Siapa yang boleh mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas (SPK)?
· Murid bermasalah penglihatan
· Murid bermasalah pendengaran
· Murid bermasalah pembelajaran
Berapa lama tempoh pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas (SPK)?
· Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun
· Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah enam (5) tahun
· Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2002)
Senarai Sekolah Pendidikan Khas (SPK) :
Bantuan Kewangan
Terdapat beberapa jenis bantuan kewangan yang disediakan
bagi golongan kurang upaya ( OKU) di pelbagai peringkat.
Di antara bantuan yang tersedia :
1. Elaun Murid Khas (EMK) - Kementerian Pelajaran
Malaysia
2. Bantuan Pengajian Orang Kurang Upaya -
Kementerian Pengajian Tinggi
3. Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan OKU -
Jabatan Kebajikan Masyarakat
4. Bantuan OKU Baitulmal - Majlis Agama di
setiap negeri
No comments:
Post a Comment