Friday, September 3, 2010
Pilihan raya ketua murid dilarang
K EMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) mengarahkan agar perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih ketua murid di sekolah-sekolah seluruh negara dihentikan dengan serta-merta.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kementerian berpendapat bahawa perlaksanaan sistem ini adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan atau didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah.
"KPM dimaklumkan bahawa terdapat sesetengah sekolah di negara ini mengguna pakai serta mengamalkan sistem pilihan raya dalam melaksanakan pemilihan ketua murid pada awal sesi persekolahan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Menurutnya, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan supaya perlaksanaan sistem pilihan raya tersebut dihentikan ketika mempengerusikan mesyuarat susulan Jemaah Menteri pada 10 Februari lalu.
"Semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di negara ini diberi kuasa untuk melantik sendiri ketua murid di sekolah masing-masing," jelasnya.
Tambah beliau lagi, pihak yang berkenaan juga dipohon agar mengingatkan semua pengetua dan guru besar di bawah kawalan pentadbiran mereka supaya mematuhi keputusan tersebut.
"Kandungan surat pekeliling ikhtisas tersebut perlu dimaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran masing-masing," jelasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment