KUALA LUMPUR: Warga pendidik dan pegawai Kementerian Pelajaran bersedia memikul tanggungjawab melaksanakan transformasi pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 10 Jun lalu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata golongan terbabit kini bekerja dengan dedikasi dan komited melaksanakan dasar kerajaan untuk menjadikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan berada pada tahap paling memuaskan.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan pendapat Merdeka Center yang dikeluarkan baru-baru ini, 63 peratus responden berpuas hati dengan usaha kementeriannya meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah rendah dan menengah. “Keputusan dan hasil tinjauan itu membuatkan saya yakin transformasi pendidikan seperti diumumkan Perdana Menteri dalam RMK-10 akan dapat dilaksanakan, lebih-lebih lagi kita mempunyai pasukan berdedikasi dan bermotivasi.
“Malah, warga pendidik dan pegawai pelajaran juga memberikan komitmen terbaik dan cepat bertindak serta komited melaksanakan dasar kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran di sini, semalam.
Dr Mohd Puad berkata, program itu bertujuan memantapkan usaha pelaksanaan polisi kerajaan di dalam Kementerian Pelajaran yang berdasarkan Gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Tuesday, September 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment