Social Icons

-

Saturday, August 4, 2012

PROGAM pendidikan pencegahan dadah (PPDa)

Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara.  Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Visi 
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi 
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat 
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.

Fungsi 

  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
    rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
  • Pengurusan Hubungan Luar

Senarai Semua Bahan Muat Turun


Data Soal Selidik (untuk kegunaan PPDa Negeri dan Daerah)
  1. B7 - Data Soal Selidik (SM-PPDa Negeri) 2011
  2. B6 - Data Soal Selidik (SM-PPDa Daerah) 2011

Pekeliling
  1. Surat Siaran JPN Perak: Bil.1/2011. Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Rokok, Alkohol, Inhalan, Dadah dan HIV/Aids Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2011 bertarikh 7-Jan-2011
  2. Pekeliling-Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah

Maklumat PPDa
  1. Kit Pengajaran & Pembelajaran Program Sifar Dadah (PROSIDAR) Sekolah Rendah (Tahap 1)
  2. Kit Pengajaran & Pembelajaran Program Sifar Dadah (PROSIDAR) Sekolah Rendah (Tahap 2)
  3. Maklumat Dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri

Lagu
  1. Hidup Cemerlang Tanpa Dadah
  2. Hidup Cemerlang Tanpa Dadah - Minus One
  3. Lirik lagu "Hidup Cemerlang Tanpa Dadah"
  4. Negaraku (Koir)
  5. Negaraku (Vokal)
  6. Negaraku (Instrumental)
  7. Keranamu Malaysia
  8. Nyalakan Tekad
  9. Dengarlah Sayang


Sumber : PPDa

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara