Maktab Kirby beroperasi selama sepuluh tahun
iaitu dari tahun 1952 hingga 1962 .Maktab ini telah berjaya melahirkan lebih
1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru, dengan bantuan pakar daripada
Institute of Education, University of Liverpool, United Kingdom. Maktab Kirby
merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik dengan sebuah negara asing iaitu
Malaya (kini Malaysia) dibenarkan membuka sebuah Maktab Latihan Guru di England
pada tahun 1951. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Tan
Sri Muhyiddin Yassin khuatir jika Bahasa Inggeris diwajibkan lulus di peringkat
SPM, ramai pelajar di luar bandar akan gagal . Bahasa Inggeris adalah bahasa
yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.
Bagi meningkatkan kualiti kemahiran dan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran
bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan.Kita boleh mencontohi
konsep Maktab Kirby, (iaitu) menghantar guru belajar bahasa Inggeris di
persekitaran yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Pada 8 Jun 2009, Tan Sri
Muhyiddin Yassin merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby di Kuala
Lumpur. Guru-guru lepasan Maktab Kirby telah berkhidmat dengan penuh dedikasi
pada tahun 1950an dan 1960an iaitu ketika sekolah-sekolah masih daif dan
kemudahan pelajaran masih kurang.
Kehadiran guru-guru Maktab Kirby yang terlatih
dalam bilik-bilik darjah telah membawa pembaharuan kepada sistem pelajaran
negara. Maktab Kirby berjaya melahirkan guru berbilang bangsa dan agama ini
merupakan 'miniature Malaysia' di mana semangat '1Malaya' dan 'Malaya Boleh'
mula disemai.
Guru lepasan Maktab Kirby juga menjadi kayu
ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini. Empat bekas
pelajar Maktab Kirby terpilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari tahun 1988
hingga 1998 iaitu Harith Laiki, Idris Tain, Lau Hut Yee dan Dr Yahya Ibrahim.
Muhyiddin turut melancarkan buku "Kirby
College A Heritage" hasil tulisan Dr Shaari Isa. Seterusnya beliau
merasmikan 'Pameran Maktab Kirby' anjuran Muzium Pendidikan Universiti
Pendidikan Sultan Idris.