Bertepatan dengan matlamat KPT dalam meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya, Akreditasi Program dilaksanakan bagi membuat penilaian dalam menentukan sama ada suatu program itu memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Program ini bertujuan untuk memastikan program yang ditawarkan menepati standard dan kriteria Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan garis panduan lain yang berkaitan.
Program yang mematuhi standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan akan diberikan Perakuan Akreditasi (status akreditasi) dan program berkenaan layak menggunakan perkataan 'Pengiktirafan Dari Malaysian Qualifications Agency, (MQA)'.
Maklumat lanjut mengenai status akreditasi boleh diperolehi di www.mqa.gov.my
No comments:
Post a Comment