Rancangan Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti tv kanak-kanak. Rancangan Adik-Adikku kini memasuki musim ke-3 atas sambutan hangat dan komen-komen positif yang diterima daripada penonton melalui paparan komen dalam akhbar-akhbar harian.
Pencarian peserta melalui ujibakat yang diadakan diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sesi ujibakat telah diadakan bermula Mei 2011 hingga Julai 2011 dan dikendalikan oleh juri di lokasi. Pemilihan yang dilakukan untuk memilih 13 orang peserta telah diadakan pada September 2011 di Bahagian Media Jakim. Sesi akademi musim ke-3 akan bermula 20 November hingga 20 Disember 2011.
Sepanjang sesi akademi, penginapan, pembelajaran dan aktiviti para peserta akan ditempatkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bangi. Konsep program adalah berbentuk hiburan, pendidikan dan riadah.
Kerjasama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Radio Televisyen Malaysia
Tajaan

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

UQ Holidays (M) Sdn Bhd

Hijjaz Records Sdn Bhd

No comments:
Post a Comment