KEPERLUAN tenaga pakar dalam bidang teknikal sentiasa berubah. Ia berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri.
Apatah lagi Malaysia sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, maka keperluan tenaga teknikal amat penting dan negara tidak akan mencapai wawasan itu tanpa tenaga mahir dalam bidang teknikal.
Itu keperluan yang ditangani oleh Politeknik dengan menawarkan pengajian alternatifsetanding dengan universiti kepada lepasan sekolah. Ia khusus melahirkan pekerja separa profesional dan peringkat eksekutif pertengahan dalam bidang-bidang yang diperlukan negara.
Jika dulu, ibu bapa mempunyai tanggapan pendidikan di universiti merupakan laluan terbaik bagi anak-anak mereka, kini politeknik sebagai peneraju bidang pendidikan teknik dan latihan vokasional boleh menjadi penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara menjelang tahun 2020.
Pendidikan dan latihan di politeknik cukup relevan dengan keperluan industri dengan menawarkan bidang pengajian seiring dengan bidang ekonomi utama Negara (NKEA) seperti kejuruteraan, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan.
Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional.
Daripada jumlah itu, 700,000 pekerja mempunyai kelayakan di peringkat diploma seperti yang di jana oleh politeknik dan beberapa institusi pendidikan serta latihan yang lain.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, pihaknya sangat peka terhadap perubahan yang begitu cepat dalam bidang teknikal.
Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan politeknik berperanan membekalkan negara dengan pekerja berkemahiran tinggi kepada setiap lapisan masyarakat, Politeknik Metro ditubuhkan.
Politeknik Metro mempunyai ciri unik dalam menawarkan program pengajian bagi memenuhi keperluan sosio-ekonomi tempatan dan wilayah. Program pengajian yang ditawarkan adalah dalam bidang perkhidmatan dan perdagangan. Ini juga selari keperluan pekerjaan di bawah NKEA yang mengunjurkan keperluan pekerjaan tertinggi adalah dalam bidang pelancongan dan peruncitan menjelang tahun 2020.
Konsep program pengajian Politeknik Metro juga berbeza daripada segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang khusus . Program pengajian, kemudahan dan persekitaran yang dipadankan dengan keperluan industri.
"Ia juga hanya memerlukan modal sekitar RM20 juta sahaja untuk membina sebuah Politeknik Metro berbanding RM200 juta untuk politeknik konvensional.
“Ini konsep baharu dan jika kita mahu Malaysia mahu menjadi negara maju, kita kena sedia institusi yang dapat bertindak balas dengan pantas mengikut keperluan industri kerana teknologi berubah pantas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem pengangkutan awam mencukupi.
Penyediaan asrama untuk pelajar tidak menjadi keutamaan kerana pelajar berulang-alik dari kediaman masing-masing.
-------------------------------------------------------------
REQUIREMENTS technical experts in the field is constantly changing. It happened so quickly and are often associated with areas of interest by country and industry needs.
Let alone Malaysia moves towards developed nation by 2020, the most important technical energy needs and the country will not achieve this vision without expertise in technical areas.
That needs to be addressed by the Polytechnic to offer education to the university alternatifsetanding to school leavers. It is specialized to produce semi-professional workers and middle level executives in the areas of national need.
If the past, parents have the notion of education at the university is the best route for their children, now polytechnic as a leading authority in technical education and vocational training can be a major contributor to the national economy by 2020.
Education and training in the polytechnic sufficiently relevant to industry needs by offering a field of study in line with the key economic areas of (NKEA) such as engineering, technology, trade and services.
By the year 2020, targeting the country of 1.3 million skilled workers who are graduates of technical and vocational fields.
Of the total, 700,000 workers have qualifications at diploma level as in plants by polytechnics and other educational institutions and other training.
Polytechnic Education Department Director-General, Major (K) Md. Nor Yusof said he is very sensitive to fast changes in the technical field.
In this regard, he said, to ensure that polytechnic responsible for providing the country with highly skilled workers to every level of society, Polytechnic Metro established.
Polytechnic Metro has a unique in offering programs to meet the socio-economic needs of local and regional. Programs offered are in the areas of trade and services. This is parallel to the job requirements under NKEAs highest projected employment needs in the field of tourism and retail sectors by 2020.
The concept of polytechnic education programs also vary in terms of Metro teaching and learning approaches that specifically. Education programs, facilities and environment tailored to the needs of industry.
"It is only in need of capital only around RM20 million to build a Metro Polytechnic than RM200 million for polytechnics conventional.
"This new concept and if we want Malaysia to become a developed nation, we need institutions that can readily respond quickly to meet industry requirements because the technology is changing very rapidly," he said recently.
In general, the meaning of the word Metro area in a large city. In this regard, the establishment of Metro Polytechnic focused on urban areas in a location with adequate public transport system.
The provision of hostels for students not to be a priority for students commute from their homes.
No comments:
Post a Comment