Social Icons

-

Wednesday, August 7, 2013

Guru Permainan

Bidang tugas
1.    Memajukan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam sukan dan permainan di bawah jagaannya dengan mengadakan latihan mengikut yang telah ditetapkan oleh guru majlis sukan dan setiausaha sukan.

2.    Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan di sekolah-sekolah lain.

3.    Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan majlis sukan sekolah-sekolah.

4.    Mendapatkan pengadil dalam sesuatu perlawanan persahabatan yang dianjurkan antara sekolah-sekolah.

5.    Mengadakan perlawanan antara rumah dan kelas dan menyampaikan keputusan perlawanan itu kepada setiausaha sukan ataupun guru majlis sukan.

6.    Membentuk sebuah jawatankuasa pelajar dan guru sukan dan permainan di peringkat sekolah.

7.    Menempah dan mengaturkan pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan majlis sukan sekolah-sekolah termasuk juga perlawanan persahabatan.

8.    Mengiringi dan manjaga displin pelajar dalam sesuatu permainan itu untuk menentukan kelancaran perjalanan sukan dan permainan.

9.    Bertangungjawab terhadap kedatangan pemain-pemain mengikut masa dalam latihan dan perlawanan.

10.  Membahagikan alatan dan pakaian sukan dan permainan kepada pemain dan mengumpulkannya semula setelah selesai permainan.

11.  Menjaga keselamatan barangan dan alatan sukan dan permainan dan sentiasa berada dalam keadaan  sempurna.

12.  Mengawasi displin dan kebajikan pelajar di tempat latihan dan perlawanan dan member peransang untuk mambangkitkan semangat mereka.

13.  Menghubungi dan menghantar ke hospital atau ke rumah pemain sekiranya berlakunya kecederaan dan kemalangan yang serius.

14.  Melaporkan kepada setiausaha sukan dan pengetua atau guru besar mengenai keputusan pertandingan dan perlawanan sekiranya berlaku sesuatu yang di luar dugaan.

15.  Mencatat dan mengesahakan penglibatan tipa-tiap pelajar dalam permainan berkenaan untuk dijadikanasa dalam menyediakan  Laporan Tahunan Penilaian Gerak Kerja Ko-Kurikulum Pelajar.
  
16.  Menyerahkan laporan pelajar itu kepada guru penyelaras gerak kerja ko-kurikulum pada penghujung tahun.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara