Social Icons

-

Thursday, March 29, 2012

Musa Hitam


Tun Musa Hitam (lahir 18 April 1934) ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Dilahirkan di Segamat, Johor. Musa belajar di English College (kini "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru dan memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti Malaya. 

Beliau kemudian mengambil kursus sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Sussex, United Kingdom. Selain daripada menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk Doktor Kehormat dari Universiti Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa beberapa kali. Ini termasuklah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel, Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk pilihan raya umum Malawi, serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel ke Nigeria, Pakistan, Fiji, dan Gambia.

Dalam tahun 1960-an, Musa dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Agung UMNO. Beliau masuk Parlimen Malaysia buat pertama kali pada tahun 1969 dan berkhidmat sebagai timbalan menteri untuk suatu tempoh yang singkat. Musa kemudian dipecat daripada UMNO, akibat pengingkaran semasa Peristiwa 13 Mei, oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di Universiti Sussex. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula menyertai UMNO oleh Tun Abdul Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen untuk parti campuran Parti Perikatan dan dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1978.

Pada tahun 1981, Musa dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Dalam Negeri pada 1981-1986, Musa telah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981).

Peristiwa Memali terjadi pada November 1985, ketika Musa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Kemudian pada 1987, beliau dicabar oleh Tun Ghafar Baba untuk jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan ditewaskannya.

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara