Pusat Sumber KEMAS atau dulunya dikenali sebagai Perpustakaan
Masyarakat adalah merupakan satu premis penting dalam menjanakan ilmu
dan maklumat kepada masyarakat luar bandar amnya. Pada awal penubuhannya
iaitu tahun 1971,ianya lebih dikenali sebagai Khutub Khanah Desa
setelah Rancangan Pelajaran Dewasa hampir mencapai matlamat di bawah
Pembangunan Negara.
Di peringkat awal Khutub Khanah Desa
berfungsi sebagai melanjutkan usaha-usaha memastikan masyarakat yang
mula kenal huruf atau ‘neo literates’ tidak kembali menjadi buta huruf
. Kini Pusat Sumber berperanan memastikan masyarakat luar bandar
mendapat kemudahan membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta
bermaklumat dalam menjalani kerja seharian mereka.
Objektif
- Menyediakan bahan bacaan dan rujukan untuk kemudahan masyarakat setempat.
- Bertanggungjawab mendidik serta membudayakan masyarakat tentang perkembangan teknologi maklumat
- Menyediakan perkhidmatan yang bercorak aktiviti ko-kurikulum demi untuk mendapatkan penglibatan masyarakat secara bersama.
- Menggiatkan galakan membaca supaya dijadikan amalan dan budaya mengisi masa lapang disamping menghindari gejala lepak.
- Menjadikan Pusat Sumber sebagai pemangkin perubahan minda serta menaikkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar secara tidak langsung.
- Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk pengguna dan penduduk setempat.
- Membuat promosi bersama-sama Pemaju Masyarakat dalam menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat-pusat Sumber KEMAS
Pemaju Masyarakat
- Pemaju Masyarakat-mengendalikan urusan peminjaman buku, memulihara, menyusun, mengelas buku dan menyimpan daftar buku.
- Kelulusan minima ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelaksanaan Aktiviti
Perkhidmatan
- Pinjaman dan pemulangan buku
- Perkhidmatan kesedaran semasa
- Rujukan
- Aktiviti Ko-kurikulum
- Kelas Bimbingan,Kelas Fardhu Ain, Bengkel Motivasi
- Mainan Pembelajaran
- Mainan berbentuk dalaman
Waktu Perkhidmatan
Waktu Pusat Sumber di buka adalah bergantung kepada kehendak/keperluan setempat serta kelulusan Pengarah Negeri masing-masing.
Contoh:
- 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau
- 9.30 pagi hingga 5.30 petang atau
- 10.00 pagi hingga 6.00 petang
- Hari Isnin - Hari Sabtu atau
- Hari Sabtu - Hari Khamis (Kelantan, Kedah, Terengganu)
No comments:
Post a Comment