Social Icons

-

Monday, August 27, 2012

Kelab Membaca Sinar Pintar


Kelab Membaca Sinar Pintar telah dilancarkan dengan rasminya oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 2 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena pelancaran rasmi Festival Membaca 2008.

Kelab Membaca Sinar Pintar terbuka kepada semua warga Malaysia yang menawarkan pelbagai manfaat kepada peserta seperti pertandingan membaca/mengeja, dapat melanggani buku komik manga dan pelbagai aktiviti menarik seperti forum, diskusi, sesi bercerita dan sebagainya. Kumpulan sasar utama kelab ini ialah ibu bapa manakala sampingannya ialah kanak-kanak. Kini Kelab Membaca Sinar Pintar mempunyai 1567 ahli berdaftar dan 139 mentor yang telah mendaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia.

OBJEKTIF
Jangka Pendek
Untuk menggalakkan amalan membaca
Jangka Panjang
Untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang gemar membaca

LOGO

Bentuk hati
Melambangkan perhatian dan kasih sayang
Buku hijau
Memperkayakan kehidupan kanak-kanak melalui tabiat membaca
Bentuk abstrak biru tua          Dunia kanak-kanak yang terbentang luas dan mudah dibentuk dengan menanamkan minat membaca


SKEMA
  • Mesti ada penglibatan sekurang-kurangnya 2 orang sukarelawan/mentor dewasa, 5 orang kanak-kanak (4-13 tahun) dan ibu bapa.
  • Membentuk satu jawatankuasa dengan 3 tandatangan pada borang pendaftaran kelab.
  • Perlu bertemu sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk membaca dan menjalankan aktiviti pengetahuan lain.
  • Tempat perjumpaan boleh diadakan di dewan serbaguna atau di perpustakaan.
  • Harus mempunyai Buku Log rekod aktiviti yang harus dihantar ke Sekretariat PNM sewaktu pertandingan.
  • Akan menggunakan nama rasmi kelab dengan nama kawasan (contoh : Kelab Membaca Sinar Pintar Petaling Jaya, Kelab Membaca Sinar Pintar Gombak)
  • Ahli-ahli yang mendaftar akan menerima sijil rasmi keahlian dan barangan percuma seperti alat tulis, beg dan sebagainya.
  • Ahli-ahli juga boleh melanggan komik Manga istimewa, eksklusif bagi kelab membaca.



PERANAN MENTOR
  • Mentor perlu merancang aktiviti-aktiviti pembacaan setiap tahun
  • Mentor merupakan tunggak utama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembacaan yang telah dirancang sepanjang tahun
  • Mentor juga berperanan sebagai perantara antara Kelab Sinar Pintar komuniti dan Perpustakaan Negara Malaysia
  • Mentor perlu menghantar laporan berserta gambar tentang aktiviti yang telah dilaksanakan kepada Perpustakaan Negara Malaysia
  • Mentor perlu menjalankan aktiviti yang akan dipertandingkan diperingkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan
  • Mengemaskini buku log
  • Menetapkan tempat untuk menjalankan aktiviti.
  • Mendaftarkan ahli-ahli baru dalam Kelab masing-masing kepada PNM.



SYOR AKTIVITI

Cadangan Bengkel/Latihan Untuk Mentor
Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar: Latihan untuk Jurulatih
Bengkel ini merupakan satu pendedahan kepada mentor Kelab Membaca Sinar Pintar dimana mereka akan diberi latihan serta kemahiran untuk mengendalikan Kelab serta mempraktikkan apa yang dipelajari dan melatih ahli kelab masing-masing. Peserta bengkel terdiri daripada 86 orang dan bengkel ini akan dikendalikan oleh En. Uthaya Sankar SB. Bengkel ini akan diadakan selama 1 hari dan bengkel ini akan dijalankan melalui kaedah ceramah, aktiviti berkumpulan serta sesi soal jawab.

Bengkel Baca Cerpen Kanak-kanak
Bengkel ini merupakan salah satu cadangan bengkel untuk mentor dimana mereka akan didedahkan dengan cara membaca cerpen pendek yang lebih disasarkan kepada kanak-kanak. Mentor juga akan didedahkan dengan teknik-teknik membaca teks cerpen di pentas supaya ahli-ahli Kelab Membaca Sinar Pintar mereka dapat mengambil bahagian dalam aktiviti membaca cerpen yang akan diadakan kelak. Pendedahan akan diberikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bengkel Sastera Kanak-kanak
Mentor juga akan didedahkan dengan penghayatan Sastera Kanak-Kanak agar mentor dapat menjalankan aktiviti ini kepada ahli-ahli kelab terutama kanak-kanak. Mentor akan didedahkan dengan cara-cara penghayatan puisi dan cerpen serta latihan membaca puisi syair, sajak, pantun dan sebagainya.

Bengkel Penulisan Makalah
Penulisan makalah merupakan salah satu bengkel yang akan diadakan untuk mentor. Mentor akan diberi pendedahan tentang cara-cara menulis makalah dengan mengajar teknik-teknik penulisan yang betul. Mentor kemudiannya akan menjalankan aktiviti ini kepada ahli kelab masing-masing.

Kunjungan Perpaduan
Kunjungan Perpaduan Kelab Sinar Pintar adalah salah satu aktiviti yang akan didedahkan kepada mentor. Dimana mentor akan dilatih bagaimana untuk menjalankan aktiviti yang akan melibatkan masyarakat setempat. Aktiviti ini sesuai untuk semua sasaran bermula dari remaja, belia hingga dewasa. Mentor akan mengadakan aktiviti ini ditempat masing-masing.

Bengkel Kumpulan Bercerita Kelab Sinar Pintar
Pendedahan kepada mentor untuk menubuhkan kumpulan bercerita Kelab Membaca Sinar Pintar merupakan salah satu pendekatan yang akan dijalankan dimana mentor akan dilatih untuk menjalankan aktiviti bercerita dengan menggunakan buku, lakonan, vokal dan menyanyi. Selain dari itu, mentor juga akan diberi pendedahan untuk membuat boneka, props dan pentas untuk persembahan boneka. Cara pemilihan bahan untuk sesi bercerita juga akan diajar.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara