Pekan: Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Orang Asli menampakkan kejayaan.
Sekolah Rendah (SK) Bandar Dua, Paloh Hinai, di sini, adalah sekolah perintis kepada program Transformasi Pendidikan Orang Asli bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melonjakkan mutu pendidikan pelajar Orang Asli ke taraf lebih baik, seiring usaha menyediakan lanskap pendidikan lengkap di kawasan mereka.
Sekolah Rendah (SK) Bandar Dua, Paloh Hinai, di sini, adalah sekolah perintis kepada program Transformasi Pendidikan Orang Asli bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melonjakkan mutu pendidikan pelajar Orang Asli ke taraf lebih baik, seiring usaha menyediakan lanskap pendidikan lengkap di kawasan mereka.
Guru Besarnya, Mahmad Redzuan Zainabidin, berkata sejak
pelaksanaan konsep K9, sekolah Model Khas Komprehensif yang mengandungi
elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) pada peringkat menengah rendah,
peratus kehadiran pelajar ke sekolah meningkat antara 90 hingga 97
peratus berbanding sekitar 70 hingga 80 peratus sebelumnya.
Program kecemerlangan
Beliau berkata, pelbagai program kecemerlangan diadakan dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang sekolah itu yang mempunyai 120 pelajar Orang Asli daripada keseluruhan 357 pelajar prasekolah hingga Tingkatan 3.
Katanya, pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, dua daripada 12 calon Orang Asli memperoleh 4A, 3A (seorang) dan 2A (dua orang) dan lima daripadanya sedang belajar di beberapa kolej vokasional tempatan.
Ini pencapaian paling cemerlang pelajar lepasan PMR dan pihak sekolah sedang mengatur pelbagai program kecemerlangan untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan utama tahun ini.
Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula, statistik turun naik keputusan mengikut bilangan pelajar yang hadir ketika peperiksaan, katanya.
Beliau berkata, sepanjang lima tahun lalu, pencapaian pelajar semakin meningkat bermula pada 2008 dengan 22 murid Orang Asli sekolah itu menduduki UPSR dan empat pelajarnya lulus.
Pada 2009, bilangan calon yang mengambil peperiksaan itu meningkat kepada 26 dengan 16 yang lulus semua mata pelajaran. Bagaimanapun pada 2010, jumlah calonnya hanya 12 orang dan empat daripadanya lulus, manakala pada 2011 lima calon Orang Asli yang menduduki UPSR dan tiga daripadanya lulus.
Sepanjang tempoh berkenaan, 11 pelajar Orang Asli mendapat keputusan cemerlang 5A dan saya optimis jumlah itu akan bertambah tahun ini berdasarkan komitmen antara guru, ibu bapa dan pelajar sendiri.
Kita juga sudah mengenal pasti beberapa pelajar yang berpotensi meraih keputusan cemerlang 5A untuk UPSR dan 7A dan 8A untuk PMR, katanya.
Orang Asli boleh berjaya
Pencapaian yang diperoleh secara berperingkat itu membuktikan Orang Asli boleh berjaya dengan lebih cemerlang sekiranya golongan itu diberi peluang dan bimbingan sewajarnya, katanya.
Guru Penyelaras Menengah sekolah berkenaan, Sarihan Mat Yasin, berkata pelaksanaan Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli membuktikan komitmen yang sangat jujur dan ikhlas dalam membantu memperkasakan bidang pendidikan masyarakat itu.
Peratusan dari segi akademik, ko-kurikulum dan kehadiran pelajar meningkat setiap tahun dan saya optimis, pelajar Orang Asli di sekolah ini sudah mempersiapkan diri untuk bersaing dengan rakan mereka sama ada di sekolah ini mahu pun di luar.
Prestasi mereka semakin cemerlang sejak sekolah ini terpilih untuk projek K9 kerana mereka berada dalam kluster yang tersendiri.
Sejak peringkat prasekolah sehingga ke Tingkatan 3 mereka belajar dalam persekitaran sama dan kemesraan antara rakan dan guru erat terjalin, katanya.
Beliau berkata, pelbagai program diadakan bagi melonjakkan pencapaian kalangan pelajar Orang Asli dan memastikan kelompok ini tidak tercicir dalam sistem pendidikan negara.
Paling utama, kita mengadakan program Jom Sekolah yang diperkenalkan sejak 2009. Program ini dibahagikan kepada dua slot iaitu 'Lah Sekolah' dengan guru berkunjung ke rumah penduduk menyampaikan sumbangan dan mengumpul maklumat ketidakhadiran anak mereka ke sekolah.
Program kedua pula lebih kepada sesi motivasi kepada ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan kepada anak mereka dan mendapat sambutan menggalakkan, katanya.
INFO
SK Bandar Dua, Paloh Hinai
- 8 September 2007 dijadikan sekolah K9.
- 1 Januari 2008 diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlangan Gred C kategori Orang Asli.
- 120 daripada 357 adalah pelajar Orang Asli.
- Bermula dari pra-sekolah hingga Tingkatan 3
- Kemudahan asrama disediakan.
No comments:
Post a Comment