processors, spresdsheet, crawl software, e-mail software, Internet browser, an author and a software tool training. Second, the training aspect. Training for teachers is very important. Neat combination of intensive training and counseling necessary to help teachers adapt to new environments. This is important to eliminate insecurity and worthlessness that will arise as a radical paradigm shift in methodology and the role of teachers. Third, aspects of the course material. New course materials, updates, and be adequately provided. Course materials should be developed for all subjects and a wide range of students. Course materials must exhibit the following characteristics: bulk diskettes complete, interactive, challenging cognitive forces, consisting of self-assessment, revision build in the input material for the preparation of teachers of students who are weak.



The concept of Smart School

In 1996, the Ministry of Education, Malaysia has enacted the Smart School concept -centered teaching and learning of critical thinking and creative . Technology as enablers as critical components of the Smart School concept as Smart School Project was established as the others one of the Multimedia Super Corridor flagship applications.

Malaysian Smart School is re-designed learning institutions as a whole and in terms of teaching-learning process and school management to help students meet the challenges of the Information Age. Teaching-learning process, a process related to curriculum, pedagogy, assessment, and teaching-learning materials, will be redesigned to help students learn more effectively and efficiently. Smart Schools will encourage students to practice self-access learning and self-directed and self-learning rate.

Manager of Smart Schools will be able to carry out its work more efficiently when the main functions related to school management dikomputerankan. In addition, parents, community, and the private sector as stakeholders will play a more active role in the success of school performance. All of these will always be involved in the increase of professionalism or knowledge related to school management, teaching and learning, and so forth.

The objective of the Smart School

The objective of the Malaysian Smart School is based on the National Education Philosophy, and consists of the following:

Berpemikiran produce workforce and technology literacy

Democratization of education

Increase the participation of the stakeholders

Foster the development of individual comprehensive

Provide opportunities to increase individual strengths and capabilities.

Joint Ventures, Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Joint venture company, Telekom Smart School Sdn. Ltd., is composed of seven (7) companies.

In addition, three international companies involved in the Integrated Solutions Integrated School. The three international companies noodles are as follows:

BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd.

Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd.

NIIT Malaysia Sdn. Bhd.

Smart School Integrated Penyelesalan

The main components of the Smart School Integrated Penyelesaikan to be prepared and implemented by Telekom Smart School Sdn. Bhd. are as follows:

Teaching-Learning Materials in the form of courseware and printed materials for the following four subjects:

o Malay

o Language and British

o Science

o Mathematics

Smart School Management System comprising software for functional management and administration of the following:

o School Governance

o Management of Student Affairs

o Education Resource Management

o Financial Management

o Human Resource Management

o External Resource Management

o Facilities Management

o Technology Management

o Hostel Management

The technology infrastructure consists of hardware, software, systems software, and non-IT equipment

Systems Integration to ensure integration of the following:

o the School Management System, Materials for Teaching and Learning, and Technology in Schools Pilot lnfrastruktur and Data Center,

o between the School Management System,

o the processes involved in Teaching and Learning Materials

o the Smart School Management System and Teaching-Learning Materials

o data integrity and secure environment

o between the Smart School Integrated Solution and other applications in the Applications of Multimedia Super Corridor project prime

Support Services, the Help Desk services and Maintenance and Support.

Cost of the Pilot Project

The cost of the whole of the Smart School Pilot Project, through the collaborative efforts of three hundred million Ringgit Malaysia (RM3OO, 000,000.0 O), and consists of RM183, 573.737 for Capital Expenditure and RM1 16,426,263 for Operating Expenditure .

Duration of the Pilot Project

Duration of the Smart School Pilot Project, in collaboration noodles, is three (3) years from the date of signature of the Agreement between the Government partially Telekom Smart School Sdn. Bhd.

Future Plans

Although the Ministry of Education Malaysia (MOE) to encourage other schools to become smart schools to seek their own financial resources and expertise, the MOE is also planning a master plan to ensure all schools into smart schools in Malaysia in stages.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara