Cadangan
penubuhan Badan Ihsan Anggota Jabatan Pendidikan Selangor telah diilhamkan oleh
Y.Bhg. Tn Hj Muhammad b Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor
pada awaltahun 2000. Pada 6 Ogos tahun 2000, jawatankuasa penaja Badan Ihsan
telah dibentuk bagimerangka perlembagaan dan seterusnya memohon untuk kelulusan
Pendaftar Pertubuhan.
Pada
22 Disember 2000, pendaftaran Badan Ihsan telah diluluskan dengan nombor
pendaftaran 1661. Dengan kelulusan tersebut , Badan Ihsan ini telah menjadi
satu badan yang sah dari segi perlembagaan dan undang-undang. Badan ini telah
dilancarkan dengan rasminya pada 23 Februari 2001.
Warga
JPN Selangor mempunyai jumlah anggota yang ramai, melebihi 39,000orang dalam pelbagai
kategori dan jawatan. Hubungan mereka diikat oleh sistem perkhidmatan yang
berasaskan hiraki carta organisasi yang formal dan teknikal. Hubungan ini perlu
diperkukuhkan lagi melalui suatu sistem
milik bersama bagi melahirkan rasa mahabbah dan setiakawan yang lebih erat, semangat kerjasama dan tolong menolong yang lebih praktikal.
Jabatan
sebagai majikan akan menjadi lebih prihatin kepada semua ahli warganya, tanpa
melihat pangkatdan kedudukannya. Semua pegawai, guru dan kakitangan sokongan
yang bernaung di bawah perkhidmatan JPN Selangor akan lebih merasa dihargai.
Waris-waris mereka akan berasa dikasihi. Justeru, BADAN IHSAN ini ditubuhkan
sebagai suatu usaha bagi mencapai hasrat dan matlamatnya.
Melalui
Badan Ihsan ini, waris/penama kepada ahli yang meninggal dunia akan menerima
sumbangansebanyak RM 10,000.00. Disamping itu, semua warga pendidikan termasuk pelajar-pelajar
sekolah rendah dan menengah akan dimaklumkan dan diminta sama-sama menghormati
dan mendoakan kesejahteraannya. Wakil-wakil jabatan, PPD dan sekolah akan
mengadakan kunjung ziarah ke rumah ahli warisnya sebagai tanda rasa simpati
disampingi menyampaikan sumbangan tersebut.
No comments:
Post a Comment