Social Icons

-

Monday, November 5, 2012

KWSP-Kementerian Pelajaran perkenal modul Employability Skills


KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memperkenalkan modul Employability Skills di 15 sekolah vokasional terpilih yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 pelajar.

Kesemua 15 sekolah vokasional tersebut dipilih daripada 78 sekolah vokasional di seluruh negara yang dinaik taraf kepada kolej vokasional oleh Kementerian Pelajaran sebagai projek perintis.

Modul yang dijangka bermula pada Januari tahun depan itu akan memberi tumpuan kepada perkara berkaitan keselamatan sosial dan bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab dan hak-hak mereka sebagai pekerja atau majikan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, sebagai sebuah dana persaraan terulung dan tanggungjawab sosial korporat, KWSP memperkenalkan program itu bertujuan mendedahkan generasi muda dan pekerja terhadap kepentingan merancang lebih awal untuk hari tua.



No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara