Social Icons

-

Monday, August 6, 2012

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA


ASAS ANUGERAH
  1. Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang  beriltizam, terlibat secara menyeluruh dan  sentiasa menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu, penjanaan kekayaan negara dan memenuhi aspirasi universiti sebagai jentera pembangunan negara dan dunia ke arah meningkatkan kualiti kehidupan manusia sejagat.
  2. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

 KRITERIA PEMOHON

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Menerajui secara holistik bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik.
  2. Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatifdalam kerjaya akademik.
  3. Telah menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  4. Telah mendapat anugerah atau pengiktirafan dari badan profesional dan ilmiah bagi   sumbangannya dalam jangka waktu  10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
  5. Membawa impak secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan.
  6. Menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang akademik yang diterajui.

JENIS ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK PERMOHONAN ANUGERAH
  1. Anugerah / pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  2. Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement).
  3. Zamalah (fellowship) yang diperolehi mestilah berasaskan undangan dan bukan permohonan.

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH
Dalam proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement) akan diambil kira.
NILAI ANUGERAH
Nilai hadiah Anugerah adalah RM80,000 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu) berserta sijil pengiktirafan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara