OBJEKTIF
Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
- Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
- Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
- Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Perlaksanaan
Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:
- Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
- Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
- Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
- Implikasi kewangan.
- Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
- Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.
Modul Latihan
Modul Fizikal
Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu, peserta akan dilatih oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, membaca peta, kompas, latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air, kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama empat minggu di dalam dan di persekitaran tapak perkhemahan.
Modul Kenegaraan
Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya melalui elemen Rakyat. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara melalui elemen Kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar negara juga diperbincangkan supaya peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.
Modul Pembinaan Karakter
Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, peserta belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini dilaksanakan selama dua minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.
Modul Khidmat Komuniti
Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan .
Aktiviti
Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:
Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:
- Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.
- Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.
- Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.
- Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.
Infrastruktur
Bangunan Kediaman
- Bangunan Kediaman untuk pelatih, jurulatih dan staf pengurusan kem
- Bangunan Bilik Mandi dan Tandas
- Bangunan Bilik Rehat
Bangunan Pentadbiran
- Pejabat Pentadbiran
- Bangunan Stor Logistik
- Bangunan Rawatan Kecemasan
- Balai Pengawal
Bangunan Umum
- Kompleks Sajian
- Bangunan Surau
- Bangunan Tandas Pelawat
- Tempat Perjumpaan Keluarga
Kemudahan Latihan
- Bangunan Bilik Kuliah
- Bangunan Rumah Bot
- Padang Kawad
- Jungle Tracking, Membaca Peta dan Perkhemahan
- Kawasan Sukan Kreativiti
- Elemen Tali Rendah
- Elemen Tali Tinggi
- Sirkit Merempuh Halangan
- Kolam Latihan Air
- Kemudahan Sukan
Kemudahan Lain
- Pagar Keselamatan
- Papan Tanda
- Tempat Meletak Kereta
Residential Buildings • Residential Buildings for trainee, trainer and camp management staff • Bathrooms and Toilets • Common Rooms Infrastructures Building • Administrative Office • Logistics Store • Medical Centre • Guard HouseInfrastructures Building • Dining Hall • Surau • Visitor’s Toilet • Family Gathering Place Training Facilities • Lecture Rooms • Boat House • Parade Square • Jungle Tracking, Map Reading and Camping Facilities • Sports Creativity Area • Low Ropes Elements • High Ropes Elements • Circuit Obstacles • Training Pool • Sports Facilities Other Facilities • Security Fence • Signage • Parking Area
Syarat-Syarat Penangguhan Dan Pengecualian
Prinsip dan keadaan yang hendak dipakai dan diambil kira bagi memberi atau memperbaharui permohonan penangguhan seseorang pelatih yang terpilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara adalah seperti berikut:-
- Sama ada orang itu akan menduduki suatu peperiksaan utama dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani latihan Khidmat Negara;
- Sama ada orang itu sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dikehendaki menjalani latihan Khidmat Negara; dan
- Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa pada orang tersebut jika dia menjalani latihan Khidmat Negara
Permohonan pengecualian boleh diluluskan sekiranya pelatih yang terpilih berada di dalam kategori orang yang berikut:-
- Orang yang bercelaru mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31/1952], pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [Ord. Sarawak 16/1961] atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [Bab 74 Sabah].
- Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani latihan Khidmat Negara.
- Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
- Orang yang menjalani tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa yang berhubungan dengan tahanan pencegahan.
- Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].
- Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 612].
- Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidap penyakit yang boleh membawa maut.
- Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
- Orang yang mengikuti program sepenuh masa di institusi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Jabatan Penjara Malaysia
- Wanita yang mempunyai anak kandung
PERALATAN UNTUK PESERTA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
1. PAKAIAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JLKN
1.1.1 Pakaian Celoreng
(a) 2 helai Baju Celoreng
(b) 2 helai seluar celoreng
(c) 1 pasang boot
(d) 2 pasang “sock worsted grey”
(e) 1 unit tali pinggang
(f) 1 unit Beret
1.1.2 Pakaian Sukan
(a) 2 helai baju T sukan
(b) 2 helai seluar sukan
(c) 1 pasang kasut sukan
(d) 2 pasang stokin putih
(e) 1 unit topi “baseball”
1.1.3 Pakaian Kelas
(a) 2 helai baju kelas
(b) 2 helai seluar kelas
(c) 1 pasang kasut hitam
(d) 1 unit tali pinggang
(e) 2 pasang stokin hitam
1.1.4 Lain-lain
(a) 2 helai tudung (untuk wanita muslim)
(b) 2 helai tuala
(c) 1 berus kasut
(d) 1 pengilat kasut
2. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA
2.1 Pakaian untuk kegunaan selepas kelas, waktu malam dan untuk hujung minggu termasuk pakaian
dalam, pakaian mandi, pakaian tidur, pakaian untuk sembahyang dan sebagainya.
2.2 Keperluan kelengkapan kemasan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut dan
sebagainya.
2.3 Keperluan mencuci pakaian seperti sabun/serbuk pencuci, berus,penyangkut baju dan sebagainya.
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN
1.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki perkara
-perkara berikut:
1.1.1 Barang-barang atau alat-alat yang merbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di sepanjang
tempoh latihan;
1.1.2 Minuman keras, dadah serta rokok;
1.1.3 Bahan-bahan lucah;
1.1.4 Dokumen serta bahan-bahan bercetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan perkara-perkara
lain yang boleh menimbulkan provokasi.
1.2 Peserta-peserta tidak digalakkan memakai dan membawa perkara-perkara berikut:
1.2.1 Barang-barang kemas;
1.2.2 Wang tunai yang tidak melebihi RM200.00; dan
1.2.3 Telefon Selular.
Perhatian: Jika peserta membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, peserta diminta
menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan barangan
dan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah dibawah tangunggjawab peserta sendiri.
Elaun
1. PAKAIAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JLKN
1.1.1 Pakaian Celoreng
(a) 2 helai Baju Celoreng
(b) 2 helai seluar celoreng
(c) 1 pasang boot
(d) 2 pasang “sock worsted grey”
(e) 1 unit tali pinggang
(f) 1 unit Beret
1.1.2 Pakaian Sukan
(a) 2 helai baju T sukan
(b) 2 helai seluar sukan
(c) 1 pasang kasut sukan
(d) 2 pasang stokin putih
(e) 1 unit topi “baseball”
1.1.3 Pakaian Kelas
(a) 2 helai baju kelas
(b) 2 helai seluar kelas
(c) 1 pasang kasut hitam
(d) 1 unit tali pinggang
(e) 2 pasang stokin hitam
1.1.4 Lain-lain
(a) 2 helai tudung (untuk wanita muslim)
(b) 2 helai tuala
(c) 1 berus kasut
(d) 1 pengilat kasut
2. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA
2.1 Pakaian untuk kegunaan selepas kelas, waktu malam dan untuk hujung minggu termasuk pakaian
dalam, pakaian mandi, pakaian tidur, pakaian untuk sembahyang dan sebagainya.
2.2 Keperluan kelengkapan kemasan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut dan
sebagainya.
2.3 Keperluan mencuci pakaian seperti sabun/serbuk pencuci, berus,penyangkut baju dan sebagainya.
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN
1.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki perkara
-perkara berikut:
1.1.1 Barang-barang atau alat-alat yang merbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di sepanjang
tempoh latihan;
1.1.2 Minuman keras, dadah serta rokok;
1.1.3 Bahan-bahan lucah;
1.1.4 Dokumen serta bahan-bahan bercetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan perkara-perkara
lain yang boleh menimbulkan provokasi.
1.2 Peserta-peserta tidak digalakkan memakai dan membawa perkara-perkara berikut:
1.2.1 Barang-barang kemas;
1.2.2 Wang tunai yang tidak melebihi RM200.00; dan
1.2.3 Telefon Selular.
Perhatian: Jika peserta membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, peserta diminta
menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan barangan
dan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah dibawah tangunggjawab peserta sendiri.
Elaun
Jumlah elaun yang layak diterima oleh setiap pelatih PLKN adalah RM450 dengan syarat pelatih berjaya menamatkan latihan selama tempoh yang ditetapkan.
Elaun pelatih PLKN dibayar 3 kali (3xRM150) berdasarkan tempoh yang ditetapkan; 2 kali ketika pelatih masih berada di kem dan 1 kali setelah pelatih tamat latihan. Bayaran dibuat melalui akaun pelatih dan pelatih hendaklah mempunyai akaun aktif bagi bank yang telah dilantik oleh JLKN. Bank yang telah dilantik adalah Bank Simpanan Nasional. Oleh itu, pelatih yang akan menjalani PLKN hendaklah memastikan mempunyai akaun BSN yang aktif.
Pelatih PLKN dikenakan penalti sebanyak RM5 sehari sekiranya tidak menghadiri latihan atas sebab-sebab berikut:
i. Melapor Lewat Tanpa Kebenaran JLKN ;
ii. Pulang Awal kerana Penangguhan, Pembaharuan Penangguhan atau Pengecualian; dan /atau
iii. Tidak Hadir Tanpa Kebenaran/ Tidak Hadir Tanpa Cuti
Walaubagaimanapun, pelatih tidak akan dikenakan penalti sekiranya tidak hadir kerana:
- Cuti am (berdasarkan cuti am kem mengikut Negeri);
- Cuti Kelepasan Hujung Minggu ;
- Cuti Semester ;
- Cuti Khas / Kebajikan Pelatih ;
- Cuti Sakit ;
- Melapor Lewat dengan Kebenaran JLKN ; dan /atau
- Pulang Awal dengan Kebenaran JLKN
Peraturan-Peraturan Tetap PLKN
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN
- Peserta-peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki perkara-perkara berikut :1.1 Barang-barang atau alat-alat yang merbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di sepanjang tempoh latihan.1.2 Minuman keras, dadah serta rokok.1.3 Bahan-bahan lucah ; dan1.4 Dokumen serta bahan-bahan pencetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan provokasi.
- Peserta-peserta tidak digalakkan memakai da membawa perkara-perkara berikut :2.1 Barang-barang kemas ;2.2 Wang tunai yang tidak melebihi RM200.00; dan 2.3 Telefon selular
Perhatian : Jika peserta membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, peserta diminta untuk menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan barangan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
Untuk maklumat lanjut layari http://www.khidmatnegara.gov.my/
Untuk maklumat lanjut layari http://www.khidmatnegara.gov.my/
No comments:
Post a Comment