Social Icons

-

Saturday, August 4, 2012

Kursus kepimpinan bentuk personaliti, disiplin diri



SERAMAI 100 anggota badan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penghulu Saat, Parit Sulong, Johor mengikuti kursus kepimpinan di Gunung Ledang, baru-baru ini.
Pengetuanya, Mohsin Ibrahim berkata, melalaui gerak kerja dan pelaksanaan kursus ini telah berjaya memupuk daya kepimpinan serta kerjasama di kalangan pengawas sekolah berkenaan.

"Pengawas telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang  kursus dan ini petanda baik ke arah perkhidmatan yang cemerlang kepada sekolah," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pada kursus selama dua hari itu peserta didedahkan kepada aspek  personaliti diri selain mencungkil karekter dalam kepimpinan, khasnya yang berkaitan tanggungjawab dan organisasi 

Menurut guru pengawas, Siti Noraini Abdul Rahman, dengan pendedahan aspek berkenaan diharap pengawas dapat membangkitkan kesedaran memimpin diri dan organisasi ke arah kebaikan sekolah.

"Sikap dan disiplin diri yang ditunjukkan oleh para pengawas amat positif dan hal ini penting ke arah kecemerlangan  tugas mereka sebagai pembantu sekolah nanti," tegasnya.

Selain itu peserta telah mengikuti ceramah kepimpinan dan mendaki Gunung Ledang hingga sampai ke stesen ke empat di Kolam Gajah.

Sepanjang pendakian yang mencabar itu, pengawas telah melalui  laluan yang agak curam dan dipenuhi hutan belantara  untuk menguji kekuatan mental dan fizikal mereka. Seterusnya, aktiviti berkumpulan dijalankan untuk membina persefahaman dan kerjasama.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara