Social Icons

-

Saturday, July 16, 2011

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) (01)

AKTA PENDIDIKAN 1996

(Akta 550)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

[31hb Disember 1997]

BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:

DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:

DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,


berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung-jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”:

DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara:

DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.


2. Tafsiran.

Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya

menghendaki makna yang lain —

“bahasa Cina” ertinya bentuk bahasa Cina yang biasanya dikenali sebagai Mandarin;

“bahasa kebangsaan” ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“fee yang diluluskan” ertinya fee yang diluluskan oleh

Menteri;

“guru” ertinya seseorang yang—

(a) mengajar murid di sesuatu institusi

pendidikan; atau

(b) menyediakan atau mengeluarkan bahan

pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,

dan termasuklah guru besar atau pengetua; ~

“guru berdaftar” ertinya mana-mana guru yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“ibu bapa” termasuklah penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau kawalan sebenar ke atas seseorang murid;

“institusi pendidikan” ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah tadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk—

(a) mana-mana tempat di mana pengajarannya

terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata; atau


(b) mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai bukan institusi pendidikan bagi maksud Akta ini;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau

yang setaraf dengannya; -

t

“kelas peralihan” ertinya kelas di sekolah menengah yang menyediakan ajaran selama satu tahun untuk murid daripada sekolah rendah yang menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sebelum bermulanya pendidikan menengah rendah;

“Ketua Nazir” ertinya Ketua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen 6(1);

“Ketua Pendaftar” ertinya ‘Ketua Pendaftar Sekclah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 3; ~ t

“Kurikulum Kebangsaan” ertinya kurikulum yang ditetapkan;

“kurikulum prasekolah” ertinya garis panduan kurikulum yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22 bagi kegunaan tadika;

“murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;

“Pegawai Pendidikan”, berhubungan dengan sesuatu daerah atau kawasan, ertinya pegawai pendidikan yang dilantik di bawah perenggan 4(b);


“pekerja” ertinya orang yang diambil kerja oleh suatu lembaga pengelola, selain daripada pengelola, guru atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dinamakan oleh Menteri di bawah subseksyen 58(2) atau 6 1(2), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diambil kerja atau yang mengambil bahagian secara aktif dalam kerja yang berkaitan dengan perjalanan atau

pentadbiran sesuatu institusi pendidikan;

-

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Sekolah dan Guru yang dilantik di bawah subseksyen 5(3) dan termasuklah Ketua Pendaftar;

“pendidikan khas” ertinya pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid;

“pendidikan lepas menengah” ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi;

“pendidikan menengah” ertinya pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;

“pendidikan menengah atas” ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah;

“pendidikan menengah rendah” ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah;

“pendidikan pengembangan” ertinya pendidikan sepenuh masa atau separuh masa bagi orang yang tidak mengikuti kursus pengajian biasa di institusi pendidikan;

“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dan empat hingga enam tahun;

“pendidikan rendah” ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun;


“pendidikan tinggi” ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi; -

“Pengarah Pendidikan” ertinya Pengarah Pendidikan sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah seksyen 4;

“pengelola” ertinya orang yang diberikan kuasa di bawah suratcara pengelolaan untuk mentadbirkan atau menguruskan suatu institusi pendidikan:

“Penolong Pendaftar” ertinya Penolong Pendaftar Sekolah atau Penolong Pendaftar Guru, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah

subseksyen 5(3);

-

“Perkhidmatan Pendidikan” ertinya suatu perkhidmatan awam di bawah perenggan (1)(h) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;

“Pihak Berkuasa Negeri” ertinya Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan, bagi sesuatu Wilayah

Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong;

~ ~ ~ ~.J

“premis” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan dan termasuklah mana-mana bangunan bagi maksud menyediakan tempat tingga! dan kemudahan lain bagi murid dan kakitangan institusi itu tetapi tidak termasuk mana-mana tanah yang menjadi tapak bangunan itu;

-

“pusat pendidikan jarak jauh” ertinya tempat, organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran—

(c) melalui media elektronik semata-mata;

(d) melalul surat semata-mata;

(e) sebahagiannya melalui media elektronik dan

sebahagian lagi melalui surat atau kaedah-kaedah pengajaran yang lain; atau

(f) sebahagiannya melalui media elektronik dan

sebahagian lagi melalui surat dan kaedah-kaedah pengajaran yang lain;

“sekolah” ertinya tempat di mana sepuluh orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih, tetapi tidak termasuk mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana agama semata-mata;

“sekolah bantuan kerajaan” atau “institusi pendidikan bantuan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan

sumbangan bantuan penuh;

“sekolah gaya pos” ertinya sesuatu organisasi atau institusi yang menyediakan ajaran atau pengajaran melalui surat;

“sekolah jenis kebangsaan” ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan—

(a) yang menyediakan pendidikan rendah yang

sesuai bagi murid dan umur enam tahun;

(b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil

sebagai bahasa pengantar utama; dan

(c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan

bahasa

(d) Inggeris sebagai mata pelajaran wajib,

“sekolah kebangsaan” erti sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan—

(a) yang menyediakan pendidikan rendah yang

sesuai bagi murid dan umur enam tahun;

(b) yang menggunakan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa pengantar utama;

(c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata

pelajaran wajib; dan

(d) di mana kemudahan bagi pengajaran—

i. bahasa Cina atau Tamil hendaklah

diadakan jika ibu bapa sekurang-


kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan

ii. bahasa-bahasa kaum asli hendaklah

diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurangkurangnya hima belas orang murid di sekolah itu memintanya;

“sekolah kerajaan” atau “institusi pendidikan kerajaan” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri di bawah Bahagian IV;

“sekolah khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;

“sekolah menengah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan menengah yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;

“sekolah menengah kebangsaan” ertinya sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan -

(a) yang menyediakan kursus pendidikan

menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah;

(b) yang menggunakan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa pengantar utama;

(c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai

matapelajaran wajib;

(d) di mana kemudahan bagi pengajaran—

i. bahasa Cina atau Tamil hendaklah

diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;


ii. bahasa-bahasa kaum asli hendaklah

diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekohah itu memintanya; dan

iii. bahasa Arab, Jepun, Jerman atau

Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan

(e) yang menyediakan murid bagi apa-apa

peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan,

dan termasuklah mana-mana sekolah sedemikian yang menyediakan kelas peralihan;

“sekolah rendah” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur dan enam tahun;

“sekolah swasta” atau “institusi pendidikan swasta” ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan;

“sumbangan bantuan” ertinya apa-apa bayaran daripada wang awam, selain daripada sumbangan modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan;

“sumbangan modal” ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi—

(a) mengadakan bangunan;

(b) mengubah atau menambah premis yang sedia

ada;

(c) mengadakan perabot atau kelengkapan bagi

premis yang baru, diubah atau ditambah; atau

(d) apa-apa maksud lain sebagaimana yang

ditetapkan;


“surat” ertinya surat yang disampaikan dengan tangan atau melalui pos;

“suratcara – pengelolaan” ertinya suratcara pengelolaan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 53;

“tadika” ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekohah disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuatkuasa;

“tempat” ertinya mana-mana tempat, sama ada tempat awam atau persendirian;

“umur”, berhubungan dengan seseorang murid, ertinya umur yang dicapai oleh murid itu pada hari pertama dalam bulan pertama tahun persekolahan yang berkenaan.

BAHAGIAN II

PENTADBIRAN

3. Perlantikan dan kewajipan Ketua Pengarah

Pendidikan.

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengarah

Pendidikan yang hendaklah dilantik oheh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan.

(2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan hendaklah menasihati Menteri tentang hal yang berkaitan dengan pendidikan.

4. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai

Pendidikan lain.

Maka hendaklah ada -

(a) bagi setiap Negeri atau bagi mana-mana kawasan


lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan

(b) bagi setiap daerah atau bagi mana-mana

kawasan lain di daham sesuatu Negeri yang ditentukan boleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini,

yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

5. Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru

(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar

Sekolah dan Guru yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2) Menteri boleh melantik seorang Timbalan

Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.

(3) Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar

Sekolah dan Guru bagi setiap Negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini

(4) Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, dan

Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar.

(5) Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi-fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsifungsi sedemikian bohehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar.

(6) Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar.


6. Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah.

(1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Nazir

Sekolah.

(2) Menteri hendaklah melantik Nazir-Nazir Sekolah

lain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini

(3) Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Nazir Sekolah.

7. Pengarah Peperiksaan.

(1) Menteri hendaklah melantik seorang Pengarah

Peperiksaan dan boleh melantik pegawai-pegawai lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

(2) Pengarah Peperiksaan hendaklah, tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 68, bertanggungjawab atas pengendalian peperiksaan bagi maksud Akta ini.

8. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am.

Menteri boleh dan semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini arahan-arahan yang bersifat am, dan tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini, tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pegawai itu oleh, dan kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai itu di bawah, Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan segaha hal yang didapati oleh Menteri menyentuh Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan pegawai itu hendakhah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.

9. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas.

Menteri boleh dan semasa ke semasa memberi—


(a) pengelola atau mana-mana anggota suatu

lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 6 1(1), atau pekerja atau guru besar, sesuatu institusi pendidikan; dan

(b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di

bawah seksyen 92 Akta Pehajaran 1961,

arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.

BAHAGIAN III

MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN

10. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

(1) Maka bolehlah ditubuhkan bagi maksud Akta

ini suatu Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

(2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan orang lain yang dilantik oleh Menteri.

(3) Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian in setiap anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakiuk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat perlantikannya.

(4) Apa-apa perlantikan yang dibuat di bawah

seksyen ini hendaklah disiarkan daham Warta.


11. Fungsi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

(1) Menteri boleh merujukkan apa-apa perkara berhubungan dengan pendidikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan untuk mendapatkan nasihatnya.

(2) Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan hendaklah. apabila apa-apa perkara dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen (1), menimbangkan perkara itu dan mengemukakan nasihatnya kepada Menteri.

12. Hak kehadiran

Menteri boleh menghadiri, dan boleh menamakan wakil-wakil untuk menghadiri, mana-mana mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

13. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan

dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, boleh melalui peraturan-peraturan sedemikian membuat peruntukan tentang—

(a) bilangan anggota Majlis;

(b) terma dan syarat jawatan anggota;

(c) mesyuarat dan prosedur Majlis;

(d) perlantikan jawatankuasa dan jawatankuasa

kecil Majlis; dan

(e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh

Menteri bagi Majlis berfungsi dengan sepatutnya.


14. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh

mengawalselia prosedurnya sendiri.

Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan boleh mengawal-selia prosedurnya sendiri.

BAHAGIAN IV

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Bab 1—Sistem Pendidikan Kebangsaan

15. Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada -

(a) pendidikan prasekolah;

(b) pendidikan rendah;

(c) pendidikan menengah;

(d) pendidikan lepas menengah; dan

(e) pendidikan tinggi,

tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

16. Kategori institusi pendidikan.

Maka hendaklah ada tiga kategori institusi

pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu—

(a) institusi pendidikan kerajaan;

(b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan

(c) institusi pendidikan swasta.


17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama.

(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini

(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

18. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh

semua sekolah.

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.

(3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah itu.

I

(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui

perintah yang disiarkan dalam Warta menambah, meminda atau mengubah Jadual.


19. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi

peperiksaan yang ditetapkan.

Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah Akta ini.

Bab 2 — Pendidikan Prasekolah

20. Larangan terhadap penubuhan, pengendaIian atau

pengurusan tadika.

(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah

melakukan suatu kesalahan.

21. Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika.

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta

ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

22. Kurikulum prasekolah.

Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.

23. Bahasa pengantar di tadika

Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.


24. Kuasa untukmembuat peraturan berhubungan

dengan pendidikan prasekolah.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk

melaksanakan peruntukan Bab ini.

25. Bab 2 tidak terpakal bagi taman asuhan kanak-

kanak.

Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian.

26. Ketakpakaian seksyen 18 dan 19.

Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.

Bab 3—Pendidikan Rendah

27. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan

rendah.

Hendaklah menjadi kewajipan Menteri mengadakan pendidikan rendah di sekolah rendah kerajaan dan di sekolah rendah bantuan kerajaan.

28. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebang-

saan dan sekolah jenis kebangsaan.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu.

29. Tempoh pendidikan rendah.

Sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mengada-kan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.


Bab 4—Pendidikan Menengah

30. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan

menengah.

(1) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut:

(a) sekolah menengah akademik;

(b) sekolah menengah teknik; dan

(c) sekolah menengah daripada apa-apa

perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dan semasa ke semasa.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini,

Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan.

31. Penubuhan dan penyenggaraan sekolah

menengah.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekohah yang diperihalkan dalam seksyen 30.

32. Kelas peralihan.

Menteri boleh mengadakan kelas peralihan di mana-

mana sekolah menengah kebangsaan akademik.

Bab 5—Pendidikan Lepas Menengah

33. Pendidikan lepas menengah.

Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas

menengah di—


(a) sekolah menengah kebangsaan yang

diperihalkan dalam perenggan 30(1)(a) dan (1)(b);

(b) maktab-maktab; dan

(c) mana-mana sekolah menengah kebangsaan

atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini.

Bab 6 — Institusi Pendidikan Lain

34. Institusi pendidikan lain.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut:

(a) maktab-maktab, selain daripada maktab-

maktab yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

(b) sekolah khas;

(c) politeknik, dan

(d) apa-apa institusi pendidikan lain, yang

penubuhan atau penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

(2) Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan, yang tidak ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau (1)(b).


Bab 7—Pendidikan Teknik dan Politeknik

35. Pendidikan teknik di sekolah menengah

kebangsaan dan institusi pendidikan lain.

(1) Menteri boleh mengadakan pendidikan teknik

di—

(a) mana-mana sekolah menengah kebangsaan

yang diperihalkan dalam seksyen 30; atau

(b) institusi pendidikan lain yang diperihalkan

dalam perenggan 34(1)(a) atau (1)(c).

(2) Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan

teknik termasuklah penyediaan—

(a) latihan kemahiran;

(b) latihan khusus yang berhubungan dengan

pekerjaan tertentu;

(c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yang

sedia ada; dan

(d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lain

yang diluluskan oleh Menteri.

36. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian

dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri.

Politeknik yang ditubuhkan di bawah perenggan

34(1)(c) boleh—

(a) menawarkan kursus pengajian dan program

latihan yang diluluskan oleh Menteri; dan

(b) menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa

kelayakan lain yang ditetapkan.


37. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi

perindustrian dalam pendidikan teknik dan vokasional.

(1) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatu politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian, mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan (termasuklah program pertukaran) yang disifatkan suaimanfaat oleh Menteri bagi maksud—

(a) melaksanakan pemindahan teknologi;

(b) meningkatkan kemahiran teknik dan

vokasional guru-guru, pekerja-pekerja dan murid-murid politeknik itu; dan

(c) melaksanakan apa-apa program latihan yang

dianggap oleh Menteri sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau murid-muridnya atau guru-gurunya.

(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.

38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan

dengan ijazah yang diberikan oleh universiti, dsb.

(1) Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi diploma, sijil atau pengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.

(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.


(3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.

39. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan

dengan politeknik.

Menteri boleh membuat peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a) penubuhan lembaga atau badan untuk

menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik;

(b) penubuhan lembaga atau badan untuk

menghasilkan, mengawasi dan mengubah-suaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan yang ditawarkan oleh politeknik;

(c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa-

apa kelayakan lain;

(d) disiplin murid;

(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan,

pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di politeknik; dan

(f) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh

Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud

Bab ini.


Bab 8—Pendidikan Khas

40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas.

Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang di fikirkan oleh Menteri suaimanfaat.

41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum

pendidikan khas.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3),

Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan—

(a) tempoh pendidikan rendah dan menengah

yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;

(b) kurikulum yang hendaklah digunakan

berhubungan dengan pendidikan khas;

(c) kategori murid yang memerlukan pendidikan

khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

(d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh

Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud

Bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta mi.

(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.


Bab 9 – Pendidikan Guru

42. Sekatanterhadap penubuhan maktab pendidikan

guru.

Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggarakan suatu maktab pendidikan guru melainkan dengan kelulusan Menteri.

43. Pendaftaran maktab pendidikan guru.

Semua maktab pendidikan guru, yang penubuhan atau penyenggaraannya telah diluluskan di bawah seksyen 42, hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.

44. Penganugerahan sijil atau kelayakan lain oleh

maktab pendidikan guru.

Maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh menganugerahkan sijil atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan.

45. Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan

maktab pendidikan guru.

Walau apa pun seksyen 42, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan maktab pendidikan guru dan mengadakan pendidikan guru di dalamnya.

46. Maktab pendidikan guru hendaklah mengendali-

kan kursus pengajian yang diluluskan oleh

Menteri.

Tiap-tiap maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh Menteri.


47. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan

dengan ijazah, dsb. yang diberikan oleh universiti, dsb.

(1) Maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Bab ini boleh, dengan kelulusan Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi ijazah, diploma, sijil atau pengiktirafan dalam bentuk lain bagi kelayakan yang diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.

(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan.

(3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusan-nya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa maktab pendidikan guru itu telah membuat perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau program latihan itu.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

48. Suratcara pengelolaan bagi maktab pendidikan

guru.

(1) Kecuali bagi maktab pendidikan guru yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah seksyen 45, tiap-tiap maktab pendidikan guru yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai suratcara pengelolaan.

(2) Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah diluluskan oleh, dan hendaklah diserahkan kepada, Ketua Pendaftar pada masa pendaftaran.


(3) Tiap-tiap suratcara pengelolaan di bawah seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan maktab pendidikan guru itu oleh pengelolapengelola mengikut cara yang tidak tak konsisten dengan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4) Tiap-tiap suratcara pengelohaan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.

49. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan

dengan maktab pendidikan guru.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a) penubuhan lembaga atau badan untuk

menjalankan pengukuran atau penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan bagi pendidikan guru;

(b) kursus pengajian dan program latihan yang

hendaklah dijalankan oleh maktab pendidikan guru;

(c) penganugerahan sijil atau diploma;

(d) disiplin murid di maktab pendidikan guru;

(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan,

pengawalan dan pembubaran majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum di peringkat maktab, daerah, negeri dan kebangsaan;

(f) pengiktirafan kelayakan yang dikeluarkan

oleh maktab pendidikan guru;

(g) prosedur bagi permohonan bagi pendaftaran

maktab pendidikan guru; dan


(h) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh

Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud

Bab ini.

Bab 10 Pengajaran Agama di Institusi

Pendidikan

50. Pengajaran agama Islam

(1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oheh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.

(3) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.

(4) Pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam.

51. Pengajaranpengetahuan agama selain daripada

agama Islam.

Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan

boleh mengadakan pengajaran bagi agama selain


daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi—

(a) pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai

dengan wang yang diperuntukkan oleh

Parlimen; dan

(b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran

agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.

52. Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan

IsIam yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Menteri atau Kerajaan Negeri.

Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata.

Bab 11—Pengurusan Institusi Pendidikan

53. Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah mempunyai suratcara pengelolaan.

(2) Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklah mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu lembaga pengelola, dengan seorang pengerusi, bagi pengurusan institusi pendidikan itu oleh pengelola-pengelola mengikut cara yang tidak tak konsisten dengan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.


(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan kecuali sekolah jenis kebangsaan dan sekolah-sekolah yang ditentukan oleh Menteri.

(4) Tiap-tiap suratcara pengelolaan hendaklah dibuat, dipinda atau dibatalkan mengikut cara yang ditetapkan.

54. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan

dengan suratcara pengelolaan.

(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penubuhan lembaga pengelola dan bagi pengurusan institusi pendidikan oleh lembaga pengelola dan, tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, Menteri boleh, dalam peraturan-peraturan itu, menetapkan kewajipan-kewajipan pengelola-pengelola dan orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu.

(2) Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan kewajipan yang berlainan bagi pengelola-pengelola atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan dalam kategori yang berlainan.

55. Institusi pendidikan hendaklah diuruskan

mengikut suratcara pengelolaannya.

Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan khususnya peruntukan tentang pengecualian, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah diuruskan mengikut suratcara pengelolaannya.

56. Kuasa Menteri untuk melantik pengelola

tambahan.

(1) Jika Menteri berpuas hati—

(a) bahawa disiplin di sesuatu institusi

pendidikan tidak dijaga dengan secukupnya;


(b) bahawa terma suratcara pengelolaan

sesuatu institusi pendidikan sengaja tidak diendahkan;

(c) bahawa mana-mana peruntukan Akta ini

atau bahawa mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sengaja tidak diendahkan; atau

(d) dalam hal suatu institusi pendidikan

bantuan kerajaan, harta atau wang institusi pendidikan itu tidak ditadbirkan dengan sepatutnya,

dia boleh melantik dengan menyatakan namanya, pengelola-pengelola tambahan bagi institusi pendidikan itu sebagaimana yang difikmrkannya layak.

(2) Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa memberhentikan seorang pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen (1).

(3) Pengelola tambahan yang dilantik bagi institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi segala maksud disifatkan menjadi pengelola institusi pendidikan itu.

(4) Bab 3 Bahagian VIII tidaklah terpakai bagi

pengelola tambahan yang dilantik di bawah subseksyen

(1).

57. Perlantikan guru di bawah suratcara pengelolaan

dan Akta.

Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, guru di institusi pendidikan selain daripada institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan hendaklah dilantik mengikut suratcara pengelolaan.


58. Kuasa Menteri berhubungan dengan penjalanan

fungsi, dsb.

(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa di sesuatu

institusi pendidikan—

(a) pengelola-pengelolanya telah bertindak atau

bercadang untuk bertindak dengan tidak munasabah berkenaan dengan penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan atau penunaian mana-mana kewajipan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini; atau

(b) pengelola-pengelolanya telah tidak menunai-

kan mana-mana kewajipan yang dikenakan ke atas mereka oleh atau di bawah Akta ini,

maka Menteri boleh—

(aa) memberikan apa-apa arahan bertulis tentang

penjalanan kuasa atau penunaian kewajipan itu sebagaimana yang didapati oleh Menteri adalah suaimanfaat, dan adalah menjadi kewajipan pengelola-pengelola itu untuk mematuhi arahan itu; atau

(bb) menggantung atau membuang kerja semua

atau mana-mana pengelola itu dan, walau apa pun peruntukan mana-mana suratcara pengelolaan berhubungan dengan institusi itu, melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk mempunyai dan menjalankan semua fungsi pengelola itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya.

(2) Jika pada bila-bila masa, bagi sesuatu institusi pendidikan, tidak ada lembaga pengelola yang ditubuhkan di bawah Akta ini maka Menteri boleh melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk menjalankan fungsi-fungsi pengelola bagi institusi itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan ohehnya.


59. Pembubaran lembaga pengelola institusi

pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.

(1) Menteri boleh, selepas memberikan lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan peluang untuk membuat representasi mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melalui notis secara bertulis yang dialamatkan dan disampaikan kepada pengerusi lembaga itu memerintahkan supaya lembaga itu dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa lembaga itu—

(a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta

ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b) telah melanggar mana-mana arahan yang

dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 9;

(c) telah melanggar mana-mana terma atau

syarat yang dikenakan di bawah subseksyen

82(3);

(d) telah tidak mematuhi atau melaksanakan

mana-mana peruntukan suratcara pengelolaan institusi pendidikan itu;

(e) telah tidak menghalang institusi pendidikan

itu daripada digunakan bagi maksud yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau yang berlawanan dengan kepentingan awam; atau

(f) telah tidak menghalang institusi pendidikan

itu daripada digunakan bagi apa-apa kegiatan atau maksud yang menyalahi undang-undang, atau bagi apa-apa kegiatan atau maksud sesuatu organisasi, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain yang menyalahi undang-undang.

(2) Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga

di bawah subseksyen (1), dia hendaklah menyatakan


dalam notis itu alasan-alasan bagi pembubaran itu dan tarikh pembubaran itu hendaklah berkuatkuasa.

60. Notis pembubaran hendaklah mengandungi

arahan berbangkit.

Notis pembubaran sesuatu lembaga di bawah subseksyen 59(1) boleh mengandungi segala arahan yang bersifat sampingan, berbangkit, tambahan atau peralihan yang difikirkan oleh Menteri perlu, suaimanfaat atau patut diberikan.

61. Menteri hendaklah melantik lembaga yang lain

apabila lembaga dibubarkan.

(1) Jika Menteri membubarkan sesuatu lembaga di bawah seksyen 59, Menteri hendaklah pada bila-bila masa selepas itu melantik lembaga yang lain mengikut Akta.

(2) Jika Menteri tidak melantik lembaga di bawah subseksyen (1), maka kuasa, fungsi dan kewajipan lembaga itu hendaklah dijalankan oleh guru besar institusi pendidikan itu atau oleh mana-mana orang lain yang dinamakan oleh Menteri dan yang hendaklah merupakan seorang anggota perkhidmatan awam.

(3) Selepas pembubaran lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan di bawah seksyen 59, seksyen 53, 54, 55, 56 dan 87 tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan itu.

62. Pembubaran lembaga pengurus atau lembaga

pengelola institusi pendidikan kerajaan.

(1) Tiap-tiap lembaga pengurus atau lembaga

pengelola institusi pendidikan kerajaan kecuali—

(a) sekolah rendah jenis kebangsaan kerajaan

dan


(b) sekolah rendah kebangsaan kerajaan atau

sekolah menengah kebangsaan kerajaan yang ditentukan oleh Menteri,

yang ditubuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah dibubarkan pada tarikh itu mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, dan sesudah itu ia hendaklah berhenti mengambil pekerja dan terhenti menjadi majikan bagi guru dan pekerja lain, dan tiap-tiap suratcara pengurusan atau pengelolaan yang berkaitan dengan institusi pendidikan itu hendaklah terhenti berkuatkuasa.

(2) Apabila lembaga pengurus atau lembaga pengelola sesuatu institusi pendidikan kerajaan dibubarkan di bawah subseksyen (1)—

(a) seseorang yang bertindak sebagai

pengurus atau pengelola sebaik sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah berhenti bertindak sedemikian:

(b) segala hak, obligasi dan liabiliti

berhutang dengan apa-apa perkara yang, sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, adalah menjadi tanggungjawab lembaga hendaklah pada tarikh itu turun kepada Kerajaan; dan

(c) seksyen 53, 54, 55, 56, 59 dan 87

tidaklah terpakai bagi institusi pendidikan kerajaan itu.

63. Tafsiran.

Sebutan mengenai lembaga pengelola dalam Bab ini hendaklah, berhubungan dengan Sabah dan Sarawak, termasuk Jawatankuasa Pengurusan.


Bab 12—Penyediaan Kemudahan dan

Perkhidmatan

64. Kuasa Menteri untuk memberikan bantuan.

Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk—

(a) pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman

atau bantuan lain; dan

(b) penyediaan—

(i) tempat tinggal;

(ii) pengangkutan;

(iii) buku; dan

(iv) perkhidmatan perubatan dan pergigian,

bagi rnaksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.

65. Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap

murid.

(1) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen 64, Menteri hendaklah, setakat yang munasabah dan praktik berbuat sedemikian, mengadakan pemeriksaan perubatan dan pergigian pada la tempoh yang sesuai ke atas murid institusi

pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.

(2) Seseorang pegawai yang diberikuasa bagi maksud itu oleh Menteri boleh menghendaki ibu bapa atau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah, atau oleh seorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, dan seseorang yang tidak mematuhi kehendak itu tanpa alasan yang munasabah adalah


melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

66. Kemudahan penginapan

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa diberikan oleh seksyen 64, Menteri boleh, jika tidak boleh semunasabahnya disediakan bagi murid pendidikan atau latihan yang diperlukan melainkan jika tempat penginapan disediakan, membuat perkiraan bagi mengadakan tempat penginapan (sama ada percuma atau tertakluk kepada apa-apa bayaran yang diperuntukkan dalam perkiraan itu) yang difikirkannya sesuai.

BAHAGIAN V

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

67. Penilaian murid.

(1) Menteri boleh menetapkan cara murid di sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah dinilai dan taraf yang perlu dicapai oleh murid itu.

(2) Penilaian yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) adalah tambahan kepada mana-mana peperiksaan yang ditetapkan.

68. Peperiksaan.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang

mengadakan peruntukan bagi—

(a) peperiksaan yang hendaklah diadakan bagi

maksud Akta ini;

(b) masa dan tempat peperiksaan akan diadakan,

dan kelayakan serta syarat-syarat untuk mengambil peperiksaan;


(c) fee yang hendaklah dibayar bagi mengambil

peperiksaan;

(d) sukatan pelajaran dan bahasa pengantar bagi

peperiksaan;

(e) pengendalian peperiksaan termasuklah

penubuhan badan atau lembaga untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan; dan

(f) kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah

Peperiksaan.

69. Larangan tentang pengendalian peperiksaan.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada seorang pun atau tiada suatu institusi pendidikan pun boleh mengendalikan, membenarkan atau menyebabkan diadakan atau dikendalikan. atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadaan atau pengendalian, apa-apa peperiksaan bagi mana-mana murid institusi pendidikan atau bagi mana-mana calon persendirian tanpa rnendapatkan kelulusan bertulis Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.

(2) Dalam memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1), Pengarah Peperiksaan boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(3) Sebutan dalam seksyen ini mengenai pengadaan atau pengendalian peperiksaan hendaklah disifatkan termasuk perbuatan—

(a) mempelawa calon untuk mengambil

peperiksaan;

(b) memungut atau menerima apa-apa fee

atau bayaran atau apa-apa derma atau hadiah berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;

(c) menyediakan apa-apa sukatan pelajaran,


kursus atau skim pengajian berkenaan dengan sesuatu peperiksaan;

(d) memeriksa atau menggred jawapan atau

respons kepada soalan atau ujian dalam sesuatu peperiksaan;

(e) mengeluarkan atau menganugerahkan

apa-apa diploma atau dokumen lain atau pengiktirafan dalam bentuk lain berkenaan dengan sesuatu peperiksaan,

dan apa-apa perbuatan lain yang berhubungan dengan pengadaan atau pengendalian sesuatu peperiksaan, tidak kira sama ada perbuatan itu dilakukan sebelum atau selepas peperiksaan.

(4) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

(a) badan atau lembaga yang ditubuhkan

untuk menguruskan dan mengendalikan peperiksaan di bawah perenggan 68(e);

(b) Majlis Peperiksaan Malaysia yang

ditubuhkan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980; dan

(c) sesuatu institusi pendidikan yang

mengendalikan peperiksaan, ujian atau dalam bentuk penilaian lain bagi maksud menilai murid-muridnya sendiri.

(5) Seorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana sekatan, terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


BAHAGIAN VI

PENDIDIKAN TINGGI

70. Menteri bertanggungjawab ke atas pendidikan

tinggi.

Menteri boleh mengadakan pendidikan tinggi di institusi pendidikan tinggi mengikut mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendidikan tinggi dan hendaklah bertanggungjawab tentang arahan am kepada institusi pendidikan tinggi itu.

71. Penubuhan institusi pendidikan tinggi, dsh.

dilarang.

Tiada seorang pun boleh—

(a) menubuhkan, membentuk, menggalakkan

atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan, suatu institusi pendidikan tinggi;

(b) memungut, memberikan atau menerima apa-

apa wang, sumbangan, hadiah atau derma, atau melakukan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk suatu institusi pendidikan tinggi;

(c) mengendalikan, menguruskan atau

menyenggarakan mana-mana kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan, diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi; dan

(d) menubuhkan, mengendalikan, menguruskan

atau menyenggarakan institusi pendidikan tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”,

kecuali mengikut mana-mana undang-undang bertulis mengenai pendidikan tinggi.


72. Penalti.

Seseorang yang melang gar seksyen 71 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

BAHAGIAN VII

INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

73. Kecualian berhubungan dengan institusi

pendidikan swasta.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai melarang penubuhan dan penyenggaraan institusi pendidikan swasta.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiap institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi peruntukan Akta ini dan semua peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang terpakai bagi institusi pendidikan itu.

(3) Bahagian ini tidak terpakai bagi institusi

pendidikan tinggi swasta.

74. Institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi

kehendak Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau kedua-duanya hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan dan hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.


75. Mata pelajaran yang dikehendaki diajarkan di

institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepas menengah.

(1) Menteri boleh menghendaki institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepas menengah supaya mengajar mata pelajaran yang berikut:

(a) bahasa kebangsaan, jika bahasa

pengantarnya ialah suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan;

(b) pengajian Malaysia;

(c) bahasa Inggeris, jika bahasa pengantarnya

ialah suatu bahasa selain daripada bahasa

Inggeris;

(d) pengajian yang berhubungan dengan

pendidikan Islam bagi murid yang menganut agama Islam; dan

(e) pendidikan moral bagi murid yang tidak

menganut agama Islam,

berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

(2) Mata pelajaran yang disebut dalam perenggan

(1)(a) hingga (1)(e) hendaklah diajarkan sebagai tambahan kepada apa-apa mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikan swasta itu.

76. Kuasa untuk membuat peraturan bagi mengawasi

dan mengawal taraf pendidikan.

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan atau pengawalan taraf pendidikan di institusi pendidikan swasta.


77. Larangan tentang kursus pengajian dan latihan

berkenaan dengan ijazah, dsb. yang diberikan oleh universiti, dsb.

(1) Tiada suatu institusi pendidikan swasta pun boleh mengendalikan apa-apa kursus pengajian atau program latihan secara bersesama, bersekutu, bergabung atau bekerjasama atau selainnya, dengan suatu universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi atau organisasi pendidikan lain di dalam atau di luar Malaysia, kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Menteri.

(2) Menteri tidak boleh memberikan

kelulusannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa institusi pendidikan swasta itu telah membuat perkiraan yang sesuai dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikan atau organisasi pendidikan lain itu tentang kemudahan bagi penyediaan kursus pengajian atau program latihan yang disebut dalam subseksyen itu.

(3) Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut apabila memberikan kelulusan di bawah subseksyen (I).

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Menteri di bawah subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

78. Pemakaian peruntukan lain dalam Akta bagi

institusi pendidikan swasta.

Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menyentuh atau mengurangkan pemakaian peruntukan lain dalam Akta ini bagi institusi pendidikan swasta kecuali setakat yang institusi pendidikan itu telah dengan nyatanya di kecualikan.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara