Social Icons

-

Saturday, November 12, 2011

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK)

BPPK ditubuhkan pada Januari 2007. Bahagian ini diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pengurusan. BPPK mula beroperasi di Blok E12, Putrajaya sebelum berpindah ke Cyberjaya pada pertengahan bulan Ogos 2008 dengan 74 perjawatan. Sehingga kini, 70 jawatan telah diisi. BPPK diterajui oleh seorang Setiausaha Bahagian (SUB), dan dibantu oleh dua orang Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB).

BPPK mengendalikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di Kementerian Pelajaran Malaysia. PTK dilaksanakan di KPM selaras dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Penambahbaikan dan pemantapan pelaksanaan PTK terkini telah dibuat melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bilangan 19 Tahun 2008 iaitu Pengubahsuaian Penilaian Tahap Kecekapan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.


Visi

Peneraju Dalam Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi


Misi

Membangun dan Mentadbir Sistem Penilaian Kompetensi yang Adil, Telus dan Berwibawa Ke Arah Menjana Modal Insan Yang Kompeten, Kreatif dan Inovatif


Objektif

Menyelaras pelaksanaan Penilaian Kompetensi secara cekap, berintegriti dan berakauntabiliti;

Menyediakan Standard Kompetensi yang memenuhi keperluan penilaian berasaskan analisis tugas dan tempat kerja(job-based and work place) ;

Menyediakan sukatan Peperiksaan Perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengesahan dalam perkhidmatan;

Melaksanakan Penilaian Kompetensi secara adil, telus dan berwibawa;

Memastikan kursus-kursus anjuran institusi latihan yang memenuhi kriteria penilaian diberi akreditasi;dan

Membangun dan memperluas penggunaan aplikasi ICT yang mesra pengguna dan memenuhi keperluan dalam pengurusan Penilaian Kompetensi.


Fungsi

Merangka, merancang dan menggubal Dasar Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pelajaran Malaysia;

Menyelaras pelaksanaan Penilaian Kompetensi berpandukan dasar yang ditetapkan;

Menyediakan Standard Kompetensi berdasarkan Profil Kompetensi;

Menyediakan Dokumen Jaminan Kualiti serta menguatkuasakan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti;

Menjalankan kajian untuk memastikan pelaksanaan pembangunan dan Penilaian Kompetensi tercapai sepenuhnya;

Mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia (LPKKPM).

Mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia (LPPAKPM).


Piagam Pelanggan

Kami warga BPPK dengan penuh tekad dan iltizam, dalam melaksanakan tugas yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

Memaklumkan tawaran menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Peperiksaan Perkhidmatan kepada calon yang memohon dan layak dalam tempoh berikut:

  • Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) – enam (6) minggu sebelum tarikh PPK berkenaan bermula;
  • Peperiksaan PTK – satu (1) bulan sebelum tarikh peperiksaan PTK bermula;
  • Ujian Khas PTK – dua (2) minggu selepas tarikh pendaftaran atas talian ditutup; dan
  • Peperiksaan Jabatan – dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula

Memaklumkan keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Peperiksaan Jabatan dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam tempoh seperti berikut:

  • Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) – tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki PPK;
  • Ujian Khas PTK – tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki Ujian Khas PTK; dan
  • Peperiksan Jabatan – tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki Peperiksaan

Memaklumkan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan menghantar slip keputusan kepada calon melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki Peperiksaan PTK;

Menghantar slip keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Pusat Penilaian Kompetensi dan Ujian Khas serta Peperiksaan Jabatan kepada calon melalui Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian-bahagian dalam tempoh dua (2) minggu selepas dimuat naik dalam laman web KPM; dan

Memaklumkan keputusan rayuan semak semula keputusan PTK dalam laman web KPM dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup rayuan.


Struktur Organisasi

Sektor Pengurusan

Unit Pentadbiran

Unit Kewangan dan Akaun

Unit Teknologi Maklumat

Unit Pengurusan PTK dan Peperiksaan Jabatan

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara