Social Icons

-

Sunday, March 18, 2012

Najib Bin Razak (1995-1999 MP)



YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan.
Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu. Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000. Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .
---------------------------------------------------------------------------------
Dato 'Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (born July 23, 1953) was Prime Minister of Malaysia (the 6th) updated since 3 April 2009, as well as Finance Minister and Member of Parliament Pekan, Pahang. He was the eldest son of a former prime minister of Malaysia, Tun Abdul Razak, Dato 'Hussein. At the grassroots level of politics, he was the President of UMNO to-7. In addition, it still has the blood of a chronology of Makassar nobility of descent Hassanudin Sultan, Sultan last Makasar in Gowa, South Sulawesi.
Dato 'Seri Najib was born in Kuala Lipis, Pahang. He was the elder son of Tun Abdul Razak Hussein and Toh Puan Rahah Mohammad Noah. In 1976, he married to Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar and have three children: Nizar (born 1978), Mohd Najib and Princess Norlisa Nazifuddin said. In 1987 he divorced me and married Yie Datin Seri Rosmah Mansor, and have two more children: Mohd Najib and Nooryana Norashman Najwa said. He was also the nephew of Datuk Hishammuddin Tun Hussein.
He received primary and secondary education in SJI. John, Kuala Lumpur, and later studied at the College Men's Malvern in Worchestershire, England. He received a Bachelor with Honours in Industrial Economics from Nottingham University, England in 1974.
He got involved in the political arena after the sudden death of his father, Tun Abdul Razak Hussein in London on January 14, 1976. He won without contest the Pekan parliamentary seat vacant due to death of his father, at the age of 23 years, and was the youngest MP ever elected at that time.
He became the youngest deputy minister when appointed as Deputy Minister of Energy, Telecommunications and Posts in 1978 at the age of 25 years. Then, in 1982 to 1986, he became the youngest Chief Minister in our history when the Chief Minister of Pahang at the age of 29 years.
Among his previous positions in the cabinet are:
1978-1980 - Deputy Minister of Energy, Telecommunications and Posts
1980-1981 - Deputy Minister of Education
1981-1982 - Deputy Minister of Finance
1982-1986 - Minister of Pahang
1986-1987 - Ministry of Youth and Sports | Minister of Culture, Youth & Sports
1990-1995, 1999-2008 - Minister of Defense
1995-1999 - Minister of Education
He also has served as Chairman of the Livestock (Livestock) in 1977-1979. His leadership tested and continue to be the responsibility of the national leadership. In UMNO, he was elected as Division Chief of the Town and the former UMNO Youth in 1976. Then he was elected as a member of the UMNO Supreme Council beginning in 1981.
In 1982, he won a seat in the Vice Chief of unopposed after Datuk Mokhtar Hashim vacated the post. In 1987, he was announced as the Acting Chief of UMNO Youth Movement by Anwar Ibrahim after Anwar urged to contest Vice President of UMNO. He became chief on May 25, 1988 after UMNO was re-established. In 1993, he contested the position of Vice President of UMNO, Anwar following steps to contest the deputy president. He continued to defend the position of Vice President in the party elections in 1993, 1996 and 2000. On January 7, 2004, he was appointed Deputy Prime Minister of Malaysia.
In the 2008 General Election Malaysia, Datuk Seri Najib compete with the Barisan Nasional ticket. He has competed in the constituency of Pekan, Pahang. Datuk Seri Najib had won with a vote of 36,262. Opposing candidate is Khairul Anuar Ahmad Zainuddin Bin from PKR to vote-losing 9.798.

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara