Social Icons

-

Monday, April 9, 2012

Universiti Putra Malaysia (UPM)




SEJARAH UPM

Penubuhan Universiti Putra Malaysia mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. 

Sekolah ini yang bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.Bermulanya kenaikan taraf kepada Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947, kecemerlangan kolej ini semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Jaunari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaysia sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.

Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan Kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilah pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya.

Penubuhan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi satu kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.

Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya, dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dan 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Petemakan, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pertanian. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. 

Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang Sains dan Teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensitif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, secara peringkat derni peringkat UPM menambahkan bidang- bidang baru dalam program pengajiannya misalnya sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi Universiti abad ke-21. Universiti Pertanian Malaysia menempa satu lagi sejarah dengan pengisytiharan nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 April 1997 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad. Nama baru ini menggambarkan UPM menawarkan pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi di samping program berkaitan pertanian, perhutanan dan veterinar. Malah UPM masih terus memperkukuhkan bidang pertanian, termasuklah disiplin yang berkaitan dengannya selaras dengan dasar negara dan keperluan masyarakat.



Ditubuhkan pada:   
1971

Jenis:
            Awam

Canselor:      
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Sultan Selangor

Naib canselor:         
Y.Bhg.Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi

Lokasi:          
Serdang, Selangor, Malaysia

Kampus:       
Kampus utama di Serdang
Kampus cawangan di Bintulu

Penggabungan:      
ASAIHL

Laman sesawang:  
www.upm.edu.my




Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan prinsip, kemantapan dan penjagaan martabat ilmu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.

Bentuk titisan air merupakan simbolik kepada komitmen universiti untuk memelihara alam sekitar. Air juga adalah sebagai asas kehidupan sebagaimana juga ilmu adalah sebagai asas untuk mencapai kemajuan manusia.

Garisan kecil di tengah melambangkan wawasan universiti yang sentiasa ke hadapan. Tiga garisan di kiri dan di kanan ialah simbol dahan yang melambangkan kepentingan pertanian dalam kelangsungan kehidupan dan kemakmuran manusia yang merupakan tumpuan dan kekuatan UPM. Tiga garisan itu juga membawa maksud tiga fungsi utama Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Buku yang berada di sebelah atas melambangkan keunggulan Universiti sebagai gapura yang menjunjung, menjana dan meneroka ilmu untuk kebahagian dan kesejahteraan sejagat.

Warna merah melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan ilmu dan juga semangat perintis, keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keikhlasan dan ketelusan. Warna kelabu melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan.

Kombinasi warna merah, kelabu dan putih bermaksud keharmonian, kestabilan, keceriaan, kematangan dan dinamisme.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh lagi dengan huruf 'UPM' yang menjadi singkatan kepada Universiti Putra Malaysia.


LAGU UPM
PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi
Di sinilah berhimpun warga siswa
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

Lirik : Dharmawijaya
Lagu : Dato' Ahmad Nawab





FAKTA UPM
http://www.upm.edu.my/noimage.jpg
FAKTA BERKENAAN UNIVERSITI (Seperti pada 16 Mei 2011 )

INFO UMUM
JUMLAH
1.
Saiz Kampus Utama - Serdang
1108.103 hektar
2.
Saiz Kampus Cawangan - Bintulu
714.717 hektar


PENSYARAH
JUMLAH
1.
Bilangan Pensyarah dan Tutor
*2,902
2.
Bilangan Pensyarah Antarabangsa
*97
3.
Bilangan Pensyarah Pelawat Ke UPM
*1590
4.
Bilangan Pensyarah Pelawat Dari UPM
*866
*Termasuk Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pasca Doktoral, Pemeriksa Luar, Tenaga Adjung, Pegawai Penyelidik dan Pegawai Sains

PRA SISWAZAH
JUMLAH



1.
Bilangan Pra Siswazah
15,345
2.
Bilangan Pra Siswazah Antarabangsa
125
3.
Bilangan Pertukaran Pra Siswazah Ke UPM
90
4.
Bilangan Pertukaran Pra Siswazah Dari UPM
33
5.
Anggaran Yuran Pra Siswazah Antarabangsa
USD 3,720.74*
6.
Anggaran Yuran Pra Siswazah Tempatan
USD 1,421.88*
7.
Anggaran Saiz Kelas Pra Siswazah
80


PASCA SISWAZAH
JUMLAH
1.
Bilangan Pasca Siswazah
10,283
2.
Bilangan Pasca Siswazah Antarabangsa
2,794
3.
Bilangan Pertukaran Pasca Siswazah Ke UPM
193
4.
Bilangan Pertukaran Pasca Siswazah Dari UPM
139
5.
Anggaran Yuran Pasca Siswazah Antarabangsa
USD 7,174.00*
6.
Anggaran Yuran Pasca Siswazah Tempatan
USD 2,776.00*
7.
Anggaran Saiz Kelas Siswazah/Pasca Siswazah
12.89*
8.
Purata Kelulusan Syarat Kemasukan
3.19*
9.
Peratusan Siswazah/Pasca Siswazah Melanjutkan Pelajaran
52.68%*
10.
Peratusan Siswazah/Pasca Siswazah Yang Bekerja
63.16%*


PENYELIDIKAN & PELABURAN
JUMLAH
1.
Perbelanjaan Tahunan Perpustakaan
USD 4,839,443.00
2.
Pelaburan Komuniti/Kebudayaan
USD 5,522,510.00
3.
Jumlah Pembiayaan untuk Penyelidikan
USD 36,598,841.00
4.
Pembiayaan Kerajaan untuk Penyelidikan
USD 27,724,185.00
5.
Pelaburan Kemudahan
USD 97,173,464.00
6.
Sumbangan Alumni
USD 297,892.00
7.
Pembiayaan/Pelaburan Industri
USD 8,620,988.00
8.
Bilangan PhD Yang Dianugerahkan
162
9.
Bilangan Penerbitan (5 Tahun)
15,345
10.
Bilangan Rujukan
4,077


Sumber Di Petik Dari Laman Web UPM

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara