Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.
PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.
PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan.
Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.
Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang.
Peranan PAKK dan aktiviti -aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak
- Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
- Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.
- Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
- Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
- Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.
- Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment