Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Biologi

Biologi (pinjaman bahasa Inggeris: biology: dari bahasa Greek: βίος, bios, "kehidupan"; λόγος, logos, "kata") adalah kajian saintifik mengenai hidup. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.

Perkataan biologi moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur, 1802) dan oleh Jean-Baptiste Lamarck (Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan Biologi itu sendiri telah dikatakan dicipta pada 1800 oleh Karl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 buku Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae: Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada 1766. Pada masa kini, perkataan tersebut merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang tersendiri. Kebanyakan sains biologi merupakan disiplin khusus. Botani merupakan kajian tumbuh-tumbuhan, zoologi merupakan kajian haiwan, dan mikrobiologi merupakan kajian mikroorganisma. Bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma dikaji dan kaedah mengkaji mereka. Biokimia mengkaji kimia asas hidup, biologi molekul mengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks, biologi sel mengkaji benda binaan kehidupan asas, iaitu sel, manakala fisiologi merupakan kajian fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia, dan ekologi merupakan kajian hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling mereka.

Pengenalan

Biologi adalah kajian mengenai kehidupan. Biologi mempunyai liputan bidang penyelidikan yang luas:

  1. pada skala atom skala molekul, melalui biologi molekul, biokimia.
  2. pada skala selular, melalui biologi sel.
  3. pada skala multi selular, melalui fisiologi, anatomi, dan histologi.
  4. pada aras pembangunan atau ontogeni setiap organisma, melalui biologi
  5. perkembangan (developmental biology).
  6. pada tahap pewarisan antara ibu bapa dan keturunan melalui genetic.
  7. pada aras tabiat kumpulan melalui ethologi.
  8. pada aras keseluruhan populasi, melalui genetik populasi.
  9. di atas skala pelbagai spesies dari keturunan, melalui sistematik
  10. pada aras populasi saling berkait dan habitat mereka melalui alam sekitar dan biolog evolusi.
  11. dan jangkaan melalui xenobiologi pada tahap hidupan selain di bumi.

Asas biologi

Biologi tidak sama seperti sistem hukan alam yang tidak berubah yang dijelaskan dengan matematik. Sistem Biologi mempunyai kecendurungan ramalan statistik terhadap sesuatu keadaan,tetapi mempunyai kecendurungan yang tidak konkrit seperti fizik - fizik,berkadar terus atau songsang; biologi tidak mempunyai berkadar terus atau songsang yang berterusan. Walau bagaimanapun,Biologi masih lagi mematuhi hukum alam seperti termodinamik dan pengabadian jisim. Sains biologi moden dikatakan berteraskan empat prinsip penyatuan, iaitu teori sel, evolusi, genetik dan homeostasis.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara