Social Icons

-

Monday, November 7, 2011

KAMPUS ASTRO- Mendidik Bersama Komuniti Sekolah

Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan dengan sumbangan sebuah dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman sehingga 80 jam, satu unit televisyen LCD dan akses kepada 15 siaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih dari 10,000 sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan (anggaran lebih kurang 5.3 juta pelajar) termasuk Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia.


Di bawah program Kampus Astro ini, kami bukan hanya membekalkan set peralatan Kampus Astro dan akses kepada siaran program pembelajaran sahaja, malah kami juga menitikberatkan latihan penggunaan kepada guru-guru media, perkembangan kandungan pembelajaran yang lebih berkualiti dan relevan untuk pelajar-pelajar Malaysia dan juga aktiviti jangkau luar bersama guru dan pelajar.

Kini, sekolah-sekolah seluruh Malaysia mampu menonton saluran-saluran yang khas termasuklah RTM 1, RTM 2, Astro Tutor TV, Astro TVIQ, Astro Xiao Tai Yang, Astro Ceria, Astro Arena, Astro Awani, Bernama TV, Disney Channel, History Channel, Discovery Channel, Discovery Science, Animal Planet dan National Geographic Channel.


Sasaran Umur - 7 hingga 12 tahun

icn_chTVIQ.gif
Saluran 610
Saluran utama komuniti guru
Memfokuskan rancangan pendidikan yang berbentuk akademik. Tumpuan utama ialah Subjek Akademik, Kreativiti, dan Kemahiran Hidup.


icn_chCeria.gif
Saluran 611
Aktifkan dunia penuh imaginasi
Saluran kanak-kanak nombor 1. Menyediakan rancangan berbentuk animasi, komedi, 'game show', serta siaran langsung dalam Bahasa Melayu.


disney.jpg
Saluran 615
Alam khayalan penuh hiburan
Siaran bermutu tinggi, termasuk filem Disney yang terkenal, rancangan istimewa, komedi, drama keluarga dan rancangan aksi serta pengembaraan.


icn_chXTY.gif
Saluran 325
Inspirasi masa depan
Saluran Bahasa Cina terbitan tempatan yang menfokuskan pembelajaran dan juga memaparkan adat masyarakat Cina tempatan.
Sasaran Umur - 13 tahun ke atas


icn_chAnimal.gif
Saluran 556
Jelajahi dunia haiwan
Saluran terunggul mengenai haiwan liar dan binatang peliharaan. Paparan habitat alam semula jadi yang sentiasa menghiburkan dan penuh aksi.


history.jpg
Saluran 555
Hidupkan sejarah
Pilihan utama untuk rancangan-rancangan yang berbentuk sejarah. Merangkumi topik seperti Sejarah Purba, Sejarah Kontemporari, Ketenteraan dan Teknologi.


nationalGeographic.jpg
Saluran 553
Perspektif di sebalik bingkai kuning
Rancangan dokumentari dan bukan fiksyen yang mendalam dan berlainan. Menumpukan kepada bidang Sains dan Teknologi, Alam Semula Jadi, Sejarah Purba dan Misteri Alam.


discoveryChannel.jpg
Saluran 551
Mari terokai misteri dunia
Dokumentari bertaraf tinggi yang menerokai misteri dunia kita yang tersembunyi. Merangkumi bidang Sains dan Teknologi, Kejuruteraan, Sejarah Purba, Sejarah Kontemporari, Alam Sekitar dan Kebudayaan.


discovery_science.jpg
Saluran 554
Terokai persoalan sains
Rancangan bercorak sains dan eksplorasi yang menyeronokkan, releven dan mudah difahami. Merangkumi penemuan sains yang terkini.
Berita dan Informasi
Sasaran umur - 13tahun ke atas


icn_chAwani.gif
Saluran 501
Dapatkan informasi terkini
Memaparkan berita global dengan perspektif tempatan.


icn_chBTV.gif
Saluran 502
Informasi cepat dan tepat
Menawarkan kandungan berita dalam pelbagai bahasa, meliputi berita terkini bisnes, gaya hidup dan sukan.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara