Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Visi

Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam mengurus sumber manusia melalui sistem pengurusan yang berkualiti.


Misi

Mengurus sumber manusia Kementerian Pelajaran Malaysia secara cekap, berkesan dan berkualiti bagi mencapai matlamat kecemerlangan Pendidikan Negara.


Objektif

1.Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di tahap optimum melalui perwujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan atau norma perjawatan yang ditetapkan.

2.Merancang, Mengurus, dan menbangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan organisasi selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

3.Memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan integriti dan jati diri warga Kementerian Pelajaran Malaysia kea rah melahirkan iklim organisasiyang harmonis.

4.Merancang, mengurus dan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagiPegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Khidmat Sokongan.

5.Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Khidmat Sokongan.


Fungsi Utama

1.Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia, kajian pemantapan skim Perkhidmatan Guru dan Bukan Guru, Kajian Norma Perjawatan Guru dan Bukan Guru dan menguruskan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta mentadbir dan mengurus HRMIS;

2.Mengkaji permohonan penstrukturan semula / penstrukturan fungsi serta pertambahan jawatan bagi Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Institusi Pendidikan di bawah KPM, mengurus permohonan perjawatan di

bawah Anggran Belanja Mengurus (ABM) dan menjalankan naziran dan semakan perjawatan dan perkhidmatan;

3.Menguruskan kemudahan-kemudahan dalam perkhidmatan seperti lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke perkhidmatan berpencen, penempatan, pertukaran, pinjaman, kontrak, pertukaran perkhidmatan, pertukaran sementara, cuti, persaraan, maklumat data personel rekod perkhidmatan, pergerakan gaji, saraan, dan elaun serta hubungan Kesatuan/Persatuan, Majlis Bersama Kebangsaan (MBK); dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ);

4.Mengendalikan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran setara bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan serta menjadi Urus Setia Induk Panel Pembangunan Sumber Manusia; dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri;

5.Menyelenggara Kes Tatatertib dan Kes Penamatan perkhidmatan demi Kepentingan Awam, mengendalikan urusan pemilikan dan pengistiharan harta, Urus setia Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Mengurangkan Karenah Birokrasi serta melaksanakan program-program integriti, Penerapan nilai Islam, Pengukuhan Integriti, Perkhidmatan Awan dan Pendekatan Islam Hadhari; dan

6.Merancang, menggubal, menyelaras, memantau pelaksanaan latihan dan kursus serta menyediakan Laporan Pelaksanaan dan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Kursus-kursus Fungsian, Kursus LDP dan Induksi Perkhidmatan Bukan Guru, Kursus Pendek Luar Negara Di Bawah Peruntukan One-Off Perkhidmatan Bukan Guru KPM, Mengurus Kursus Anjuran JPA/ Badan Asing/ Agensi Swasta, Program Executif Talk dan mengemaskini Pangkalan Data Latihan.


Piagam Pelanggan

Kami warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan penuh tekad dan iltizam dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memenuhi Piagam pelanggan seperti berikut:

1.Mengeluarkan surat tawaran guru terlatih dalm tempoh satu (1) bulan selepas dokumen lengkap diterima.

2.Permohonan berhubung urusan perkhidmatan diselesaikan dalm tempoh satu (1) bulanselepas semua dokumen lengkap diterima

3.Memproses perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi PPP untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.

4.Memproses perakuan kenaikan pangkat bagi PPP secara Time Based untuk dikemukakan ke lembaga kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.

5.Menyediakan Kursus induksi untuk Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Bukan Guru dalm tempoh masa 1 hingga 3 tahun dari tarikh lantikan.

6.Menyediakan latihan dalam perkhidmatan untuk Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru di BPSM bagi memenuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun kepada sekurang-kurangnya bagi 70 peratus pegawai yang berkenaan.

7.Mengemukakan perakuan Kes-Kes Tatatertib kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib yang berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima.

8.Menyelesaikan kes-kes tatatertib dalam tempogh masa tiga (3) bulan slepas Pengerusi Lembaga Tatatertib yang berkenaan membuat penentuan kes dan dokumen lengkap diterima.

9.Permohonan Pemantapan Perjawatan/Penstrukturan semula Jabatan/Bahagian diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh dua (2) bulan setelah permohonan yang lengkap diterima.

10.Permohonan pertambahan jawatan melalui ABM Perjawatan Tahunan diperakukan ke JPA selewat-lewatnya pada bulan Julai setiap tahun.


Struktur Organisasi

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

CAWANGAN DASAR DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

UNIT DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

UNIT DASAR DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA (PENDIDIKAN)

UNIT DASAR DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA (BUKAN PENDIDIKAN)

UNIT PEMANTAUAN & PENILAIAN

CAWANGAN PERJAWATAN DAN NAZIRAN

UNIT ABM

UNIT PENSTRUKTURAN

UNIT MAKLUMAT PERJAWATAN

UNIT NAZIRAN (BAHAGIAN/JABATAN)

UNIT NAZIRAN (SEKOLAH/INSTITUSI)

CAWANGAN PERKHIDMATAN

UNIT SARAAN, KEMUDAHAN DAN HUBUNGAN KESATUAN (SK)

UNIT PERKHIDMATAN (GURU)1

UNIT PERKHIDMATAN (GURU)2

UNIT PERKHIDMATAN BUKAN GURU

CAWANGAN NAIK PANGKAT

UNIT NAIK PANGKAT SISWAZAH I

UNIT NAIK PANGKAT SISWAZAH II

UNIT NAIK PANGKAT BUKAN GURU

UNIT NAIK PANGKAT II (BUKAN SISWAZAH)

CAWANGAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN LATIHAN

UNIT PERANCANGAN DAN DASAR LATIHAN

UNIT INDUKSI

UNIT LDP

UNIT PENGKALAN DATA (UPD)

CAWANGAN PENGURUSAN MAKLUMAT

UNIT MAKLUMAT DATA PERSONEL

UNIT REKOD PERKHIDMATAN (BRP)

CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

UNIT PENTADBIRAN DAN PENDAFTARAN

UNIT PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN

CAWANGAN TATATERTIB DAN KEUTUHAN

UNIT KEUTUHAN / KARENAH BIROKRASI

UNIT PIN (INTERGRITI)

UNIT TATATERTIB

Untu maklumat lanjut layari laman web Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara